Kulit kusam dan rambut gugur setiap hari semakin menjadi-jadi selepas bersalin. Rambut bersepah atas lantai, bergumpal dalam tandas lagi-lagi lepas sikat rambut. Kadang risau juga kan, tapi kena faham juga ada sebab jadi begitu.
Selepas bersalin, tubuh kita akan mengalami pelbagai perubahan. Salah satu yang paling ketara ialah kulit jadi kusam, rambut gugur dengan sangat banyak. ‘Rasa risau tu memang normal, apatah lagi bila tengok wajah sendiri di cermin dan mula rasa kurang yakin. Tapi ketahuilah, ini bukan semata-mata isu luaran. Ia petanda tubuh perlukan sokongan dari dalam.
Kenapa Kulit Kusam Lepas Bersalin?
1.Perubahan hormon secara drastik
Semasa hamil, hormon estrogen berada pada tahap tinggi. Hormon ini bantu kulit jadi lebih glowing. Tapi selepas bersalin, tahap hormon jatuh mendadak. Inilah yang menjadikan kulit kusam, kering, kurang anjal dan mudah timbul jeragat.

2.Kurang tidur dan tekanan emosi
Ibu yang baru melahirkan sering terpaksa berjaga malam, menyusu anak dan kurang rehat. Stres dan keletihan ini memberi kesan besar pada kondisi kulit. Bila badan letih, kulit juga akan nampak tidak bermaya.
3.Pemakanan yang tidak cukup zat
Fokus utama biasanya ialah menyusukan bayi dan jaga pemulihan. Tapi ramai ibu tak cukup makan atau makan makanan yang tak seimbang. Kekurangan nutrien penting seperti vitamin C, zat besi dan protein menyebabkan kulit tidak dapat diperbaiki dengan baik.
4.Kesan ubat dan prosedur bersalin
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan atau diberi ubat tertentu, proses detoksifikasi dan penyembuhan juga beri kesan pada kulit. Racun dalam badan boleh buatkan kulit kusam dan mudah berjerawat.
Kenapa Rambut Gugur Lepas Bersalin?
Rambut gugur lepas bersalin ialah keadaan yang dipanggil telogen effluvium di mana lebih banyak folikel rambut masuk ke fasa rehat (telogen) dan gugur pada masa sama. Keadaan ini boleh berlaku antara 6 hingga 12 bulan selepas melahirkan.
1.Penurunan hormon estrogen
Hormon estrogen yang tinggi semasa hamil bantu tahan rambut daripada gugur. Tapi selepas bersalin, hormon ini turun dan rambut mula gugur berlebihan.

2.Kekurangan nutrien
Kehilangan darah, zat besi dan kekurangan protein boleh melemahkan akar rambut. Bila folikel rambut tak dapat sokongan nutrien yang cukup, ia menjadi rapuh dan mudah tercabut.
3.Tekanan fizikal dan mental
Stres, kemurungan dan gangguan tidur selepas bersalin turut memberi kesan pada kesihatan rambut. Bila badan tidak cukup rehat, rambut akan cepat menipis dan sukar tumbuh balik.

4.Masalah tiroid selepas bersalin
Dalam sesetengah kes, perubahan hormon tiroid boleh berlaku (postpartum thyroiditis), menyebabkan keguguran rambut yang serius.
Cara Rawat Kulit dan Rambut dari Dalam
Rawatan kosmetik hanya bantu luaran. Untuk kesan sebenar, tubuh ibu perlukan pemulihan dari dalam dengan nutrien yang menyokong penyembuhan, keseimbangan hormon dan pembaikan sel.

Vivix Perlindungan Sel dan Antioksidan Premium
Vivix ialah suplemen berasaskan anggur muscadine, yang tinggi dengan polifenol, yang bertindak sebagai antioksidan kuat membantu membaiki dan melindungi sel tubuh.
Manfaat Vivix untuk ibu lepas bersalin:
- Mempercepatkan pemulihan luka dan keradangan dalaman
- Meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan
- Melambatkan proses penuaan kulit, menjadikan wajah lebih berseri
- Menyokong keseimbangan hormon secara semulajadi
Ramai ibu kongsi selepas konsisten ambil Vivix, kulit mereka kembali cerah dan rambut kurang gugur.
Collagen Plus Powder untuk Jaringan Mantap
Dengan kepekatan kolagen yang tinggi untuk setiap sachet, Collagen Plus Powder Shaklee memberikan kesan yang optimum untuk baiki rambut gugur dan kulit kusam.
Kelebihan Collagen Plus Powder:
- Kesan yang terbukti dengan kajian klinikal
- Memberi kesan kulit anjal dan tegang secara selamat
- Memudahkan untuk menjaga dalaman kewanitaan

ESP Sumber Protein Soya Berkualiti Tinggi
ESP (Energizing Soy Protein) membekalkan protein lengkap yang penting untuk pembentukan sel kulit dan rambut.
Manfaat ESP:
- Menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang lebih kuat
- Membantu kulit kekal anjal dan lembap
- Memberi rasa kenyang lebih lama (bagus untuk ibu menyusu)
- Menyokong pemulihan tisu dan luka bersalin
Protein ialah asas kepada semua sel dalam badan, termasuk kulit, rambut dan kuku.
Sustained Release Vitamin C Perlindungan Kulit
Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen, sejenis protein yang menjaga keanjalan kulit dan kekuatan rambut.
Manfaat Vitamin C:
- Mencerahkan kulit secara semulajadi
- Membantu pembentukan kolagen untuk kulit tegang dan sihat
- Menguatkan sistem imun ibu lepas bersalin
- Membantu serapan zat besi (kurang rambut gugur)

Formulasi sustained release dari Shaklee bermaksud vitamin C dilepaskan perlahan-lahan. Ini akan memberikan perlindungan lebih lama sepanjang hari.
Tip Harian Tambahan Untuk Ibu
- Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Rehat bila sempat walaupun hanya 15 minit.
- Urut kulit kepala untuk lancarkan peredaran darah.
- Pilih syampu lembut & tanpa SLS untuk kulit kepala sensitif.
Bila Patut Risau?
Jika rambut gugur terlalu banyak (melebihi 150 helai sehari), atau kulit mula timbul jerawat besar, gelap, dan gatal, ini bukan perkara biasa. Kita mungkin ada isu dalaman seperti ketidakseimbangan hormon, anemia, atau masalah tiroid.

Kecantikan Ibu Bermula dari Dalam
Kulit berseri dan rambut lebat bukan hanya dari produk luaran. Ia bermula dari sel yang sihat dan sistem badan yang seimbang. Selepas bersalin, tubuh perlukan masa dan bantuan untuk kembali pulih. Jangan abaikan keperluan diri hanya kerana sibuk jaga anak.

Dengan bantuan nutrisi semulajadi seperti Vivix, ESP dan Vitamin C dan kolagen Shaklee, ramai ibu berkongsi pengalaman pemulihan yang lebih cepat, kulit makin glowing dan rambut kembali lebat.
Kerana ibu yang jaga diri akan berasa lebih sihat, lebih yakin dan lebih bahagia untuk keluarga tercinta.
Order Vitamin Untuk Kurangkan Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin di Sini
Nina Salleh | Shaklee ID 1230675