Menu

Trip Shaklee ke Bali Hasil Bisnes Dari Rumah

Yang tiada siapa sangka, bermula hanya dari rumah, saya boleh hadiahkan percutian bertaraf lima bintang untuk suami tercinta dan ini trip Shaklee ke Bali ditaja sepenuhnya oleh syarikat.

Tak perlu bayar flight, tak perlu fikir nak menginap di mana dan nak booking bilik hotel, tak perlu juga risau tentang makan minum. Trip Shaklee ke Bali ini ditaja sepenuhnya.

tempat menarik di bali
Restoran Wanaku di Bali destinasi pertama

Semua disediakan. Yang diberi percuma. Iaitu hasil daripada bisnes Shaklee yang saya usahakan dengan telefon, dari rumah. Dan semestinya dengan izin Allah swt Yang Maha Memberi.

shaklee sponsor bercuti
Geng suami bercuti

Inilah realiti yang saya alami. Dan ya, Shaklee sponsor percutian tahunan saya sejak 2017. Kadang rasa tak percaya dengan apa yang saya mulakan dulu. Ia membawa saya ke hari ini.

Bermula Trip Shaklee ke Bali

Malam sebelum berlepas, suami mula keluarkan luggage untuk masukkan baju, seluar dan keperluan yang nak dibawa. Masa ni mula lah resah gelisah sebab bakal berjauhan untuk 4 hari.

cara bercuti dengan shaklee
Suami menikmati hasil yang dimulai oleh isteri, kini suami jadi orang paling kuat

Walaupun menangis untuk berpisah sementara, tapi jauh di sudut hati tumpang gembira sebab suami bakal ke luar negara, ini hadiah untuknya yang selalu sabar, sentiasa pinjamkan bahu dan tak jemu beri saya semangat. Ini bukan hasil titik peluh saya seorang, tapi kami kerja bersama.

Mungkin tak ramai yang nampak kerja suami, tapi saya tahu banyak juga yang beliau korbankan untuk lihat saya ceria dengan bisnes hari ini.

Dari Sebotol Vivix, Kepada Tiket Penerbangan

Sembilan tahun lepas, bermula dengan ikhtiar cari penawar bagi masalah ekzema yang saya hadapi, dipertemukan dengan minuman mujarab botol merah ni.

Dalam tak sedar, ekszema saya semakin membaik. Saya buat keputusan untuk berkongsi supaya dapat bantu lebih ramai.  Waktu anak tidur, saya masuk kelas online dan belajar. Bila anak menyusu, saya update customer. Dalam masa sama, saya mula update media sosial.

cara buat bisnes shaklee
Bermula dengan seorang diri, dibimbing upline dalam Shaklee, Dr Izwan dan isteri.

Dari situ, satu-satu perkara berkembang.

Tak sangka, usaha kecil ni buat saya capai mata ganjaran Shaklee, bukan untuk saya je, tapi boleh hadiahkan pengalaman VIP untuk suami, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik tanpa perlu bayaran tambahan. Semua Shaklee sponsor.

Hari Pertama: Keterujaan Walaupun Flight Delay

Hari pertama, suami terbang bersama leaders lain. Mereka perlu berkumpul di KLIA sekitar jam 6 pagi. Penerbangan sepatutnya berlepas jam 9 pagi.

shaklee taja percutian
Sampai di KLIA, diberi duit poket

Tapi disebabkan cuaca yang kurang baik, hujan lebat dari awal pagi,  flight delay dan tiba di Denpasar sekitar jam 2 petang.

Walaupun agak penat menunggu, tapi semua tetap bersemangat dan teruja untuk jejakkan kaki ke Bali, pertama kali buat suami.

Sampai sahaja di Bali, jadual shopping di Krisna Oleh Oleh Bali terpaksa ditangguhkan ke hari lain. Mereka terus dibawa ke Wanaku Restaurant di Kuta untuk makan tengah hari lewat petang.

presiden shaklee malaysia
Sampai di Bali disambut oleh Presiden Shaklee Malaysia

Makanan disediakan lengkap dari makanan tempatan, ayam betutu, sayur urap hingga pencuci mulut. Antara banyak-banyak, ini makanan yang buat suami teringat-ingat.

Yang best Sepanjang Trip Shaklee ke Bali

Makan tengah hari di Wanaku bernilai sekitar RM170 seorang. Ini restoran Bali yang terkenal dengan suasana ala tropika dan menu mewah. Dan yang paling best? Shaklee tanggung semuanya.

anvaya resort bali
Check in di hotel 5 bintang

Kemudian legasi yang mengikuti trip Shaklee ke Bali tahun ini dibawa untuk check-in di Anvaya Beach Resort Bali, hotel 5 bintang dengan akses terus ke pantai.

Setiap bilik mewah dan selesa, lengkap dengan view kolam atau taman tropika.

hotel shaklee sponsor
Resort yang sangat selesa

Malamnya pula, mereka dibawa ke Amanaia Restaurant untuk makan malam. Kalau ikutkan, harga makan malam di sini sekitar RM220 seorang. Dan disajikan dengan lokasi eksklusif, dengan menu fusion moden dan ambience yang classy.

amanaia bali restoran
Kedai makan yang eksklusif Shaklee sponsor untuk malam pertama ddi Bali

Sekali lagi, sepanjang mengikuti trip Shaklee ke Bali, semuanya ditaja.

Suami saya kongsi gambar-gambar bilik dan view pantai, dan dalam hati saya, rasa puas tak terkata. Bila dapat hadiahkan percutian mewah buat suami, walaupun Shaklee yang sponsor.

anvay resort bali review
Toilet yang bersih standard tarafnya

Bukan sebab kemewahan hotel, tapi sebab usaha kecil dari rumah dengan redha suami juga yang bawa suami ke Bali.

Hari Kedua Penuh Aktiviti Menarik

Pagi hari kedua, peserta bergerak ke Taman Dedari untuk minum kopi sambil menikmati pemandangan sungai dan kehijauan yang menenangkan.

tempat menarik di bali
Bercuti tanpa fikir itinerary

Suasana pagi sangat damai dan sejuk. Memang tempat yang sangat sesuai untuk tenangkan fikiran.

Dari situ, mereka dibawa menaiki Volkswagen klasik (VW ride) menuju ke Alas Harum, destinasi ikonik dengan swing ride, skybike, dan spot OOTD viral.

Perarakan volkswagon untuk legasi Shaklee

Kalau nak tahu, harga biasa untuk naik VW klasik ni sekitar RM170 hingga RM250 setiap orang, tapi kami tak perlu fikir tentang itu, Shaklee dah siap susun semuanya.

Perjalanan ke Alas Harum mengambil masa lebih kurang 30 minit

Walaupun tengah hari dan matahari terik, tak terasa panas pun sebab kiri kanan penuh dengan sawah padi hijau, pokok kelapa dan perkampungan Bali yang indah.

Pemandangan betul-betul menyejukkan mata dan hati.

Suami saya kata, “naik kereta klasik sambil tengok pemandangan macam ni… rasa macam masuk filem.”

must visiti places in Bali
Antara yang wajib kalau ke Bali, Alas Harum

Sampai di Alas Harum, masing-masing menikmati pemandangan, dan bebas bergambar, naik buaian tinggi, skybike, atau hanya menikmati suasana tenang.

Ada juga pilihan untuk sewa flowy dress khas untuk bergambar atas swing.

Suami saya bukan jenis suka selfie pun, mujur ada leader kami, Dr Izwan yang rajin offer untuk ambikkan gambar suami. Dapatlah gambar yang smooth dan sharp begini.

sunset di bali
Makan sambil menikmati terbenamnya matahari

Malam tu legasi Shaklee menjamu selera di Teba Cafe, tepi pantai dengan pemandangan matahari terbenam.

Suami kata, “makan ikan bakar sambil tengok sunset… lain macam rasa dia.”

Hari Ketiga: Rileks, Enjoy & Group Photo

Aktiviti waktu pagi bermula dengan sukaneka antara legasi Shaklee. Tapi suami tak sempat nak sertai sebab tak cukup team, agak sedihlah saya sebab tak dapat hadiah. Haha. Relax, santai, dan Shaklee buat banyak games untuk peserta.

tanah lot bali
Tempat wajib pergi, Tanah Lot Bali

Lepas lunch, mereka bertolak ke Tanah Lot, ini destinasi wajib kalau ke Bali.

Malam terakhir, dinner istimewa di De Jukung Resto, makanan Bali asli, suasana tenang dan classy.

tempat makan sedap di Bali
Geng suami di Bali, tema hijau

Suami saya jarang puji makanan… tapi dia kata, “makanan kat Bali ni fresh dan penuh rasa!”

Bisnes Dari Rumah, Tapi Reward Taraf Antarabangsa

Ramai fikir, “bisnes Shaklee ni jual vitamin je.”

Tapi sebenarnya, bila kita konsisten, ia bukan sekadar income yang dapat. Shaklee hargai setiap usaha dengan ganjaran besar.

tempat menarik di bali
Perjalanan yang mencabar tetapi sangat memuaskan

Trip ini ditaja sepenuhnya:

  • Tiket kapal terbang
  • Hotel bertaraf 5 bintang
  • Makan & minum
  • Aktiviti dan lawatan
  •  Elaun tunai

Dan kalau cukup point, boleh bawa pasangan, mak ayah atau anak sekali.

Dari Rumah Sampai dapat Trip Shaklee ke Bali

Saya bermula tanpa team yang besar. Saya tak pernah pun rasa saya “pandai bisnes”.

Tapi saya yakin, hanya bila kita ikhlas, usaha, dan tak putus asa, Allah buka jalan. Alhamdulillah, hari demi hari, semakin membesar team yang saya bina bermula dengan seorang diri.

cara bercuti dengan shaklee
Bukan senang, tapi ia adalah doable

Reward ini juga sebagai tanda penghargaan buat team yang sama-sama berkerja.

Dan saya yakin, suatu hari nanti saya akan menikmati trip Shaklee ini bersama dengan lebih ramai team yang masih komited untuk berbisnes.

Kalau awak tengah baca ni dan tertanya,

“Boleh ke aku buat?”

Saya akan jawab “Boleh. Saya bantu. Awak usaha. Kita doa dan tawakkal sama-sama”

Surirumah yang sedang cari cara untuk jana pendapatan, saya akan guide dari A sampai Z, sambil jaga anak di rumah pun boleh.

Nina Salleh | Bisnes dari Rumah

vitamin malaysia
E-Book Ubah Diet

E-Book Ubah Diet

E-book ubah diet yang sesuai bagi kalian yang nak betulkan kesihatan, dengan pemakanan sebagai gaya hidup.

Dengan pembelian e-book, kalian akan dapat guide personal serta group coaching secara PERCUMA.

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: