Menu

5 Kesilapan IF Yang Buat Berat Badan Naik

Salah satu teknik untuk dalam ubah gaya hidup ikut formula diet FBM ialah intermittent fasting (IF) atau puasa berkala. Tanpa cara makan atau pinggan FBM, ramai yang susah dapatkan hasil yang dimahukan walaupun buat IF 20 jam setiap hari.

Kesalahan Sejak Akar Umbi

Kalau sebelum ni kita semua diajar bila bangun pagi, mesti kena makan pagi. Waktu saya di kampung, jam 8 pagi dah ada nasi berlauk bungkus, kemudian jam 12 tengahari makan-makan nasi lagi dengan ahli keluarga, akhir sekali untuk makan malam jam 8-9 malam.

Yang buat keadaan lagi teruk, antara makan pagi, tengahari dan malam pun tak berhenti-henti makan. Kudapan yang pelbagai, buah-buahan dan cekodok atau cendol sebagai selingan. Itulah yang saya faham selama ni.

perkara batalkan IF
Nasi berlauk kalau 3 kali sehari sodaqallah

Dari diri sendiri, kemudian pola pemakanan yang begini akan dipas kepada anak dan cucu. Memang tak pelik kalau macam-macam penyakit yang sepatutnya ramai dapat pada umur 40-an, sekarang umur 20-an pun ramai.

Kesilapan IF yang Buat Berat Badan Naik

Memandangkan IF ni salah satu komponen penting dalam diet FBM, saya nak kongsikan 5 kesilapan supaya dapat hasil yang diinginkan. Kalau buat yang ini, bukan berat tak turun malah kesilapan IF ni buat berat badan naik berganda. Ha risau.

1. Tidak pelbagaikan IF

Puasa ni kalau dalam Islam, memang lah salah satu rukun Islam. Puasa dari sebarang makanan dan minuman, yang sebaik-baik puasa dan puasa yang Allah swt cintai ialah puasa Nabi Daud a.s , iaitu puasa selang sehari. Kalau istilah hari ni digelar dry fast, wah canggih gitu. Kalau mampu, puasa lah lebih baik tapi perlu jaga makanan waktu berbuka.

Hari ni ada banyak jenis puasa berkala. Bukan perkara baru pun, cuma ia boleh digunapakai untuk kita yang tidak mampu puasa dengan kerap. Diberi keringanan untuk minum minuman tertentu. Masih kekal untuk baik pulih dalaman, kuatkan jiwa dan sihatkan tubuh badan sekiranya dibuat dengan  betul.

cara buat intermittent fasting
Pelbagaikan masa IF

Dalam diet FBM, kita perlu buat IF untuk tukar badan dari jana tenaga daripada gula kepada lemak. Di mana ia akan bantu turunkan paras gula dalam darah dan bakar lemak sedia ada. Kesilapan dari segi tidak pelbagaikan berapa jam, waktu open window dan close window mengurangkan kesan pembakaran lemak

2.Tidak cukup masa IF

Ramai yang buat IF tapi tidak membantu penurunan berat badan dan paras lemak. Rupanya tak cukup masa untuk badan switch. Bila buat IF dengan masa yang cukup akan bantu badan untuk switch dan guna lemak sebagai tenaga.

Lebih lama waktu IF, lebih mudah untuk turun berat badan.

3.Tukar pemakanan

Kalau masa IF sudah mencukupi dan lama, juga sudah variasikan IF tapi berat masih tunjukkan kenaikan, cuba ubah 3 perkara ni dalam diet seharian.

  • Amalkan minyak sihat dan bukan minyak jahat
  • Kurangkan dan elakkan pengambilan karbohidrat proses seperti roti, kek, pasta dan banyak lagi. Karbohidrat yang bukan dari sumber semulajadi
  • Elakkan bahan-bahan dari sumber tiruan supaya kurangkan pengumpulan toksin dalam badan

4.Membuka ruang Untuk Detox

Lakukan pembersihan pada tubuh badan bagi membuka ruang untuk toksin keluar dari badan. Ini termasuklah bahagian ketiak dan bahagian yang ada bulu roma.

cara buang toksin untuk kurus
Buka ruang supaya badan boleh buang toksin

Selain itu, tambahkan vitamin untuk detox supaya pembuangan lebih lancar terutama untuk hati.

5.Buat IF Berpanjangan

Ini ialah salah satu tanda badan sudah adapt dan rigid dengan aturan makanan. Untuk elakkan badan rigid, perlu buat variasi dengan masa IF. Contohnya 2 minggu IF dan keluar dari rutin buat beberapa hari.

Ini 5 perkara yang membuatkan berat badan naik atau statik walaupun sudah buat IF. Untuk bantuan pemakanan yang betul dan juga ilmu turunkan berat badan, join diet FBM hari ini.

Nina Salleh | Coach Diet FBM

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: