Menu

Balik Kampung dan Rawat HFMD Dari Rumah

Masa balik dari kampung untuk raya haji hari tu, saya dah bagitau suami, kita santai-santai la sebab jalan tu macam jem je. Ramai orang akan bergerak pulang ke sarang pada hari Ahad tu. Jadi boleh bayang dah trafik macam mana.

Kami ambik keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur melalui jalan Terengganu. Saya suka la sebab boleh tengok pantai, singgah makan dan anak-anak boleh mandi pantai hihi. Tapi yang menanggung kena bawa kereta jauh tu semestinya suami. Ye lah, setahun ni memang saya boleh kira 1-2 kali je pandu kereta. Itu pun sebab nak pergi hantar barang ke pejabat pos, dan suami pula kebetulan ada kerja lain yang mendesak.

Mungkin lepas ni saya akan jadi orang yang takut nak pegang steering kereta, hunos kan Benda ni kalau reti tak praktis pun akan jadi berkarat juga.šŸ˜‚

Bertolak Balik Ke Kuala Lumpur

Kami keluar dari rumah jam 11 pagi. Tapi banyak juga la persinggahan. Sebelum balik Kuala Lumpur, kena pastikan rancangan awal tu dah siap semua. Terutama yang ini, nak hantar Vivix untuk sahabat saya, Teacher Nasywa.

vitamin malaysia
Teacher pengguna tegar Vivix

Teacher Nasywa ni pengguna tegar Vivix. Dia memang perlukan Vivix sebab tuntutan tugas sebagai ibu kepada 3 orang anak, isteri dan juga seorang cikgu di sebuah sekolah menengah. Cikgu ni memang banyak workload, sebab tu lah hampir setiap bulan dia akan repeat order Vivix. Seronok betul dapat jumpa lepas sekian lama tak bersua. Sempat la menyembang 5 minit sebab Teacher Nasywa pun kena masuk mengajar pulakšŸ„¶

Hah, itu belum mula perjalanan.

Lepas tu singgah jumpa nenek pulak. Ni lah satu-satunya nenek yang saya ada. Ibu kepada abah saya. Ayah kepada abah, ibu dan ayah kepada ma sudah ke negeri abadi. Sebelum ke Kuala Lumpur, mestilah salam, peluk cium nenek yang sorang ni dulu.

raya haji kota bharu
Nenek yang ada

Bila dah sampai rumah nenek, dihidang pulak air dan makanan. Tak sampai hati pulak nak tolak. Jadi pung pang pung pang tup tup tak sedar, dah azan Zuhur. Kemudian, solat dulu sebelum mulakan perjalanan. Lepas ni dah tak payah berhenti untuk solat dah.

balik kampung
Tak sampai berapa minit semua dah masuk mimpi

Niatnya nak bagi anak-anak tengok pantai yang indah permai ni. Tapi biasalah, masuk kereta semuanya akan berdesup ke alam mimpi. Dah macam bagi ubat batuk pulak memasing tidur taknak kalah betul tu.

Alhamdulillah, jalan ni tak jem lagi setakat ni. Asbab lalu jalan ni juga, saya yang asal Kelate pun baru pertama kali, atau mungkin saya lupa, tengok boat atas daratan macam ni. Hanya ada di Tok Bali tau. Agak kecewa la sebab suami tak berhentikan kereta nak bergambar tepi bot ni. Haih.

bot tok bali
Bot atas daratan

Dah masuk Tok Bali, maknanya kejap lagi kami akan sampai Terengganu. Laluan Tok Bali ni biasanya saya pergi makan pulut ikan bakar, tapi itu waktu malam la. Zaman sebelum kahwin sebab keluarga kami suka style jalan-jalan cari makan. Bila dah kahwin ni, kalau balik Kelate, biasanya akan banyak masa di rumah mertua la. Bagi peluang suami untuk luangkan masa dengan keluarga. Ye lah, dah la balik jarang-jarang sekali, lepas tu kalau balik pun nak keluar setiap hari, memang tak patut. Tapi raya haji hari tu banyak kali juga la keluar kebetulan ada kenduri adik beradik abah. Harap mak dan ayah mertua tak la murka. Huhu.

raya dengan suami
Raya haji di rumah suami (waktu pagi)

On another note, Alhamdulillah mak dan ayah mertua memang orang yang telus, memahami dan sentiasa buat kami rasa selesa. Jadi tak ada isu kalau saya keluar sebab mereka faham, keluarga saya pun ada di Kelate. Perks of getting married dengan pasangan yang sama negeri, itulah dia. Saling berkejaran ke sana sini demi penuhi jemputan kedua keluarga. Tapi kena faham juga, bila dah berkahwin kena ada tolak ansur. Itulah masalah yang masih saya cuba baiki dalam dirišŸ«£

Mandi Laut Di Pantai Penarik

Panjang pulak cerita Tok Bali. Tahu-tahu dah sampai di Penarik, singgah beli keropok dulu. Kalau lalu ganu dok beli kepok, dok soh laa.

anak sihat
Syukur ada masa dengan anak-anak

Akhirnya kami pun sampai di Pantai Penarik lebih kurang jam 4 petang. Anak-anak seronok mula-mula pegang pasir kering, lepas tu pegang pasir basah. Seluar pun disinsing dulu, lepas tu terus duduk memasing basahkan baju. Memang kami beri kebenaran untuk mandi air laut. Sambil detox minda gituh. Baju untuk persalinan pun dah siap-siap asingkan.

healing mandi pantai
Saya pun teringin nak mandi
anak mandi pantai
Mandi pantai penarik

Waktu salin pakaian anak-anak, dah nampak atas jalan tu kereta berderetan dah penuh jalan. Saya bagitau suami, lepak dulu kat sini la. Makan aiskrim sambil tunggu jalan reda. Lepas makan aiskrim, anak-anak semua kelaparan dah. Kedai kat kawasan situ tak ada jual masakan panas. Banyak yang ada celup-celup tepung saja. Makanan tu tak kenyangkan anak-anak kami. Jadi terpaksa beredar dari kawasan tu, bermula lah cari kedai di jalanan.

Mee Celup yang sedap

Dari sebelum bertolak, saya bagitau suami, saya teringin nak makan mee celup Kelate ni tapi kami kesuntukan masa. Tak sempat nak cari mee celup pun.

Rezeki pulak dapat jumpa kedai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur ni, yang ada jual mee celup. Tapi masalah pula sebab bila kat kedai ni, tekak saya pulak tak teringin nak makan mee celupšŸ˜£

mee celup terengganu
Kedai ni kalau dari Penarik, tepi jalan je.

Suami yang dah biasa dengan perangai pelik ni, jadi dia order lah celup-celup tu, supaya nanti saya pun boleh tumpang merasa. Memang gitulah cerita dia. Semoga Allah sentiasa rahmati suami ku ini atas kesabarannya tanpa batasan.

Dah kenyang makan, kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulilillah, jalan tidak lah jem seteruk yang saya jangka. Lebih kurang jam 2 pagi kami sampai di rumah. Itu pun sebab beberapa kali berhenti beli jajan sebab suami mengantuk.

kerja dari rumah
Saya dengan Fatima di rumah sementara kakak sekolah

Walaupun saya kerja dari rumah, ikutkan boleh je nak teruskan cuti lagi.Ā  Tapi Keesokan hari, anak-anak nak sekolah macam biasa. Tinggal lah saya dan Fatima, yang akn teman bila saya buat kerja dari rumah.

Episod Demam Fatima

Hari Selasa, Fatima mula panas badan. Mulanya saya ingat dia demam sebab mandi pantai. Kami singgah pantai hari waktu panas lagi, masih lagi ada mataharišŸ˜†

Mujurlah walaupun demam, dia tetap makan lalu macam biasa. Kalau tak lalu makan tu yang risau juga. Rupanya bukan demam mandi pantai, tapi demam jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD). Saya memang rawat HFMD dari rumah sahaja. Tapi perlu juga perhatikan kesihatan anak.

Rawat HFMD dari rumah

bintik tanda hfmd
Bintik yang awal

Saya perasan ada bintik kecik pada tangan dan kaki. Saya ingatkan chicken pox sebab biji air tu macam pecah. Mungkin sebab dia menggaru, jadi teruk sikit lah biji tu.

Memang gatal kot HFMD ni. Jadi saya sapu krim serbaguna Shaklee herbal blend ni nak legakan gatal. Krim ni bau wangi macam herba, saya yakin la nak guna sebab tanpa paraben dan produk Shaklee semua dari bahan semulajadi. Selamat untuk anak kecik pun.

krim serbaguna shaklee
Krim untuk legakan kegatalan

Bila dah sapu tu, kuranglah gatal merenyam. Rasa berangin yang tak pedihkan tangan.

gejala punca simptom hfmd
Bintik gatal pada kaki

Teringat pada sepupu Fatima yang kena jangkitan ni, kesian sangat merengek tak selesa dan demam panas pulak tu. Memang berjaga sepanjang malam. Dah jadi macam chicken pox sebab biji tu pecah dan ada kat muka juga. Mak dia pun tak tahu nak buat macam mana dan dah buntu. Semua sepakat suruh bawa ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan yang lebih rapi.

Saya risau takut Fatima pun jadi macam tu juga. Sudah lah saya ada kelas hujung minggu yang menanti, bakal ke Sarawak pula untuk urusan bisnes. Jadi taknak lah sampai masuk wad.

omega guard shaklee hfmd
Setiap hari sebiji Omega Guard untuk bantu kurangkan keradangan Fatima

Nak elak supaya kurang teruk, saya ikhtiar rawat HFMD dari rumah, saya bagi Fatima makan sebiji Omega Guard, ada omega-3 untuk kurangkan keradangan. Omega Guard Shaklee ni memang dari ikan kecik, yang bebas merkuri. Kalau nak cari fish oil, pilih yang sumber omega-3 nya dari ikan kecil. Dan tinggi omega-3 bukan sekadar lemak ikan.

Syukur Alhamdulillah, Fatima demam tak melarat, hanya 2 hari itu pun tak panas sangat. Biji-biji air pun dah kecut. Tak naik sampai ke badan semua. Lega lah saya nak tinggal untuk pergi kelas 2 hari hujubng minggu lepas.

Memori Bulan Julai, Raya Haji dan Rawat HFMD dari Rumah

Hari Isnin lepas, 10/7/23, saya ke klinik untuk lengkapkan vaksin Fatima, pneumococcal dos kedua.

cara rawat hfmd
Muka sebelum dicucuk

Bila buat M CHART, Fatima memang tak dapat sebut apa-apa perkataan selain maaa, maaa macam tu je. Sepatutnya kalau ikut teori, dia kena ada sebut 3 patah perkataan. Contohnya, ā€œFatima nak susuā€, tapi dia belum boleh.

Nurse tanya, Fatima ni selalu diberi gajet ke atau macam mana. Saya memang tak beri gajet kepada anak. Kat rumah kami, TV pun tak ada sebab saya nak elakkan anak bergantung dengan TV.

Jadi nurse risau dah terpaksalah refer kepada doktor. Bila jumpa doktor, dia kata, bila umur 2 tahun dan Fatima masih belum ada progress, Fatima perlu dirujuk kepada speech therapist.

Harap-harap semua baik dan Fatima boleh bercakap macam kakak yang lain. Doakan ya. Kalau ada tips dan cara-cara untuk anak umur 18 bulan bercakap, tolong lah kongsikan di ruang komen ye. Mungkin saya boleh praktiskan untuk Fatima.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: