Pernah tak rasa perut selalu kembung, cepat letih, susah buang air besar atau selalu jatuh sakit? Ramai tak sedar, semua ni ada kaitan dengan kesihatan usus. Salah satu cara semula jadi untuk jaga usus adalah dengan memastikan kita cukup prebiotik dan probiotik dalam diet harian.
Disebabkan ramai yang confuse, antara prebiotik dan probiotik, boleh baca perkongsian kali ni sampai habis ye.

Apa Itu Probiotik dan Prebiotik?
Probiotik adalah bakteria baik yang hidup dalam usus kita. Bakteria inilah yang bantu seimbangkan mikroflora usus, sokong sistem imun, bantu penghadaman dan cegah jangkitan.
Prebiotik pula ialah sejenis serat yang jadi ‘makanan’ kepada bakteria baik ni. Tanpa prebiotik, probiotik susah nak hidup dan berfungsi dengan baik.
Perbezaan Prebiotik dan Probiotik
Ramai yang keliru antara keduanya. Ini perbezaannya secara ringkas:

Kenapa Usus Perlukan Probiotik?
Probiotik atau bakteria baik sangat diperlukan. Ia penting bukan saja untuk usus yang sihat, tetapi juga
- Lawan bakteria jahat dalam usus
- Cegah cirit-birit atau sembelit
- Kurangkan keradangan usus
- Tingkatkan sistem imun
- Kawal emosi (ya, usus dan otak saling berkait)
Kajian juga dapati, individu yang cukup probiotik lebih jarang kena selesema, kurang risiko masalah kulit, dan lebih bertenaga.
Makanan Tinggi Probiotik & Prebiotik
Antara sumber makanan yang tinggi dengan prebiotik dan probiotik. Ia boleh juga diambil dari diet harian, dan amalkan suplemen untuk pastikan dapat penuhi keperluan badan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kesihatan yang terganggu.

Makanan tinggi probiotik:
- Yogurt hidup aktif
- Kefir
- Kimchi
- Tempe
- Sauerkraut
- Miso
Makanan tinggi prebiotik:
- Pisang (terutama belum masak)
- Asparagus
- Bawang putih dan bawang merah
- Daun leek
- Buah epal
- Manna
Fungsi Probiotik Kepada Tubuh
Probiotik bukan sekadar untuk penghadaman. Ia beri manfaat menyeluruh seperti:
- Mengurangkan risiko cirit-birit, sembelit dan kembung
- Menyokong imun sistem, terutama bila cuaca tak menentu
- Meningkatkan penyerapan nutrien seperti kalsium dan vitamin B
- Membantu atasi masalah kulit seperti ekzema dan jerawat
- Menyeimbangkan emosi kerana usus dan otak saling berkait (gut-brain connection)

Kalau ada yang kerap alami masalah perut atau mudah jatuh sakit, besar kemungkinan usus kita kekurangan probiotik. Dan jangan lupa untuk segera dapatkan pemeriksaan doktor, dalam masa sama boleh ikhtiar baiki kesihatan usus.
Siapa Perlu Ambil Suplemen Probiotik?
Dalam dunia hari ini, bukan semua orang sempat masak makanan semula jadi setiap hari. Dan kalau pun boleh ambil dari makanan, ia belum tentu dapat cukupkan keperluan badan. Kita dalam kategori perlukan probiotik kalau:
- Kerap ambil antibiotik
- Alami sembelit kronik atau cirit-birit berulang
- Ada masalah kulit seperti ekzema atau jerawat
- Selalu rasa letih walaupun cukup rehat
- Ada gejala GERD, gastrik atau angin
Usus sihat seluruh tubuh sihat
Tip Memilih Suplemen Probiotik
Tak semua suplemen sama. Bila nak beli probiotik, ini antara kriteria yang perlu ada supaya manfaatnya dapat dirasa:
- Ada strain klinikal seperti Lactobacillus rhamnosus atau Bifidobacterium lactis
- Disertakan prebiotik (gabungan prebiotik dan probiotik dipanggil synbiotic)
- Bebas gula tambahan dan bahan sintetik
- Diluluskan KKM dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang
Kalau ada masalah perut yang sensitif, pilih produk yang mesra usus dan lembut pada sistem penghadaman.
Siapa Yang Perlu Ambil Prebiotik & Probiotik?
Prebiotik dan probiotik penting untuk semua, tapi ada sesetengah golongan yang sangat perlukan sokongan tambahan untuk kesihatan usus mereka. Antaranya:

1. Individu yang selalu alami masalah perut
- Kerap kembung, sembelit atau cirit-birit
- Rasa perut tak selesa lepas makan
- Alami gastrik, GERD atau angin berlebihan
2. Ibu berpantang atau lepas bersalin
- Sistem penghadaman perlahan semasa berpantang
- Perlu sokongan imun dan kesihatan hormon
- Elak sembelit semasa penyembuhan
3. Mereka yang baru habis antibiotik
- Antibiotik bukan saja bunuh bakteria jahat, tapi juga bakteria baik
- Probiotik bantu pulihkan flora usus selepas rawatan
4. Anak kecil yang sering demam atau selsema
- Probiotik bantu kuatkan sistem imun
- Kurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan dan penghadaman
5. Orang dewasa yang cepat letih dan lesu
- Usus yang tak sihat boleh ganggu penyerapan nutrien
- Bila penyerapan tak optimum, badan jadi cepat penat
6. Penghidap ekzema, jerawat atau alahan
- Kajian menunjukkan hubungan antara flora usus dengan kesihatan kulit
- Probiotik bantu kurangkan keradangan dari dalam
7. Individu yang nak kawal berat badan
- Flora usus yang seimbang bantu kawal hormon lapar dan metabolisma
- Probiotik tertentu bantu turunkan berat secara semula jadi

Prebiotik & Probiotik Shaklee: Rahsia Usus Sihat, Badan Lebih Cergas

Usus sihat menghasilkan tubuh badan yang sihat. Tapi berapa ramai antara kita yang benar-benar jaga kesihatan usus? Sedangkan usus adalah organ penting yang bukan sahaja mencernakan makanan, tapi juga mempengaruhi imuniti, emosi dan kecantikan kulit.
Kini, gabungan prebiotik dan probiotik untuk kesan yang lebih efektif, terbaru dari Shaklee. Ia sangat mudah diamalkan dan sedap; Prebiotic + Probiotic Raspberry Fruit Drink Premix.
Ini kelebihan dan kenapa produk ini wajib ada dalam rutin harian kita.

Kelebihan Preprobiotik Shaklee?
Ini bukan probiotik biasa. Ia diformulasikan dengan gabungan saintifik dan semula jadi untuk memberi manfaat menyeluruh kepada kesihatan usus dan tubuh. Setiap sachet mengandungi:

1. 10 Bilion CFU Probiotik Aktif
Kandungan tinggi bakteria baik daripada pelbagai strain yang terbukti menyokong kesihatan usus dan sistem imun.
2. 3g Inulin Prebiotik
Inulin adalah sejenis serat larut semula jadi yang menyuburkan bakteria baik dalam usus.
3. Perisa Raspberi Semulajadi
Rasa masam manis menyegarkan, sesuai untuk diambil setiap hari tanpa rasa jemu.
4. Tanpa Gula Tambahan, Pewarna atau Pengawet
100% bersih dan selamat. Tiada bahan kimia yang meragukan.
Siapa Yang Sesuai Ambil Preprobiotik Shaklee?
Sesuai untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Termasuklah mereka yang dalam kategori ini,
- Ibu yang sedang berpantang atau menyusu
- Mereka yang baru lepas habis antibiotik
- Individu yang kerap alami sembelit, kembung atau cirit-birit
- Orang yang mudah jatuh sakit
- Mereka yang mahu jaga kulit, hormon dan imun dari dalam
- Kanak-kanak 4 tahun ke atas & warga emas

Kesan Pengambilan Secara Konsisten
- Sistem penghadaman lebih lancar
- Masalah sembelit atau angin makin berkurang
- Perut rasa lebih ringan dan selesa
- Sistem imun lebih kuat
- Kulit lebih bersih dan berseri
- Emosi lebih stabil (gut-brain connection)
Cara Pengambilan
- Ambil 1 sachet sehari
- Bancuh dengan 100–120ml air sejuk atau suhu bilik
- Elakkan air panas (sebab ia akan mematikan bakteria baik)
- Boleh ambil sebelum atau selepas makan
Testimoni Pengguna Prebiotic + Probiotic Shaklee
“Masalah keputihan berkurang”
– Puan Ira, ibu anak 2

“Angin banyak keluar”
– Puan Amirah
“Reflux dah berkurang”
– Puan Malar, Cheras

Kenapa Wanita Perlu Jaga Kesihatan Usus?
Ramai tak tahu, kesihatan usus sangat berkait rapat dengan hormon, emosi dan kitaran haid wanita. Bila usus sihat:
- Hormon lebih stabil
- Emosi lebih tenang
- Kulit makin bersih
- Masalah keputihan & angin pun boleh berkurang
Kesihatan usus adalah asas kepada kesihatan keseluruhan badan. Bila usus sihat, tubuh lebih kuat, emosi lebih stabil dan kulit pun makin berseri. Dengan hanya 1 sachet sehari, kita akan nikmati manfaat berganda daripada Prebiotic + Probiotic Shaklee yang selamat, semulajadi dan berkesan.

Nak usus sihat & badan kuat? Klik sini untuk mulakan pengambilan Shaklee Prebiotic + Probiotic Raspberry Fruit Drink Premix.
Nina Salleh | Shaklee ID 1230675