Reflux Asid Perut? Mungkin Injap Perut (LES) Lemah

Reflux asid perut boleh sebabkan dada panas, dan banyak lagi simptom lain yang mengganggu aktiviti harian. Yang paling ketara, reflux asid perut akan menyebabkan anxiety.

“Kenapa reflux ni berulang dan tak baik-baik ya?”

Ramai orang dah bertahun-tahun struggle dengan masalah:

✔️ pedih ulu hati
✔️ sendawa tak berhenti
✔️ rasa masam di tekak
✔️ dada rasa ketat
✔️ tekak rasa berangin
✔️ susah tidur sebab reflux

Ada yang makan ubat sekejap lega. Namun, lepas beberapa hari atau minggu, simptom datang balik.

reflux asid perut
Punca GERD tak kesudahan.

Kalau pernah rasa macam ni, mungkin ada satu perkara yang ramai tak sedar:

Injap perut (LES) mungkin lemah atau longgar.

Apa Itu LES?

LES atau Lower Esophageal Sphincter ialah sejenis injap otot yang berada di antara perut dan saluran makanan (esofagus).

Fungsi dia mudah:

Tutup supaya asid perut tak naik ke atas.

Bila kita makan, injap ini akan terbuka untuk benarkan makanan masuk ke perut.

Selepas itu, ia sepatutnya tertutup semula.

Tetapi bila injap ini menjadi lemah atau longgar, asid dalam perut boleh naik semula.

Inilah yang dipanggil:

acid reflux atau GERD.

Tanda-Tanda LES Lemah buat Reflux Asid Perut

Ramai sangka GERD cuma pedih ulu hati. Sebenarnya simptom boleh jadi lebih banyak.

tanda les lemah
Tanda injap perut lemah

Antaranya:

  • pedih ulu hati
  • sendawa tak berhenti
  • tekak rasa pedih
  • rasa macam ada benda tersekat di tekak
  • suara serak waktu pagi
  • batuk tak habis-habis
  • dada rasa sempit
  • susah tidur malam

Ada juga yang rasa:

“Lepas makan je badan terus tak sedap.”

Kenapa GERD Asyik Datang Balik?

Ramai fokus pada makanan sahaja.

Tetapi sebenarnya ada beberapa sebab GERD mudah berulang:

1. LES Masih Lemah

Kalau injap masih tidak kuat tertutup, asid mudah naik semula.

2. Perut Terlalu Banyak Gas

Gas dalam perut boleh meningkatkan tekanan.

Ini boleh menyebabkan reflux lebih mudah berlaku.

Sebab itu ramai yang ada GERD juga mengalami:

✔️ kembung
✔️ sendawa
✔️ rasa angin naik ke dada

3. Sistem Penghadaman Tidak Stabil

Bila makanan lambat hadam, perut jadi lebih “stress”.

Gas bertambah dan reflux boleh jadi lebih kerap.

4. Stress dan Anxiety

Ramai tak sedar bahawa GERD dan emosi sangat berkait.

pulihkan gerd anxiety
Ketahuilah jika tak dirawat akan beri kesan negatif pada kesihatan mental

Bila badan stress:

  • reflux makin teruk
  • dada makin tak selesa
  • perut makin sensitif

Ada orang sampai rasa:

✔️ jantung berdebar
✔️ rasa nak panic
✔️ susah tidur

Ini sebab hubungan antara usus dan otak (gut-brain connection).

Apa Yang Boleh Dibuat Untuk Kurangkan GERD?

Selain menjaga makanan, ramai mula memberi perhatian kepada kesihatan sistem penghadaman secara menyeluruh.

Antara perkara asas yang sering membantu:

✔️ makan dalam portion kecil
✔️ elakkan terus baring selepas makan
✔️ faham trigger food
✔️ jaga kesihatan usus
✔️ kawal stress

Sesetengah orang juga mengambil sokongan nutrisi seperti:

Kolagen

Kolagen penting sebagai salah satu protein dalam badan dan diambil sebagai sokongan struktur tisu badan secara umum.

kerap sendawa punca gerd
Cara elak relfux yang berpanjangan

Selain jaga pemakanan, pengambilan kolagen sangat penting untuk baiki lapisan perut dan sistem penghadaman yang keradangan akibat angin dan juga asid reflux.

Mereka yang ada reflux berulang disebabkan oleh LES longgar juga sangat digalakkan untuk tambah kolagen dalam diet harian.

Preprobiotik

Preprobiotik membekalkan bakteria baik dalam badan. Usus dengan bakteria yang lebih seimbang membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik.

Pengambilan preprobiotik sangat penting terutama kalau signal badan seperti,

  • perut sentiasa rasa penuh
  • perut kembung
  • sendawa
  • ketidakselesaan perut

Fahami Punca, Bukan Sekadar Tahan Simptom

Kadang-kadang kita terlalu fokus untuk cepat lega.

makanan elak angin dalam badan
Rupanya, banyak makanan yang dikatakan penyebab angin boleh dimakan bila perut kembali sihat

Tetapi bila simptom asyik datang balik, mungkin sudah tiba masa untuk faham:

“Apa sebenarnya punca GERD saya berulang?”

Dalam Kelas Diet Angin, saya kongsikan tentang:

🌿 hubungan GERD & angin dalam badan
🌿 bagaimana sistem penghadaman mempengaruhi simptom
🌿 cara makan lebih mesra perut
🌿 bagaimana kenal pasti trigger food

Bila mula faham punca sebenar, badan biasanya lebih mudah dijaga. Ingat ya, signal yang badan beri kalau tidak diurus dan dirawat, akan huru harakan hidup sendiri.

hiatal hernia boleh pulih
Pesakit yang ada hiatal hernia

Mula ubah kesihatan dan dapat kualiti hidup yang lebih baik bila perut dirawat dengan sebaiknya.

Nak dapatkan nasihat dan vitamin untuk elak reflux asid perut, boleh hubungi Nina Salleh.

vitamin malaysia
Picture of E-Book Ubah Diet

E-Book Ubah Diet

E-book ubah diet yang sesuai bagi kalian yang nak betulkan kesihatan, dengan pemakanan sebagai gaya hidup.

Dengan pembelian e-book, kalian akan dapat guide personal serta group coaching secara PERCUMA.

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh