Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan kepada usus apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi.
Kebanyakan probiotik adalah bakteria, yang penting untuk menjaga keseimbangan mikrobiota usus.
Asal Usul dan Sumber Probiotik
Probiotik biasanya ditemui dalam makanan yang diperam seperti yogurt, cheese, kefir, kimchi, tempe, budu dan belacan.
Selain dari sumber makanan, probiotik juga boleh didapati dalam bentuk pil, kapsul atau serbuk yang mengandungi bakteria hidup.
Dua genetik utama bakteria yang sering dijumpai dalam probiotik ialah Lactobacillus dan Bifidobacterium. Setiap jenis bakteria ini mempunyai strain yang berbeza, yang menawarkan manfaat kesihatan yang unik.
Manfaat Probiotik untuk Kesihatan
Banyak kebaikan probiotik terutama untuk kesihatan usus. Usus yang sihat antara penyumbang kepada kesihatan keseluruhan badan. Antara kebaikan mengamalkan probiotik ialah:
1.Kesihatan Pencernaan: Probiotik memang terkenal dengan peranannya dalam meningkatkan kesihatan pencernaan. Ia bertindak dengan membantu mengembalikan keseimbangan bakteria yang baik dalam usus, terutamanya selepas pengambilan antibiotik yang mungkin membunuh bakteria baik bersama-sama bakteria jahat.
2.Sistem Imun: Probiotik boleh merangsang sistem ketahanan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran antibodi semulajadi dalam badan. Ini boleh mengurangkan kekerapan jangkitan seperti selesema dan mempercepat pemulihan.
3.Gangguan Usus: Bagi mereka yang mengalami gangguan usus seperti sindrom usus keradangan (IBS) atau penyakit usus radang (IBD), probiotik boleh membantu mengurangkan simptom seperti kembung, sembelit dan cirit-birit.
4.Kesihatan Psikologi: Terdapat kajian yang menunjukkan hubungan antara kesihatan usus dan kesihatan mental. Probiotik kesan positif kepada mood dan gejala kemurungan, dikenali sebagai ‘axis gut-brain’.
Bagi mereka yang ada gejala gerd gastric dan anxiety (GGA), probiotik sangat bermanfaat untuk diamalkan setiap hari.
5.Alergi dan Ekzema: Pada kanak-kanak, probiotik didapati boleh mengurangkan kejadian ekzema dan alergi dengan menggalakkan perkembangan sistem imun yang lebih baik.
6.Kesihatan Vagina dan Saluran Kencing: Probiotik juga membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik di sekitar kawasan vagina dan saluran kencing, yang boleh mencegah jangkitan seperti bakteria vaginosis dan jangkitan kuman pada saluran kencing.
Kenapa Perlu Ambil Probiotik?
Pengambilan probiotik sangat penting terutama dalam keadaan tertentu seperti selepas mengambil antibiotik, mengalami masalah pencernaan yang berterusan, atau ketika mengalami tekanan yang tinggi yang boleh mengganggu keseimbangan bakteria usus.
Menjaga keseimbangan mikrobiota usus bukan sahaja penting untuk pencernaan tetapi juga untuk mengekalkan kesejahteraan keseluruhan, termasuklah sistem imun, dan juga kesihatan mental.
Sebab itu pemilihan probiotik yang betul sangat penting untuk memastikan ia dapat beri kesan kepada kesihatan.
Tidak semua strain probiotik memberikan manfaat yang sama, dan keberkesanannya boleh berbeza berdasarkan masalah kesihatan yang dihadapi. Penting juga untuk pilih suplemen probiotik yang memberi jaminan, bakteria akan mampu bertahan hingga ke usus. Ini disebabkan oleh bakteria yang ‘fragile‘.
Untuk sampai ke usus, probiotik perlu lalui jalan berliku hadapi keadaan berasid di perut sebelum dapat beri manfaat kepada kesihatan.
Gabungan Probiotik dan Prebiotik Shaklee
Minuman Prebiotic & Probiotic Raspberry Shaklee mempunyai kelebihan tersendiri, menjadikannya pilihan lebih baik untuk penyokong kesihatan pencernaan. Berikut adalah beberapa kelebihan utama:
1. Kombinasi Probiotik dan Prebiotik
Ia mengandungi kombinasi kedua-dua probiotik dan prebiotik (inulin dari ekstrak akar chicory) , yang dikenali sebagai sinbiotik.
Ini berfungsi untuk tidak hanya menambah bakteria baik, tetapi juga menyediakan makanan untuk bakteria tersebut, menyokong pertumbuhan dan aktiviti mereka. Kebanyakan produk probiotik lain hanya menawarkan satu atau yang lain.
2. Pelbagai Strain Probiotik
Prebiotik & Probiotik Shaklee mengandungi 3 strain probiotik yang diuji berkesan secara klinikal. Ia dipilih khas untuk memenuhi keperluan badan dan menyokong keseimbangan mikrobiota usus.
3 strain probiotik yang terkandung dalam Probiotik & Prebiotik Shaklee:
1.Bifidobacterium lactis HN019
Ia membantu meningkatkan ketahana terhadap patogen. Membantu pergerakan usus dan membantu melawaskan.
2.Lactobacillus Rhamnosus GG
Membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan kulit. Membantu mengurangkan sindrom usus radang.
3.Lacticaseibacillus Paracasei LPC-37
Membantu mengimbangi bakteria usus dalam mengurangkan gejala stres, kemurungan dan alergik.
3. Formula yang Teruji dan Disahkan
Shaklee mempunyai standard yang tinggi dalam pengujian dan kualiti produk mereka. Setiap ramuan dalam Prebiotik&Probiotik Shaklee melalui proses pengujian yang ketat untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan.
4. Bahan Semulajadi dan Tanpa Bahan Tambahan
Prebiotik&Probiotik Shaklee dirumus dengan menggunakan bahan semulajadi tanpa tambahan pewarna, perasa atau bahan pengawet. Ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat dan lebih natural berbanding beberapa produk probiotik yang mungkin mengandungi bahan kimia tambahan.
5. Rasa yang Menyegarkan
Bentuk serbuk mempunyai rasa beri yang menyegarkan dan mudah dicampurkan dengan air atau minuman lain. Ini menjadikannya lebih menyenangkan untuk diambil setiap hari.
Pelbagai kelebihan yang boleh didapati dengan kombinasi unik probiotik dan prebiotik, serta penggunaan bahan semulajadi yang berkualiti.
Bagi yang mencari solusi holistik untuk menyokong kesihatan pencernaan dan kesihatan mental, masukkan Prebiotik & Probiotik Shaklee dalam diet harian.
Order Prebiotik & Probiotik Shaklee di sini.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang