Menu

Cara Kurus Dengan Mudah Tanpa Bersenam

Ada cara untuk kurus tanpa bersenam. Nak kuruskan badan bukan hanya tentang makan banyak, kemudian bersenam untuk bakar kalori dan berat badan terus turun. Tidak, berat badan bukan seperti Matematik dua tolak satu menjadi satu begitu.

Baca sampai habis untuk tahu cara turunkan berat badan tanpa bersenam. Tapi sebelum tu lebih baik kita fahamkan dulu tentang apa yang mengawal berat badan kita.

Bagaimana Berat Badan Bertambah

Apabila kita makan dan minum terutama yang tinggi gula. Badan akan proses dan hasilkan glukosa sebagai unit asas. Ia akan diproses di perut dan kemudian ke usus kecil. Antara sebab bahaya minum jus buah-buahan ialah, ia akan cepat dihantar ke usus kecil umpama air dilepaskan dari empangan dengan sangat laju.

cara turunkan berat badan
Bagaimana craving rosakkan sistem badan

Cepat naikkan gula dalam darah dan buat gula turun dengan drastik juga. Otak pula akan merembeskan hormon ‘bahagia’ iaitu dopamin. Dan ia akan meminta-minta lagi jus buah dengan lebih kerap.

Walaupun gula yang diminum dihasilkan secara semulajadi dalam buah, ia tetap bahaya dan badan akan respon seperti minum air Coca Cola.

cara kurus tanpa bersenam
Kitaran pertambahan lemak dan berat badan

Jika ada kemasukan gula dalam badan dan ia tidak digunakan sebagai tenaga, ia akan disimpan sebagai lemak di hati atau di sekeliling perut.

Cara Untuk Kurus Tanpa Bersenam

Sebenarnya memang ada cara untuk kurus tanpa bersenam, terutama di fasa awal perjalanan diet. Dengan hanya ubah 80% pemakanan, berat badan boleh turun dengan sangat banyak. Apa yang penting untuk kekalkan supaya apa yang kita makan jadi agen untuk bakar lemak.

1.Kurangkan Gula dan Sumber seangkatannya

Seperti saya kongsikan di atas, badan kita akan simpan gula sebagai lemak. Sekiranya gula tersebut tidak digunakan sebagai tenaga, ia akan menambahkan lemak dan berat badan. Untuk kurus tanpa bersenam, pastikan betul-betu kurangkan dan strict bab ini.

cara kurus mudah
Kurangkan semuanya jenis kerbohidrat

Dulu sebelum saya buat diet FBM (Fat Burning Machine), inilah salah satu masalah besar. Saya kerap kali gagal untuk kurangkan gula terutama dalam nasi. Saya sangat sukakan nasi. Bayangkan saya boleh makan 3 pinggan nasi dengan hanya sebiji telur. Rupanya bila belajar, baru saya tahu nasi pun akan jadi gula dan sebab itu saya ketagih nasi.

Bila buat dengan cara yang betul, dapat juga saya kawal masalah ketagihan nasi. Bukan nasi je, ketagih pada makanan seperti donat, kek dan biskut pun sudah berjaya dikurangkan

2.Lebihkan Pengambilan Protein 

Bila tekad nak turunkan berat badan, saya tahu saya dah tak ada pilihan lain. Hanya dengan buat nombor 1 dan saya buat dengan cara lebihkan protein dalam diet.

diet reverse penyakit
Hidangan untuk lebihkan protein

Untuk berfungsi dengan baik, badan kita perlukan 0.8gram protein untuk setiap kilogram berat badan. Untuk turunkan berat badan pula, pengambilan protein perlu dilebihkan supaya mudahkan pembakaran lemak dan pembinaan otot.

keperluan protein untuk kurus
Berapa hidangan protein untuk cukupkan keperluan harian

Pengambilan protein yang tinggi membuatkan cepat puas dan lebih kenyang serta mengurangkan hormon lapar (ghrelin).

3.Makanan Yang Tinggi Lemak

Makan banyak lemak sihat sebagai salah satu cara untuk kurus tanpa bersenam. Selain turunkan berat badan, dengan lemak sihat akan membantu mengurangkan radang serta menghilangkan rasa lapar yang berlebihan.

Contoh lemak sihat yang perlu diambil setiap hari ialah avocado, minyak zaitun, minyak ikan omega-3 dan minyak kelapa dara. Jadikan sebagai amalan harian untuk mengurangkan risiko penyakit juga.

4.Makan dengan Sedar 

Masalah saya waktu belum ada kesedaran untuk kurus ialah selalu makan di luar kawalan. Kalau sedih, masak maggi. Bila marah, pergi makan. Masa kecewa pun akan makan konon-konon nak ubatkan hati.

Emotional eating hanya beri kesan untuk jangka masa yang pendek sahaja. Yang lebih parah ia akan meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, anxiety dan juga masalah depression.

Cara yang mudah supaya kita makan dalam keadaan sedar:

  1. Sebelum makan, pastikan betul-betul lapar dan bukan semata ikut emosi.
  2. Makan dengan perlahan-lahan.
  3. Pilih untuk makan makanan yang betul. Kalau lapar, elakkan makan makanan tinggi gula. Ikut formula di atas.

Makan dengan sedar dan perlahan-lahan akan beri masa yang cukup untuk perut hantar signal kenyang kepada otak.

5.Minum Air Secukupnya

Salah satu cara penting nak kurus ialah dengan minum air secukupnya. Minum air akan mengurangkan pengambilan makanan, terutama bila minum sebelum makan. Pengambilan air yang cukup juga akan membantu proses pembakaran lemak.

cara kurus dengan berkesan
Pengecutan sel lemak akan badan inchloss dan turun berat

Minum air juga akan bantu meningkatkan metabolisma badan dan akan mudahkan pembakaran kalori.

testimoni set kurus shaklee
Untuk tambah dan buat badan lebih firm, tambah rutin senaman

Inilah 5 cara untuk kurus tanpa bersenam yang berkesan. Untuk lebih detail serta mealplan dan dapat bersama komuniti kurus dengan berkesan, join diet FBM hari ini.

Nina Salleh | Coach Diet FBM

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: