Hari Jumaat ni saya buat nasi goreng daging. Masak yang mudah-mudah je. Nasi goreng daging ni tak pedas, ada sayur dan anak-anak pun suka. Hari ni memang terasa cepat pula masa berlalu. Mana taknya anak-anak akan balik sekolah jam 12, lepas tu suami pula akan solat Jumaat sampai pukul 2. Yang utamanya hari Jumaat kena ingatkan diri untuk sedekah, baca Surah Al-Kahfi dan banyakkan selawat.
Resepi Nasi Goreng Daging Mudah dan Sedap
Panjang pula intro kan, hari tu dah janji nak bagi resepi nasi goreng sihir suami kan, haaaa ni lah dia. Sebab suami Nina suka sangat ni. Padahal Senang nak mampuih. Mungkin sebelum ni, nasi goreng pun macam tak rupa nasi goreng.
Bahan-bahan Nasi Goreng Daging
- 3 pot beras dimasak dan sejukkan
- 1 biji bawang Holland dipotong dadu
- 5 biji bawang merah dipotong dadu (nak hiris nipis pun takde masalah)
- 500 gram daging dipotong halus, atau cincang. Daging ni saya suka kecik supaya senang nak kunyah
- Sayuran kegemaran
- 1 sudu besar lada hitam
- Garam secukupnya
Cara Masak Nasi Goreng Daging
Saya masak tak pedas supaya anak-anak pun boleh makan. Kalau suka pedas, boleh ketuk cili padi dan tumiskan bersama bawang.
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan ya.
Nina Salleh | Empowering moms
One thought
suka giler nasi goreng daging. buat pedas2 sedap.