Menu

Tips Bawa Anak untuk Solat Terawih di Masjid

Setakat berapa hari ni, apa khabar dah Ramadan kita. Kali ni saya nak kongsikan untuk mak-mak tips kalau nak bawa anak kecil ke masjid.

Dah 27 Ramadan baru nak kongsikan tips bawa anak kecil ke masjid kan, anak pun dah besar😆

Tak apa, panjang umur boleh bawa anak kecil tahun depan untuk tarawih. Kalau anak dah besar, ada rezeki anak kecil baru. Tips bawa anak kecil ke masjid ni tak ada guidelines dari mana-mana, apa yang saya buat kalau bawa anak-anak ke masjid je.

5 Tips Kalau nak Bawa Anak Kecil

Untuk yang pertama kali nak pergi, cubalah. Bagi saya, ia satu jihad untuk mendidik kita jugak, berada dalam keadaan luar dari comfort zone kita. Tapi saya tak pernah cuba tidur di masjid lagi hehe. Boleh cuba kot sebab sekolah dah cuti.

1. Persiapan barang anak-anak

Paling penting bila nak ke masjid ialah persiapan barang anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak la barang kan untuk bawa ke masjid. Kena fikirkan segala kemungkinan. Anak-anak Nina, Amanda 5 tahun dah off pampers, Maryam 3 tahun tak minum susu botol tapi on pampers, yang cinonet Eisyal baru masuk 6 bulan masih fully breastfeeding. Ketiga-tiga ni ada kemungkinan masing-masing.

Jadi Nina kena bawa semua, persalinan kalau Amanda terkencing, sepersalinan untuk Maryam mana tau bocor atau muntah, yang dalam gambar ni Eisyal punya je.

Dalam bag untuk bawa ke masjid

Yang tak ada dalam gambar tapi perlu dan wajib ada ialah plastik kecil untuk isi pampers kalau beras atau kencing.

Kita tak mahu ada bau yang tidak menyenangkan terutama kalau bayi berak. Sediakan plastik kecil sebelum buang dalam tong sampah, baru ikat dan buang. Kurang bau, tak ganggu jemaah lain.

2. Tahu jadual anak

Sebagai ibu, biasanya kita kenal anak kita dan tahu jadual mereka. Waktu mereka bermain, menyusu, makan dan tidur. Kenalpasti waktu ni supaya senang untuk susun.

Anak-anak boleh tidur lena

Biasanya Eisyal akan tidur waktu hampir berbuka. Jadi saya memang tak ada masalah bawa anak ke masjid untuk berbuka, seterusnya sampai solat tarawih. Syukur Alhamdulillah. Biasanya, bila tiba masa nak balik rumah, semua dah selesai baru dia akan bangun. Bukan setakat solat je, sempat la saya moreh teh tarik dulu😂

3. Bawa permainan anak

Biasalah dengan anak kecil, tak boleh lari dari fitrah jadi nak taknak kena bawa permainan untuk anak-anak hilangkan bosan mereka juga. Lagipun nak kurangkan kebarangkalian untuk anak sepahkan masjid.

Untuk anak umur macam ni senang je tak berjalan tak bergerak ke mana

Kalau untuk Amanda dan Maryam, biasanya bawa pensil warna dan buku. Tapi biasanya kalau ada geng, diorang berlari je memang lupa terus dah dengan buku segala. Haha

Eisyal ni masih senang, Alhamdulillah. Rutin dia kalau malam akan bermain sekejap lepas tu akan tidur sendiri.

4. Pilih masjid yang selesa dan lapang

Secara peribadi, saya suka dan selesa untuk ke Masjid As-Syakirin KLCC sebab lapang dan dah biasa sejak dari sebelum kahwin lagi. Jadi dah ada anak pun terus je bawa ke masjid ni. Kalau mak-mak tengah solat, anak-anak boleh duduk ruang belakang.

Berbuka puasa di masjid pun senang

Istimewa di masjid As-Syakirin sebab ada makanan disediakan untuk berbuka puasa dan lepas solat terawih ada moreh pula. Untuk sahur pula, biasanya malam Ramadan ke-15 dan ke atas akan ada qiamullail dan makanan bersahur pun disediakan. Sangat seronok sebab ada komuniti untuk hidupkan bulan Ramadan.

5. Masuk saf yang tak putuskan saf

Kalau saya bawa anak, kena masuk saf yang belakang sikit supaya tak ganggu orang di hadapan dengan anak-anak kecil ni. Kena pandai cari ruang untuk bentangkan tilam dan bantal untuk anak.

Penting untuk cari ruang yang sesuai

Penting untuk tak pentingkan diri dan perlu fikir tentang keselesaan jemaah lain juga. Kalau kita ke masjid dengan anak-anak tetapi menyusahkan dan menggangu, lebih afdhal kalau kita solat di rumah.

Seronok dapat makan

Bubur lambuk wajib ada. Ni geng berbuka awal sokmo ni.

Menu berbuka puasa memang meriah. Ada je sumbangan orang ramai berebut nak berkongsi

Ada nasi, lauk pauk yang sedap dan disediakan juga air kosong. Jadi kalau berbuka di sini, saya memang akan bekalkan minuman sendiri juga supaya tak mengantuk dan tak makan berlebihan.

Moga anak-anak pun terasa dekat dengan masjid dan tak jakun dengan masjid.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: