Menu

Review Penginapan Di The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Bulan puasa yang lepas, saya saja buat tempahan untuk menginap di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, sebab nak rasa pengalaman sahur di hotel. Lagipun dah lama duduk berangan nak menginap di sini. Bagi saya, bangunan hotel ni sangat unik dan mengingatkan pada sejarah.

The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Hotel ni dibina pada tahun 1932 oleh arkitek Belanda . Ada 51 bilik semuanya. Ada dua wing iaitu Majestic Wing, yang asal, dan Tower Wing yang dibina sebagai bangunan tambahan.

Dah lama saya idamkan untuk menginap di Hotel Majestic, tahun ini baru dapat tunaikan. Setiap kali lalu bandar Kuala Lumpur, dalam hati berdoa supaya Allah beri rezeki nak merasa bermalam di hotel ni. Wah siap berdoa kau mampuuu.

Rekabentuk bangunan seperti di zaman penjajah menarik ramai pengunjung

Sebenarnya waktu buat tempahan bilik, saya terlepas pandang pasal Majestic dan Tower Wing. Ku sangka ia serupa, rupanya untuk Tower Wing tak merasa lah saya nak masuk melalui pintu utama Hotel Majestic yang ini.

Tower Wing perlu parking di bahagian lain dan rekaan dalaman juga sedikit berbeza dengan gaya moden kontemporari. Agak sedih juga lah sebab memang berangan sangat nak masuk bangunan klasik tu. Nak buat macam mana, salah diri sendiri. Kalau suami yang buat tempahan boleh juga marah kat dia kan. Jadi, kalau nak pilih hotel Majestic bangunan lawa ni kena pilih The Majestic Autograph Collection, bukan Tower Wing.

Bergambar di kolam renang

Gambar kenangan di kolam renang. Kawasan kolam renang Hotel Majestic bahagian tower wing ni tak sesuai untuk anak-anak yang tak reti berenang. Kolam renang di sini kedalaman untuk dewasa.

Booking Hotel The Majestic dengan Harga Jimat

Masa menginap di sini, saya dapat tempah dengan harga yang lebih jimat. Kalau biasanya nak duduk di The Majestic Hotel ni anggaran harga antara RM699-RM700 juga lah. Tapi kali ni saya dapat buat tempat The Majestic Hotel dengan harga RM400. Itu yang gelabah terus confirm kan booking tanpa tengok bangunan yang mana satu.

Saya menginap di The Majestic Hotel ni semalaman saja, check-in hari Khamis dan check-out hari Jumaat. Kalau nak harga hotel yang lebih jimat, perlu buat tempahan untuk menginap bukan pada Sabtu atau Ahad, atau selain dari cuti umum.

Ruang Bilik Dan Bangunan The Majestic Hotel

Saya kalau ke mana-mana hotel, susun atur, rekaan dan kekemasan ruang yang saya perhatikan dan pentingkan ialah tandas dan bilik. Kalau ke hotel yang bilik ada coffee table, ada tandas yang kemas dan bersih itu pun dah cukup seronok.

Laluan untuk ke bilik
Ruang yang luas untuk anak-anak explore

Bila masuk je bilik The Majectic Hotel ni rasa macam berbaloi juga walaupun tak dapat Majestic Wing. Kalau di Majestic Wing, susun atur dan perabot ala-ala Old Englih Style. Kalau yang ni lebih kepada modern sahaja. Tapi puas hati sebab siap dengan coffee maker, jadi okey lah tetap enjoy je stay dekat sini.

Coffee table dan coffee maker

Dalam bilik yang saya tempah ni, ada 2 katil queen, untuk anak-anak dan mak ayah, sesuai untuk kami yang ada anak ramai. Bilik boleh katakan agak spacious, anak-anak boleh berlari dan bermain. Ada lagi ruang nak bentangkan sejadah tak perlu solat atas katil. Haha.

Kemudahan The Majestic Hotel

Walaupun seronok dan puas hati dengan bilik, tapi kolam renang The Majestic Hotel untuk Tower Wing ni agak mengecewakan. Salah saya sebab tak buat research sebelum booking. Sebab terlampau teruja untuk dapat bangunan ala-ala negara orang putih tu la. Huhu.

Amanda dan Qaleesya dah teruja nak mandi kolam

Selain mak budak nak duduk bangunan tu, anak-anak pun teruja nak mandi kolam. Inilah tempat pertama kami tuju setiap kali masuk mana-mana hotel. Dekat kolam renang The Majestic Hotel ni, anak-anak hanya tepuk-tepuk air dan celup kaki je sebab kolam dalam dan anak tak pandai berenang.

Bilik air pun sangat luas

Mujurlah bilik air dan tandas dengan bath tub yang selesa, jadi anak-anak berenang di situ je la.

Hotel lain yang ada kemudahan kolam renang yang sesuai untuk anak-anak bermain ialah:

1)The Shore Hotel&Residences Melaka

the shore melaka

2)Hard Rock Hotel Penang

Hard rock Penang

Sahur di Bilik Hotel

Memandangkan kami menginap di The Majestic Hotel waktu bulan puasa, dan ambil pakej breakfast, jadi pakej tersebut ditukar kepada sahur. Biasanya ada hotel yang perlu makan di ruang makan, tapi kali ni di The Majestic Hotel, menu sahur kami dihantar ke bilik. Lebih mudah dan praktikal sebab tak perlu nak bersiap bagai. Sahur di bilik macam gini ala-ala kat rumah jugalah.

Pengalaman sahur di bilik hotel

Kita boleh pilih masa untuk menu sahur dihantar ke bilik antara jam 4 pagi, 4.30 pagi atau 5 pagi.

Menu sahur di hotel

Menu utama sudah ditetapkan tetapi ada pilihan untuk air. Boleh pilih sama ada air kopi, teh tarik atau teh O. Kali ni saya cuba-cuba je mintak semua ketiga-tiga air, Alhamdulillah rezeki dapat rasa semua. Hihi.

Untuk hari tersebut, menu sahur ialah:

  • Kari kepala ikan
  • Sup ekor
  • Daging masak kicap
  • Sayur campur

Makanan semua sedap-sedap, habis licin kami suami isteri balun untuk sahur. Memang puas hati hingga menjilat jari.

Kalau diberi pilihan lagi, memang nak sahur di hotel lain pulak. Sebab buka puasa kan dah biasa. Jadi kita pilih sahur pulak lain hotel nanti.

Kesimpulannya, walaupun teruja nak menginap di hotel, buatlah sedikit carian supaya tidak terkulat-kulat bila sampai kat hotel nanti hehe. Boleh tempah hotel dengan cara ni untuk jimat banyak.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: