Pening Melayang Tapi Check Up Normal? Jangan Terus Salahkan Anxiety
“Doktor kata semua normal.”
Itu ayat yang ramai orang dengar selepas bertahun-tahun menghadapi pening melayang, kepala rasa ringan, dan badan seperti tidak stabil.
Dari luar nampak sihat. Tekanan darah normal. Ujian darah normal. Scan pun tiada masalah serius. Tetapi dalam diri, setiap hari terasa seperti berdiri di atas lantai yang bergoyang. Berkali-kali jumpa doktor, penyudahnya akan diberi rujukan kepada pakar kesihatan mental.

Namun persoalannya, adakah semua kes pening melayang benar-benar berpunca daripada masalah emosi?
Pening Melayang Bukan Sekadar Masalah Fikiran
Pening melayang selalunya digambarkan sebagai:
- Kepala rasa terapung
- Rasa macam dalam laut
- Dunia tak berpusing kuat, tapi tak stabil
- Berdiri lama jadi mencabar
- Badan rasa “tak kena”
Jika kalian ada yang mengalami simptom ini, cuba tanya diri sendiri satu soalan penting:
Adakah ia selalu datang bersama perut yang tidak selesa?
Kerana hakikatnya, pening melayang sangat berkait dengan angin dalam badan dan sistem pencernaan yang tidak stabil.
Kenapa Check Up Normal Tapi Badan Tetap Tak Stabil?
Apabila ujian kesihatan menunjukkan semuanya normal, itu sebenarnya berita baik. Namun ia juga membuatkan ramai orang keliru.
Masalahnya, angin dalam badan dan radang ringan pada perut selalunya tidak dikesan dalam ujian asas.
Apabila perut menghasilkan angin berlebihan dan angin itu terperangkap:
- Diafragma boleh tertekan
- Pernafasan menjadi cetek
- Saraf vagus terganggu
- Isyarat ke otak jadi tidak stabil
Hasilnya, otak menerima mesej seolah-olah badan sedang dalam keadaan “bahaya”, walaupun sebenarnya tidak.
Di sinilah muncul rasa pening melayang, jantung berdebar, dan badan terasa lemah tanpa sebab jelas.
Tanda Pening Melayang Berkait Angin Dalam Badan
Ramai tidak perasan bahawa simptom ini sering muncul bersama:
- Perut sebu walaupun makan sedikit
- Kerap sendawa
- Rasa angin naik hingga dada
- Loya ringan
- Mudah letih tanpa sebab
Jika anda alami sekurang-kurangnya tiga simptom ini serentak, besar kemungkinan puncanya bukan sekadar anxiety, tetapi angin dalam badan yang berlebihan.
Jika ada yang sering rasa perut penuh dan sendawa tak berhenti, baca artikel ini seterusnya
Perut Selalu Sebu & Kerap Sendawa? Itu Bukan Sekadar Gastrik.
Kenapa Ramai Terus Disalah Anggap Anxiety?
Apabila jantung berdebar dan badan terasa tidak stabil, ia mudah dilabel sebagai anxiety. Sedangkan dalam banyak kes, anxiety hanyalah reaksi kepada badan yang sedang tidak seimbang.
Apabila perut tertekan dan saraf terganggu, sistem “fight or flight” akan aktif. Otak akan mencetuskan rasa cemas untuk melindungi diri.
Bukan kerana anda lemah.
Tetapi kerana badan sedang cuba bertahan.
Kenapa Simptom Jadi Lebih Teruk Bila Berdiri Lama?
Ramai yang mengadu pening melayang menjadi lebih kuat ketika:
- Berdiri lama di dapur
- Beratur
- Berjalan di mall
- Berada di tempat terang dan luas
Ini berlaku kerana sistem keseimbangan memerlukan koordinasi yang stabil antara perut, saraf dan otak.
Apabila angin dalam badan memberi tekanan dalaman, badan akan lebih mudah hilang kestabilan apabila berada dalam situasi seperti ini.
Dalam artikel seterusnya, saya akan terangkan kenapa simptom lebih teruk di dapur dan mall serta kaitannya dengan sistem saraf.
Rawat Punca, Bukan Sekadar Tahan Simptom
Ubat boleh membantu menenangkan simptom buat sementara waktu. Namun jika angin dalam badan dan radang perut tidak dirawat, simptom akan terus datang dan pergi.

Ramai yang hanya sedar selepas bertahun-tahun bergantung kepada ubat, tetapi badan tidak pernah benar-benar pulih.
Apabila fokus diberikan kepada:
- Menenangkan perut
- Mengurangkan angin sistemik
- Menyusun pemakanan
- Menstabilkan sistem saraf
Barulah badan mula menunjukkan perubahan sebenar.
Jangan Abaikan Isyarat Badan
Jika anda sering berkata:
“Saya rasa macam nak jatuh tapi tak jatuh.”
“Saya takut berdiri lama.”
“Kepala rasa terapung.”
Itu bukan imaginasi. Itu adalah isyarat badan yang tidak stabil dari dalam.
Dan selagi punca tidak dirawat, simptom akan berulang.
Cara Pertama Untuk Stabilkan Badan
Perkara awal yang boleh dimulakan hari ini:
- Jangan biarkan perut kosong terlalu lama.
- Kurangkan makanan pencetus angin seperti pedas dan diproses.
- Minum air suam secara berkala.
- Perhatikan sama ada simptom datang bersama perut sebu.
- Mulakan pengambilan pre+probiotik ini untuk seimbangkan bakteria dalam usus.
Langkah ini mungkin nampak kecil, tetapi ia memberi petunjuk penting bahawa puncanya berkait dengan perut.
Nak Terus Bertahan, Atau Nak Pulih?
Jika ada yang rasa seperti menceritakan diri kalian, mungkin sudah tiba masa untuk melihat masalah ini dari sudut yang berbeza.

Kelas Diet Angin bukan sekadar pantang makan. Ia adalah susunan pemakanan dan sokongan nutrisi untuk:
- Kurangkan angin dalam badan
- Tenangkan radang perut
- Stabilkan sistem saraf
- Kurangkan pening melayang
Nak belajar pulihkan perut dengan diet angin, boleh hubungi Nina Salleh.
Nina Salleh | Coach diet angin
