Ramai wanita akan melalui dilema ini bila ingin guna pil perancang sebagai kaedah menjarakkan kehamilan dan sebagai ikhtiar untuk masalah kesihatan. Risau sebab banyak pengalaman pil perancang punca gemuk.
“Dulu berat badan stabil je, tapi sejak ambil pil perancang, rasa makin susah nak turun…”

Sebenarnya, adakah ianya benar bahawa pil perancang memang menyebabkan berat badan naik, atau ada faktor lain yang kita tak sedar? Sebelum tu, saya akan kongsikan juga sedikit pengenalan tentang pil perancang.
Apa Itu Pil Perancang?
Pil perancang atau kontraseptif oral adalah ubat yang diambil setiap hari untuk mencegah kehamilan. Ia biasanya mengandungi gabungan dua jenis hormon penting wanita:

- Estrogen
- Progesteron
Hormon-hormon ini berfungsi untuk menghalang ovulasi (pengeluaran telur dari ovari), mengubah lendir serviks, dan menipiskan lapisan rahim, menjadikannya sukar untuk kehamilan berlaku.
Bila bercakap tentang pil perancang, salah satu kesan sampingan yang sering menjadi keluhan ialah berat badan naik. Tapi kenapa perkara ini berlaku, sedangkan tak semua wanita alami kesan yang sama?

Kesan Hormon Tambahan Terhadap Selera Makan dan Lemak Badan
Pil perancang berfungsi dengan cara mengubah keseimbangan hormon wanita yang khususnya estrogen dan progestin. Bila tubuh menerima hormon sintetik ini secara berterusan:
- Ia boleh meningkatkan selera makan, menyebabkan kita mudah lapar walaupun dah makan.
- Progestin dalam sesetengah pil juga meningkatkan penyimpanan lemak sebagai persediaan ‘mengandung’, kerana hormon ini meniru fasa luteal dalam kitaran haid.
- Estrogen pula boleh menyebabkan penahanan air dalam badan, yang memberi kesan fizikal seperti ‘berat air’ (water retention) dan kembung.
- Gangguan keseimbangan hormon estrogen yang melebihi nisbah normal menjadikan keadaan estrogen dominance
1. Gangguan Metabolisme & Pembakaran Lemak
Metabolisme badan kita sangat berkait dengan hormon. Bila berlaku ketidakseimbangan hormon akibat pil perancang:
- Kadar pembakaran kalori boleh menurun
- Badan jadi kurang efisien menukar makanan kepada tenaga
- Lemak lebih mudah disimpan, terutama di kawasan seperti perut, peha dan lengan

Ramai wanita mengadu berat naik antara 2 hingga 5kg selepas beberapa bulan ambil pil perancang. Walaupun tak semua, tetapi ini adalah kesan yang cukup biasa.
2. Kesan Jangka Panjang: Estrogen Dominance & ‘Kegemukan Hormonal’
Estrogen dominance berlaku bila jumlah estrogen terlalu tinggi berbanding progesteron dalam badan. Ini boleh terjadi secara semulajadi atau akibat pengambilan hormon luar (seperti pil perancang).
Bila keadaan ini berlaku:
- Lemak semakin susah dibakar
- Perut makin ke depan walaupun dah kawal makan
- Mood swing, cepat marah dan susah tidur (ciri-ciri hormon tak stabil)
- Risiko fibroid, cyst dan haid tak teratur juga meningkat
Ini sebab pentingnya jaga keseimbangan hormon, bukan sekadar kurangkan makan atau bersenam lebih. Bila hormon tak stabil, usaha kurus jadi sangat perlahan, kita juga akan frust.
3. Pil Perancang, Hati & Proses Detoks Hormon
Ramai tak tahu bahawa hati memainkan peranan besar dalam menyingkirkan hormon berlebihan dari badan.

Setiap hari, hati bekerja keras untuk:
- Menapis toksin dari makanan, persekitaran, ubat & hormon sintetik
- Memproses estrogen supaya dapat dibuang melalui peluh, najis dan air kencing
Kalau hati terlalu terbeban (kerana gaya hidup, diet tak sihat atau pengambilan pil hormon), hormon yang sepatutnya dikeluarkan akan beredar semula dalam darah. Ini menyumbang kepada:
- Berat badan naik tanpa sebab
- Perasaan cepat letih & sukar fokus
- Emosi tak stabil
4. Kesan Kepada Usus: Bila Hormon Tak Keluar, Berat Tak Turun
Proses pembuangan hormon sangat bergantung kepada kesihatan usus dan pelawasan lancar. Bila najis tak keluar secara konsisten, estrogen yang sepatutnya dibuang boleh diserap semula. Ini dikenali sebagai enterohepatic recirculation.
Jadi wanita yang mengalami:
- Sembelit, angin, dan kembung perut
- Najis tak konsisten atau berbau kuat
- Usus tak sihat akibat diet rendah serat
Mereka ini akan hadapi kesukaran menurunkan berat walaupun usaha kuat.
Pil perancang tak semestinya penyebab utama berat naik tetapi ia mencetuskan perubahan hormon yang boleh mempengaruhi metabolisma, penyimpanan lemak dan keseimbangan emosi.
Jika tidak diurus dengan baik, ia boleh jadi penyebab berat naik berterusan tanpa kita sedar puncanya.
Sebab itu penting untuk:
- Jaga fungsi hati (dengan DTX Complex)
- Stabilkan hormon (dengan Vivix & Omega Guard)
- Bantu pelawasan (dengan Herblax)
- Kawal selera & sokong metabolisma (dengan Lecithin & pemakanan seimbang)
Cara Seimbangkan Hormon & Turunkan Berat Badan Secara Semula Jadi
Nak bantu tubuh seimbangkan hormon dan kembali sihat, ini antara langkah yang boleh diamalkan:
a) Detoks hati secara semula jadi
- Ambil makanan tinggi antioksidan seperti brokoli, sayur hijau, lemon
- Minum air mencukupi setiap hari
- Boleh amalkan DTX Complex Shaklee dengan gabungan milk thistle, artichoke dan bahan semulajadi yang bantu proses detoksifikasi hati dan nyah estrogen berlebihan
b) Sokong kesihatan sel dengan Vivix

- Vivix bantu lindungi sel daripada kerosakan, menyokong keseimbangan hormon dan mempercepatkan pemulihan dalaman wanita selepas berpantang atau selepas hormon terganggu akibat pil
c) Gaya hidup sihat
- Tidur yang cukup dan berkualiti
- Kurangkan stres
- Buat aktiviti fizikal ringan setiap hari seperti berjalan kaki 30 minit
6. Apa Kata Pengguna?
Ramai wanita berkongsi pengalaman berjaya turunkan berat selepas berhenti pil perancang dan mula fokus pada:
- Detoks hati
- Seimbangkan hormon
- Pengambilan suplemen antioksidan seperti Vivix dan DTX Complex
Gemuk Bukan Salah Pil Semata-Mata
Pil perancang tidak secara langsung menyebabkan kegemukan, tapi ia boleh mengganggu keseimbangan hormon, menyebabkan penahanan air dan peningkatan selera makan.
Kunci utama adalah menyokong badan dengan nutrisi yang betul, bantu proses detoks dan seimbangkan hormon supaya badan lebih sihat dan berat lebih stabil.
Selain amalkan vitamin, boleh betulkan pemakanan dengan diet FBM. Klik sini untuk sertai diet FBM.
Bila hormon seimbang, tubuh akan ikut rentak yang betul. Jangan salahkan diri, tapi bantu tubuh dengan ilmu dan tindakan kecil setiap hari.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee SID 1230675