Pre dan probiotik penting untuk ibu pantang bersalin kerana ia kunci pemulihan dalaman yang ramai terlepas pandang.
Lepas bersalin bukan sekadar tentang luka sembuh atau tunggu berat turun. Ia adalah proses pemulihan dalaman yang ramai tak nampak, tapi sangat penting untuk kesejahteraan fizikal dan emosi ibu. Salah satu aspek paling penting tapi selalu terlepas pandang adalah kesihatan usus.

Kesihatan usus perlu diutamakan sebab dari ususlah datangnya tenaga, imun badan, hormon seimbang dan juga emosi stabil. Dan di sinilah peranan prebiotik dan probiotik jadi sangat penting, terutamanya selepas bersalin.
Sebab Ibu Bersalin Perlu Pre dan Probiotik
1. Bantu Lawaskan Usus & Kurangkan Angin
Selepas bersalin, ramai ibu alami masalah penghadaman. Dari situ bermulalah macam-macam gejala dari sembelit, angin, perut sebu hingga ke rasa senak setiap kali makan.
Ini berlaku kerana perubahan hormon, tekanan, ubat-ubatan masa bersalin, serta kurangnya pergerakan fizikal semasa berpantang.

Kalau dulu selesa ke tandas setiap hari, lepas bersalin tiba-tiba kena ‘berjuang’ nak buang air besar. Ada yang sampai trauma sebab luka jahitan.
Prebiotik bertindak sebagai “makanan” untuk bakteria baik dalam usus, manakala probiotik ialah bakteria baik itu sendiri. Bila kedua-duanya cukup, sistem penghadaman kembali lancar.
Ibu rasa lega, kurang perut kembung, dan tak lagi perlu tahan sakit perut atau najis keras setiap pagi.
2. Stabilkan Emosi & Kurangkan Risiko Meroyan
Kajian menunjukkan lebih 90% serotonin (hormon yang bantu kita rasa tenang dan gembira) dihasilkan dalam usus dan bukan otak. Bila usus tak sihat, hormon ini terganggu, menyebabkan ibu lebih cenderung alami emosi tak stabil, mudah menangis dan cepat naik angin.

Pernah tak rasa tiba-tiba menangis waktu tengah malam, padahal tak tahu sebabnya? Atau rasa sedih yang tak hilang-hilang, walaupun bayi tidur lena?
Bila usus dibantu dengan probiotik setiap hari, penghasilan serotonin bertambah baik, dan ini bantu kawal emosi ibu. Mood jadi lebih stabil, ibu lebih tenang hadapi cabaran menyusu, berjaga malam dan jaga anak kecil.
3. Tingkatkan Imun Badan
Usus bukan sekadar tempat makanan hadam. Lebih 70% sistem imun badan sebenarnya terletak dalam usus. Jadi kalau usus tak sihat, kita pun mudah jatuh sakit. Mudah demam, batuk, selesema dan jangkitan kuman pantang jumpa orang.

Ibu yang baru bersalin juga sering kurang tidur dan stres, dua faktor ini yang sangat melemahkan sistem imun. Bila pre dan probiotik diamalkan, ia bantu seimbangkan flora usus dan kuatkan pertahanan badan dari dalam.
Ramai ibu kongsi, lepas konsisten probiotik, mereka kurang selesema, tak mudah dapat ulser, luka cepat sembuh dan badan lebih tahan bila jaga anak yang tak sihat.
4. Bantu Turunkan Berat dengan Sihat
Ramai ibu kecewa bila berat badan tak turun walau menyusu dan kawal makan. Sebenarnya, kunci kurus selepas bersalin bukan diet ekstrem tapi perlu baiki usus dulu.
Apabila bakteria jahat terlalu banyak dalam usus, penyerapan nutrien terganggu dan metabolisme jadi perlahan. Usus juga akan hantar signal craving makanan manis, masin atau tinggi kalori.
Prebiotik & probiotik bantu aktifkan semula enzim pembakar lemak, kurangkan craving, dan bantu ibu rasa kenyang lebih lama. Berat badan turun dengan lebih selamat dan konsisten tanpa perlu ‘berlapar’.
5. Sokong Penyembuhan Luka & Pemulihan Badan
Selepas bersalin, badan perlukan masa dan nutrisi yang cukup untuk sembuh – terutama jika ibu alami luka jahitan atau pembedahan.
Namun, jika usus tidak sihat, penyerapan vitamin dan mineral jadi kurang berkesan. Ini sebab ramai ibu mengadu luka lambat sembuh, susu kurang, dan badan sentiasa lesu walaupun dah ambil vitamin.
Pre dan probiotik bantu baik pulih usus supaya badan dapat serap zat penting dengan lebih baik. Ibu akan rasa lebih bertenaga, luka cepat baik, dan kulit pun nampak lebih berseri.
Cadangan Pre dan Probiotik yang Sesuai
Untuk ibu moden hari ini, saya sangat cadangkan Prebiotic + Probiotic Raspberry Fruit Drink Premix dari Shaklee. Istimewanya sebab ia mengandungi:

- 10 billion CFU bakteria baik
- Serat prebiotik daripada inulin
- Tanpa gula tambahan, pewarna atau perasa tiruan
- Sesuai untuk ibu menyusu & berpantang
Rasa buah beri yang sedap, mudah larut dalam air, cuma bancuh dan minum. Tak perlu telan kapsul besar, sangat sesuai untuk ibu berpantang.
Kesihatan usus bukan isu kecil. Ia adalah kunci utama untuk ibu lepas bersalin kembali pulih, lebih bertenaga, dan kekal emosi stabil.
Jika baru bersalin dan masih rasa begini,
- letih walau tidur cukup
- emosi tak stabil
- berat tak turun-turun
- perut sentiasa bloated atau sembelit
- luka lambat baik
Ia adalah petanda usus belum sihat sepenuhnya.
Cuba semak semula, adakah keadaan usus kita sepanjang pantang bersalin dalam keadaam baik atau sebaliknya. Jika tidak, mulakan dari sekarang. Klik sini untuk mula baiki usus dengan pre dan probiotik yang terbukti berkesan.
Nina Salleh | Shaklee Ampang | 0123114040