Dulu saya tertanya juga, apa kaitan antara meroyan selepas bersalin. Lepas dah lalui fasa bersalin dan berpantang, baru lah saya boleh faham apa hubungan antara meroyan dan ibu berpantang.
Dalam masyarakat kita, istilah “meroyan” biasa disebut setiap kali ada ibu baru yang nampak macam emosinya terganggu selepas bersalin. Tapi ramai tak tahu bahawa meroyan bukan sekadar ‘murung’ atau ‘sensitif’. Ia lebih dari itu.
Meroyan Selepas Bersalin
Kalau istilah kampung dipanggil meroyan, dari segi perubatan moden pula, meroyan dikenali sebagai Postpartum Depression atau Postnatal Mood Disorders yang merangkumi gangguan emosi dan mental. Ia boleh berlaku dalam tempoh enam minggu hingga setahun selepas bersalin. Keadaan ini memag berlaku selepas melahirkan bayi.

Sebenarnya ia bukan hanya beri kesan kepada ibu yang melahirkan, tetapi boleh juga berlaku kepada ibu angkat atau ibu susuan. Kebiasaan yang berlaku bila ada perubahan hormon, fizikan, emosi, kewangan dan juga persekitaran selepas adanya ‘orang baru’ dalam kehidupan.
Tanda-Tanda Meroyan
- Rasa terlalu penat walaupun sudah berehat
- Menangis tanpa sebab yang jelas
- Rasa bersalah, tak berguna atau tak cukup baik sebagai ibu
- Mudah marah atau panas baran
- Tak mahu berjumpa orang
- Hilang minat terhadap bayi sendiri
- Degupan jantung laju, sukar tidur, dan rasa cemas berlebihan
Meroyan bukan salah ibu, dan ia bukan sebab ibu “tak kuat semangat” atau “tak cukup bersyukur”. Ia adalah perubahan kimia dan hormon dalam tubuh, ditambah dengan tekanan fizikal dan mental selepas bersalin.
Antara Punca Meroyan

- Perubahan hormon yang mendadak selepas melahirkan
- Kurang tidur dan rehat
- Stres mengurus bayi tanpa sokongan
- Sejarah kemurungan sebelum ini
- Tekanan dari sekeliling (keluarga, kewangan, hubungan)
Meroyan boleh datang dalam bentuk ringan (baby blues) hingga meroyan yang teruk dan perlukan rawatan. Yang penting, ibu perlu tahu apa yang sedang berlaku dalam tubuh dan emosi sendiri.
Ramai ibu pernah rasa macam ni,
“Kenapa aku cepat sangat marah lepas bersalin?”
“Rasa sesak dada, perut tak sedap, menangis tiba-tiba, ini keadaan normal ke?”

Lepas bersalin, emosi memang boleh jadi sangat tak stabil. Tapi yang ramai tak tahu, ada kaitan yang rapat antara emosi, angin dalam badan dan masalah GERD atau asid perut naik yang sering berlaku tanpa disedari.
Perkongsian kali ni bukan sekadar untuk beri penjelasan, tapi juga sebagai suara yang memeluk perasaan para ibu, bahawa awak bukan keseorangan dan perasaan tu semua bukan salah awak.
Perubahan Besar Selepas Bersalin
Banyak perubahan mendadak yang berlaku selepas bayi lahir. Bayangkan tubuh ibu perlu ‘adapt‘ dengan perubahan besar dalam masa yang sangat singkat. Ini antara yang berlaku:
- Hormon jatuh mendadak (terutama estrogen & progesteron)
- Waktu tidur terganggu
- Luka bersalin belum sembuh
- Rasa tanggungjawab besar yang datang secara tiba-tiba

Semua ini akan mencetuskan tekanan fizikal dan mental. Dan bila emosi mula goyah, tubuh akan hantar isyarat melalui ‘gejala’ fizikal. Ia boleh jadi pedih ulu hati, dada berdebar, perut berangin atau rasa susah bernafas.
Kenapa Badan Rasa Tak Selesa? Kaitan Dengan Angin & GERD
Selepas bersalin, ramai ibu mula perasan badan ‘masuk angin’, rasa tidak sedap perut, sendawa atau perut kembung. Ini berpunca daripada:
1. Sistem Penghadaman Terganggu
•Hormon dan perubahan badan selepas bersalin menyebabkan penghadaman jadi perlahan.
•Angin mudah terkumpul, perut rasa kembung atau senak.
2. Stres & Tekanan
•Bila otak stres, tubuh keluarkan hormon kortisol yang boleh tingkatkan asid perut.
•Ini boleh menyebabkan GERD, keadaan di mana asid naik ke dada, pedih ulu hati, sesak nafas yang berulang-ulang.
3. Kesan Pemakanan & Pantang Yang Tidak Seimbang
•Makan terlalu banyak halia, rempah atau berpantang ketat tanpa serat boleh buat usus ‘terkejut’.
•Usus yang tidak sihat juga menyumbang kepada ketidakstabilan emosi.
GERD & Emosi: Kitaran Yang Saling Berkait
Yang mengejutkan, GERD boleh mencetuskan gejala seperti cemas (anxiety) kerana sistem saraf otak dan usus sangat berkait rapat. Inilah yang dipanggil “gut-brain connection”.

Jadi bila usus tak sihat, otak kita pun akan terkesan yang kemudian akan buat emosi makin terganggu.
Sebaliknya akan berlaku juga bila emosi makin terganggu, ia akan buat perut makin tertekan dan GERD makin teruk.
Jika tidak dibendung, keadaan ini akan menjadi satu kitaran tanpa henti yang buat ibu rasa seperti tak ada jalan keluar. Checkmate.
Bayangkan bagaimana keadaan akan berakhir tanpa ada penyelesaian yang akan mengurangkan gejala dan membaik pulih usus kita.
Bagaimana Nak Bantu Diri Sendiri?
1.Berhenti Salahkan Diri
•Apa yang awak rasa tu valid. Ia bukan tanda kelemahan. Ia tanda tubuh sedang minta tolong.
2.Dapatkan Rehat Berkualiti
•Minta bantuan pasangan atau keluarga untuk jaga bayi walau sekejap. Ibu juga manusia.
3.Pemakanan Seimbang
•Kurangkan makanan berangin, terlalu pedas atau berasid.
•Tambah makanan tinggi serat, sayur hijau, dan minum air cukup.
4.Luahkan Perasaan
•Menulis jurnal, bercakap dengan kawan yang memahami atau berjumpa kaunselor sangat membantu.
5.Sokong Tubuh Dengan Nutrisi Tepat

Suplemen Untuk Bantu Emosi, Angin & GERD Lepas Bersalin
Kombinasi vitamin penting untuk baik pulih sistem usus dan kurangkan gejala angin dan GERD, sekaligus dapat mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin. Ibu-ibu yang sedang dan akan berpantang, masukkan senarai vitamin ni dalam ‘list wajib ada‘ waktu berpantang.

B-Complex Shaklee
•Lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk stabilkan hormon stres dan tingkatkan serotonin (hormon gembira).
•Bantu redakan rasa mudah marah, risau atau sedih.
Ostenutrix
•Kalsium dan magnesium bantu tenangkan sistem saraf.
•Juga bantu ibu tidur lebih lena dan kurangkan kekejangan otot.
Herblax
•Detoks untuk bantu lancarkan pencernaan dan buang angin berlebihan dalam usus.
•Bila usus sihat, emosi pun lebih stabil.
Omega Guard
•Lemak sihat Omega-3 sangat penting untuk sokong otak & kestabilan emosi.
•Kajian juga tunjukkan Omega-3 bantu kurangkan simptom kemurungan lepas bersalin.
Res-V
•Polifenol dalam Res-V akan membantu percepatkan pemulihan luka dalaman ibu.
•Kajian menunjukkan polifenol membantu untuk mengimbangi mikrobiota.
Emosi Ibu Adalah Realiti, Bukan Drama
Dalam proses penyembuhan, mungkin akan ada yang melabel ibu yang alami gejala begini sebagai manja, lemah atau kuat drama.
Kalau awak rasa letih, kosong, tertekan dan badan pun rasa macam “bukan diri sendiri”, percayalah itu semua tanda tubuh dan emosi perlukan pemulihan. Bukan manja. Bukan mengada. Dan ia datang dari dalam, bukan dibuat-buat.
Meroyan itu real. GERD dan angin selepas bersalin juga real. Tapi yang penting, ia bukan penamat. Dengan ilmu, sokongan dan ikhtiar yang betul, semua ini boleh berakhir dan ibu boleh kembali kuat.
Nak mula dengan kelas pemakanan untuk pulihkan GERD Gastritis dan Anxiety selepas bersalin, boleh cari saya di sini.
Nina Salleh | 0123114040 | Diet & Kesihatan Wanita