Menu

Resepi Ikan Keli Berlada Sedap Menyengat

Bila tengok menu ikan keli berlada ni, memang banyak kenangan satu persatu bermain di fikiran ni. Yang paling tak boleh lupa, waktu praktikal di Hospital Ampang, inilah kali pertama saya makan ikan keli berlada paling sedap seumur hidup, iaitu yang ada di kedai bersebelahan dengan hospital ni.

pusat kesihatan UKM Bangi
Uniform ni la mengular makan ikan keli dulu haha

Sekitar tahun 2009-2010, waktu praktikal di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang, ikan keli berlada inilah menu makan tengahari saya setiap hari. Seawal 11 pagi, saya dan kawan-kawan akan berarak ke kedai makan sebab kalau lambat memang melepas ikan keli ni. Biasalah, budak-budak praktikal sambil mengulor aduh. Harap jangan diikut. Kalau staf datang hanya beli dan tapau untuk makan di pantry, tapi kami yang praktikal  ni bantai makan di kedai tu haa ko hado.

resepi ikan keli mudah
Tak cantik tak apa, asalkan sedap mehehe

Ikan keli berlada ni antara menu laris kedai ni. Kalau pukul 11 menu tu siap dimasak, pukul 11.30 pagi dah tinggal satu ekor yang terakhir saja. Memang dekat kedai ni ikan keli berlada dia jadi pujaan ramai termasuk staf Hospital Ampang.

Entahlah, ikan keli ni ada special spot di hati saya. Buatlah menu apa-apa pun. Bakar, masak lemak cili padi, goreng kunyit dan gulai darat letak daun kesum semuanya sedap di hati saya.

Resepi Ikan Keli Berlada Sedap Menyengat

Disebabkan teringatkan ikan keli berlada restorang berdekatan dengan Hospital Ampang ni, saya terpaksa cuba-cuba juga buat. Nak pergi sendiri dalam keadaan sekarang ni memang susah juga lah nak angkut anak-anak. Kebetulan nak buat ikan keli berlada ni bahan-bahan semuanya tersedia.

Senang aje, tapi sekali makan memang buat teringat-ingat.

Bahan-bahan untuk Masak Ikan Keli Berlada Sedap

bahan ikan keli berlada
Bahan-bahan untuk masak ikan keli berlada
  • Ikan keli gaul dengan sedikit garam dan kunyit 
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 3 biji cili besar merah dan hijau bagi ceria sikit
  • 1 biji bawang Holland dihiris bulat (Saya hiris separa bulat supaya senang nak makan)
  • Asam keping
  • Gula melaka dan garam sebagai perasa
  • Daun limau purut untuk aroma yang menyegarkan (tambahan)
  • Daun sup atau daun ketumbar untuk tabur di atas ikan keli berlada nanti

Cara-cara untuk memasak Ikan Keli Berlada Yang Sedap

Sediakan Bahan utama iaitu Ikan Keli

1.Goreng ikan keli yang digaul dengan garam dan kunyit terlebih dahulu. Ikut kegemaran masing-masing. Saya hanya masukkan dalam airfryer, suhu 170 darjah selama 25 minit untuk ikan keli yang tak garing.

Bila masak dengan air fryer begini, isi ikan keli lebih lembut tetapi tulang temulang tidaklah rangup krup krap seperti goreng garing.

Kalau suka ikan keli goreng garing, gunakan kuali dan goreng ikan keli dalam minyak yang banyak (deep fried)

cara goreng ikan airfryer
Goreng ikan terlebih dahulu

2. Tumbuk cili dan bawang kecuali bawang Holland.

cara masak ikan keli berlada
Boleh tumbuk atau guna food processor. Kalau blend, nanti akan terlampau lumat

Saya masih guna lesung batu sebab belum jumpa food processor yang berkenan di hati. Kalau nak biar dia lumat, guna blender biasa. Tapi tak jadi rupa ikan keli berlada la sebab tekstur cili semua akan hilang.

Sediakan Tumisan Ikan Keli Berlada

3. Gunakan minyak yang sama buat goreng ikan keli tadi, untuk tumis bahan tumbuk. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk tadi.

cara masak ikan keli berlada
Tumis bahan tumbuk

Sebenarnya bawang Holland tu boleh dimasukkan kemudian nanti. Bila bahan-bahan semua hampir siap dimasak.

4. Waktu menumis ni tak boleh tinggal lama. Perlu sentiasa kacau supaya tak hangit dan melekat di kuali. Kacau sehingga dan cili nampak kekuningan dan naik bau yang sangat sangat wangi.

Kalau nak masukkan daun limau purut, boleh masukkan waktu ni.

cara masak ikan keli berlada
Bau wangi sampai keluar dah masa ni

Oh ya, kerja-kerja menumis ni memang perlukan minyak yang banyak. Mujurlah sekarang ni saya amalkan diet Fat Burning Machine (FBM) yang tak perlu takut dengan minyak dan lemak. Memang sedap dapat makan lauk begini setiap hari.

5. Selepas naik bau dan semuanya sudah masak, masa untuk perasakan dengan garam dan gula. Kalau tak suka masukkan gula, jadi tak perlu letak. Bagi saya, kalau masakan pedas perlu imbangkan dengam sedikit rasa manis.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya ikutlah selera dan deria rasa masing-masing. Masukkan sedikit kemudian rasa dan boleh tambah lagi sekiranya tak cukup.

resepi ikan keli berlada sedap
Masukkan asam keping untuk imbangi rasa
ikan keli berlada
Perasakan dengan garam dan gula

6. Gaul sebati dengan garam dan gula, selepas puas hati dengan bahan tumis untuk sambal berlada, boleh la masukkan ikan keli goreng ke dalam kuali.

7. Bila ikan keli sudah sebati, siaplah ikan keli berlada yang sedap dan mudah ini.

8. Sedia untuk dihidang dan menjamu selera bersama keluarga tersayang. Jangan lupa kongsikan resepi ni dan save untuk kegunaan nanti bila teringin masakan ni.

ikan keli berlada
Kalau nak nampak cantik, tak perlu potong. Saya potong ikan keli supaya senang anak-anak nak ambik setiap orang sepotong hehe

 

Masakan Dari Hati

Dulu-dulu nak memasak ni memang rasa berat sebab saya sendiri tak diajar masuk dapur waktu sebelum kahwin. Tapi percayalah, bila buat dari hati, praktis akan buah kan hasil. Sama juga dalam apa perkara yang kita buat, kena banyakkan latih tubi sebelum betul-betul menjadi.

Bila dah biasa memasak nanti, campak-campak pun sedap eh.

Di rumah ni, anak-anak pun sama dah jadi pencinta ikan keli macam saya. Kalau masak menu ikan keli, memang berebut semua. Ikan keli memang wajib ada sebagai stock lauk basah kami hehe.

Kongsikan di bahagian komen, masakan ikan keli kegemaran kalian:)

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: