Usus kita bukan sekadar laluan makanan yang dicerna. Ia juga adalah organ penting yang mengawal sistem imun, hormon, dan juga emosi. Ramai tak sedar yang masalah seperti angin banyak, susah membuang, GERD, Gastritis malah anxiety (GGA) boleh berpunca daripada usus yang tidak sihat.
Masalah usus ini bukan lagi isu kecil, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita terutama selepas bersalin atau ketika melalui fasa hormon tidak stabil.
Kenapa Usus Penting Untuk Kesihatan Menyeluruh?
Sistem pencernaan kita bermula dari mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan akhirnya keluar sebagai najis. Usus memainkan peranan penting dalam:

- Penyerapan nutrien
- Penyingkiran toksin
- Penghasilan hormon serotonin (90% hormon ‘bahagia’ dihasilkan di usus)
- Sistem imun tubuh (lebih 70% sistem imun duduk di saluran usus)
Tanda-Tanda Usus Bermasalah Yang Ramai Tak Sedar
Ini antara tanda paling biasa bila usus kita ‘merajuk’ dan sebagai signal ia perlukan perhatian untuk elakkan masalah yang lebih teruk:

1. Perut kerap kembung & angin banyak
• Ini adalah petanda usus menghadapi masalah penghadaman dan pengumpulan gas akibat bakteria tidak seimbang.
2. Susah membuang, sembelit berpanjangan
• Najis keras, tidak lawas atau hanya buang 2–3 hari sekali boleh menunjukkan pergerakan usus yang lemah.
3. Gastrik & GERD (acid reflux)
• Asid perut naik ke esofagus kerana sistem pencernaan yang perlahan atau ‘terhenti’.
4. Mood swing, cepat marah, anxiety
• Bila usus terganggu, penghasilan serotonin juga terjejas. Ini sebabnya emosi kita boleh ‘naik turun’ tanpa sebab jelas.
5. Letih walaupun cukup tidur
• Usus tidak menyerap nutrien dengan baik, menyebabkan badan tidak dapat bekalan tenaga yang cukup.
Masalah Usus & Wanita Lepas Bersalin
Selepas bersalin, ramai ibu alami masalah angin, sembelit, atau gastrik. Ini normal disebabkan:
- Pemulihan hormon yang masih belum stabil
- Penggunaan ubat semasa bersalin/pembedahan
- Kurang pergerakan fizikal semasa berpantang
- Pemakanan tinggi karbo dan rendah serat
Jika dibiarkan, ia boleh mengganggu pemulihan badan dan emosi ibu.
Kaitan antara Usus & Otak: Gut-Brain Axis
Kajian sains moden membuktikan kewujudan gut-brain axis iaitu satu sistem komunikasi dua hala antara otak dan usus. Bila usus kita bermasalah, otak akan menerima isyarat tekanan, lalu menyebabkan simptom seperti:

- Rasa resah tanpa sebab
- Gangguan tidur
- Mudah panik atau murung
Sebab itu kita sering dengar, “kesihatan bermula dari usus”.
Usus yang sihat adalah asas tubuh yang kuat. Untuk baiki dan ubah, kita perlu mula rawat dari dalam bukan sekadar menghentikan gejala, tapi mengawal dari akar masalah. Dapatkan suplemen yang sesuai dan rawat dengan ilmu. Klik sini untuk sertai kelas pemakanan GGA.
Kenapa Penting Rawat Usus Dari Sekarang?
Ramai ibu mungkin rasa gejala angin, cepat penat, atau sembelit ini perkara biasa selepas bersalin. Tapi bila dibiarkan lama, ia boleh memberi kesan pada keseluruhan sistem badan menyeluruh termasuk hormon, kulit, imun dan emosi.
Apabila sistem pencernaan tidak seimbang, toksin mudah terkumpul dan menyebabkan “gut inflammation” yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang.
Usus juga dikenali sebagai otak kedua kerana mengandungi lebih 100 juta neuron. Maka tidak pelik jika masalah emosi seperti cemas, panik, rasa “burnout”, datang secara tiba-tiba bila usus tidak sihat.
Jadi, langkah kecil yang kita ambil hari ini seperti cukupkan serat, minum air dan ambil suplemen menyokong sistem penghadaman yang boleh menjadi pelaburan besar untuk kesihatan dan kestabilan emosi sebagai seorang ibu.
Soalan Lazim Masalah Usus dan Emosi Ibu
1. Betul ke angin dalam badan boleh buat saya rasa murung atau letih sangat?
Ya, sebab angin berlebihan adalah petanda usus yang tak lawas dan sistem pencernaan yang lemah. Bila toksin berkumpul, ia boleh beri kesan kepada keseimbangan hormon dan mood.
2. Saya membuang tapi rasa macam tak puas. Adakah ini normal?
Tidak. Ini petanda usus anda tidak mengosongkan sepenuhnya. Mungkin ada lebihan najis yang tersimpan di usus besar. Cuba amalkan detoks ringan dengan Herblax dan lebihkan makanan tinggi serat.
3. Saya makan dah jaga, tapi masih ada anxiety. Kenapa?
Jaga makan untuk mereka yang ada masalah angin, bukan seperti jaga makan untuk kawal berat badan. Ia bukan sekadar “jaga makan” tapi perlu lebih tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang perlu dielakkan.

Untuk pastikan betul cara “jaga makan”, saya sangat sarankan untuk sertai kelas pemakanan dengan panduan lebih detail untuk baik pulih gut-brain axis.
4. Saya tak selalu sembelit, tapi perut rasa sebu dan asyik sendawa. Apa patut saya buat?
Ini petanda angin dalam perut. Prebiotik dan probiotik boleh membantu seimbangkan bakteria dalam usus dan akan mengawal masalah angin. Amalkan juga B-Complex dan Ostenutrix untuk bantu sistem saraf dan penghadaman lebih tenang.
Elakkan makanan berminyak, makanan pedas dan ikut pantang larang seperti kelas pemakanan GGA.
Ikhtiar Sihat Dari Dalam
Rawatan sebenar bermula dari dalam dan bukan hanya bergantung pada ubat putih atau gastric aid semata-mata.
Bila usus sihat:
- Badan lebih bertenaga
- Emosi lebih stabil
- Imun lebih kuat
- Berat badan juga lebih terkawal
Cadangan Vitamin Untuk Kesihatan Usus
Berikut antara vitamin yang boleh membantu untuk baiki kesihatan usus dan stabilkan emosi
1. Prebiotik + Probiotik Shaklee (Raspberry Fruit Drink Premix)
• Kombinasi pre dan probiotik untuk imbangi bakteria baik dalam usus.
• Membantu kurangkan angin, kembung dan lancarkan penghadaman.
2. Herblax
• Diformulasi dari herba semula jadi, bantu lembutkan najis dan cuci usus secara lembut.
• Sesuai diambil sekali-sekala untuk ‘detox’ sistem penghadaman.
3. Ostenutrix
• Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D.
• Magnesium bantu rangsang pergerakan usus, kurangkan sembelit & bantu tidur lena.
4. B-Complex
• Bantu saraf & emosi stabil, sangat penting untuk ibu-ibu yang alami anxiety atau mudah stress.
• Juga sokong sistem penghadaman dan penyerapan zat besi.
5. Res-V
• Kaya dengan polifenol & resveratrol, bantu kurangkan keradangan dalam usus.
• Juga sokong sistem imun & pembaikan sel usus yang rosak.

Usus yang sihat bukan sekadar tentang lawas atau tidak. Ia berkait rapat dengan emosi ibu, tenaga harian, hormon dan keyakinan diri. Jangan tunggu sampai badan ‘bagi amaran’ baru mula jaga.

Mulakan langkah kecil hari ini. Pelihara usus, pulihkan emosi, dan bangkit semula sebagai ibu yang kuat. Ia bermula dengan sekecil tindakan untuk lakukan perubahan hari ini.
Nina Salleh | Hubungi: 012-3114040