Menu

Persediaan Bersalin di Hospital Kerajaan Yang Ibu Perlu Tahu

Pejam celik, tahu-tahu dah ada 4 orang puteri yang Allah amanahkan kepada saya dan suami. Syukur Alhamdulillah. Ramai orang ingat bila dah anak ramai ni kiranya dah pro la nak bersalin sebab ada banyak pengalaman kan.

4 orang puteri di hati bonda

Sejujurnya, setiap anak-anak memberi pengalaman yang berbeza. Tak ada satu pun yang sama. Sebab itulah sebelum lupa, saya dah siap-siap catat pengalaman bersalin, yang terbaru kisah bersalin anak ke-4 bulan 12/2021 yang lepas. Kesemua anak-anak lahir di hospital kerajaan.

Persediaan Bersalin Yang Ibu Perlu Tahu

Selain daripada pengalaman, kesakitan dan tahap koyakan yang berbeza semasa melahirkan, persamaan ialah prosedur untuk bersalin di hospital kerajaan. Namun ada beberapa peraturan baru sejak seluruh dunia hadapi wabak Covid-19.

Persediaan yang saya nak kongsikan ni ialah berdasarkan apa yang saya buat, dan apa yang patut dibuat bagi memudahkan proses dokumentasi dan kelahiran.

Untuk persediaan bersalin di hospital kerajaan, saya bahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1) Persediaan Ibu

2) Persediaan Bayi

Alhamdulillah untuk semua kelahiran bayi saya tak perlu menginap lama di hospital. Jadi tak perlu la saya bawa beg besar pun. Saya hanya kongsikan dengan anak-anak.

Bag kongsi dengan baby

Bila bersalin di hospital kerajaan, kita kena sentiasa ingat bahawa suami tak dibenarkan masuk kecuali sewaktu di dewan bersalin. Bawa barang yang penting sahaja dan tidak berlebih-lebihan.

Persediaan Ibu

1) Buku Pink

Ini adalah perkara yang paling utama dan wajib ada dengan ibu setiap masa.

Untuk ibu-ibu yang mengandung, buku pink ni ibarat passport kalau nak ke luar negara tau. Jangan buat main naa.

Buku pink boleh buka di klinik kesihatan Ibu dan Anak berdekatan

Sebab dalam ni ada rekod kelahiran yang sebelum (kalau ada) serta tahap kesihatan ibu dan bayi. Bila ada buku ni, ibu boleh bersalin kat mana-mana hospital kerajaan pun. Senang bagi pihak perawat nak jangkakan kelahiran yang bagaimana akan bakal berlaku berdasarkan rekod dalam buku pink ni.

Letak dalam beg setiap masa dan bawa ke mana-mana. Kalau terjadi perkara yang tak terjangka pun, insyaAllah mudah untuk diuruskan.

2) Pad

Disebabkan anak ke-4 ni saya buat persediaan agak lambat, jadi barangan pun tak berapa lengkap walaupun dah boleh jangka tarikh tersebut akan bersalin. Haaa degil kan. Jangan ikut perangai ni tau.

Masalah terjadi bila ketuban pecah di rumah, macam yang sebelum ni juga, tapi saya tertinggal pad. Ya Allah mujur sangat lahai staff di Hospital Tunku Azizah baik sangat. Mereka bantu bagi pad tanpa ada bebelan😂

Pad yang biasa dipakai boleh beli di sini

Sampai di hospital, pad yang dipakai dari rumah dah basah lencun. Memang lah kena tukar sebab ketuban masih keluar sikit-sikit. Lupa pulak kan sebab anak ke-4 ni gap 4 tahun. Yang lain semuanya 2 tahun. Sempat kan bagi alasan defend salah sendiri. Haha

Aih, nak cerita pasal bebelan ni kalau tengah tahan sakit kontraksi 2 kali dalam 10 minit tu, boleh bertambah-tambah sakitnya. Mungkin kalau pegang besi, boleh bengkok besi tu. Memang sakit pun bersalin. Tak ada orang terkecuali, ada bahagian masing-masing.

Sebab tu kena buat persediaan dari awal. Supaya dalam kesakitan, bila semua ada, jadi kuranglah sakit nak bersalin dan emosi pun tenang saja.

Sediakan pad bersalin sekurangnya 10 keping dalam beg bersalin ibu ya.

3) Bawa selipar tandas

Ada yang nak bersalin dan pergi hospital pakai kasut. Bukan tak boleh, cuma nanti rumitkan keadaan.

Bayangkan tengah sakit, nanti akan ada pemeriksaan perlu dibuat. Dan perlu baring atas katil. Dalam keadaan normal dan tak sakit, ia memang tak jadi masalah. Tapi waktu sakit, yang mencengkam jiwa raga tu, nak bukak kasut memang tambahkan kesakitan.

Pakai selipar atau sandal yang senang sauk macam ni sepanjang di hospital untuk bersalin. Selipar toilet tu boleh juga pakai. Tapi kena pastikan ia tak licin, nanti jadi masalah pulak tersadung dalam tandas ke apa kan.

4) Bra dan baju yang mesra menyusu

Pastikan bawa pakaian persalinan baju dan bra yang mesra dan mudah untuk ibu nak susukan bayi selepas bersalin nanti.

Barang ni semua tak perlu bawa kecuali breastpad

Kalau bersalin di hospital kerajaan, dan hospital mesra bayi, ibu-ibu tak dibenarkan menyusukan bayi dengan susu botol.

Botol susu dan susu tepung pun tak boleh bawa masuk wad tau. Sebenarnya bagus juga macam tu, sebab boleh melatih ibu baru supaya dapat beranikan diri dan dapat urus bayi yang nak menyusu.

Pam susu pun saya guna selepas 1 minggu bersalin

Tak perlu risau sebab di awal kelahiran, dalam wad akan ada misi yang sentiasa bersedia untuk membantu terutama kepada ibu baru. Jangan takut dan segan untuk bertanya dan minta tunjuk ajar teknik menyusu bayi dengan betul. Misi-misi yang ada di wad bersalin kebanyakannya sudah terlatih untuk memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu baru.

Ibu lama pun boleh refresh balik teknik dan cara lekapan bayi bila menyusu hehe.

5) Bawa picagari

Syringe 10cc nanti untuk memudahkan ibu kumpul kolostrum iaitu bahagian yang terawal dan paling mujarab untuk bayi.

Mudahkan nak beri kolostrum pada bayi sepanjang di wad

Kolostrum ni komponen susu yang akan keluar waktu awal kelahiran. Ia tak keluar dengan banyak, hanya dalam bentuk titisan sahaja. Untuk elakkan terbazir, ibu boleh picit perlahan-lahan dan masukkan dalam syringe. Berikan kepada bayi menggunakan sahaja.

6) Bekal Makanan

Dari anak pertama dan ke-4, semuanya saya bersalin di hospital kerajaan. Memang kita tahu, makanan akan diberikan mengikut jadual waktu makan iaitu waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Seingat saya inilah waktu-waktu dapur hospital beroperasai.

Makanan tu ada cuma ikut masa dan berjadual

Bayangkan kalau bersalin pagi hari, macam anak ke-4 saya bersalin jam 4 pagi. Mana ada makanan akan dihantar selepas bersalin. Tapi waktu lepas bersalin biasanya akan lapar sangat sebab tenaga pun habis menahan sakit kemudian nak teran keluarkan bayi pula tu.

Nak tunggu makanan pukul 7-8 pagi, boleh menangis juga perut kosong saya. Tengok orang sebelah elok je ada bekalan roti jagung Gardenia, air milo berkotak-kotak dan air kosong dah macam pergi bercuti. Saya pula bekalan air pun tak ada.

Maka, kena ambik inisiatif untuk berjalan perlahan-lahan ke pantry nun di hujung sana untuk isi air dalam botol sendiri.

Sebenarnya, kalau tak larat, bagitahu je misi dan jangan risau sebab mereka semua memahami. Tapi perangai saya, jenis penakut nak mintak itu ini. Ye lah, faham sebab mereka pun banyak tugas nak layan kita sorang. Ada puluh-puluh ibu dalam wad. Yang normal, yang perlu diperhatikan dengan kerap dan macam-macan masalah lagi. Kalau boleh, biarlah kita mudahkan urusan mereka juga.

Mujurlah kali ni. saya bawa bekal ESP dalam bag, sangat membantu kenyangkan perut dan bagi tenaga extra untuk uruskan anak sendiri. Lepas isi air je cecepat saya koyak sachet ESP dan bancuh dengan air kosong. Lega sangat perut waktu ni.

Kalau perut lapar, nak menyusu bayi pun tak ada tenaga tau. Jadi kena pastikan bawa bekalan makanan secukupnya. Jangan lah berlebih-lebihan pula ye.

Cadangan saya,

1 paket air milo kotak kecil
4 botol kecil air mineral
3-4 roti Gardenia yang berperisa, bawalah ikut selera sendiri

Tapi saya lebih suka ESP selain beri tenaga, ia bantu pekatkan susu ibu dan beri kenyang lama. Boleh la dapat berat sebelum mengandung semula kalau hari-hari minum ESP. Hehe

Itu je la yang penting dari segi kelengkapan ibu selain daripada,

  • Toiletries
  • Plastik untuk baju kotor
  • Bag kecil untuk handphone dan buku pink serta kad pengenalan sepanjang di ruang saringan dan ke dewan bersalin

Persediaan Bayi

Untuk bayi pula, saya bawa yang simple saja. Antaranya,

1) Baju pertama

Yang asas saja iaitu baju dan seluar. Tak perlu lagi beri sarung tangan dan kaki, barut perut dan topi kepada misi untuk dipakaikan. Nanti bayi dipangkuan, haa nak make up pun boleh. Eh!

Persalinan asas untuk ibu dan bayi keluar wad

Biasanya lampin pakai buang pun ada syarikat yang akan taja kalau bersalin di hospital kerajaan.

2) Minyak urut bayi dan kapas

Sepanjang dalam wad, boleh bersihkan badan bayi dan buang selaput yang ada di seluruh badan. Selaput ni agak susah nak tanggal kalau guna sabun biasa. Untuk lebih mudah, gunakan minyak dan kapas. Urut perlahan-lahan di bahagian kepala dan bahagian  yang ada selaput kemudian bilas dengan air suam.

Cara ni bukan saja mudah tapi tak menyakitkan bayi.

3) Tuala dan lampin

Saya gunakan lampin sebagai tuala untuk lap badan bayi sebab size yang tak terlalu besar. Untuk tukar lampin, saya lebih suka guna kapas dan basahkan dengan air berbanding wet tissue biasa.

Mudahkan pengambilan baju untuk bayi

Untuk jamu dan makanan selepas bersalin pula, saya pentingkan nutrisi yang lengkap untuk baikpulih kesihatan dalaman. Saya pilih untuk amalkan set berpantang Shaklee yang bukan saja untuk kesihatan ibu, malah untuk tingkatkan kualiti susu badan selain dari mempercepatkan luka bersalin sembuh.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: