Menu
jadual vaksin bayi

Vaksin Pneumococcal Bayi Di Klinik Kerajaan Tanpa Cas

Semalam saya pergi klinik kesihatan ibu dan anak nak cucuk vaksin bayi bagi bulan ke-15. Kali ni temujanji untuk selesaikan vaksin dos peneumococcal booster. Sepatutnya temujanji untuk Fatima awal bulan 3 yang lepas. Tapi kebetulan pula masa tu Fatima demam, selesema dan batuk berselang seli hinggalah perlu dijadualkan semula ke hujung bulan 3 (semalam).

Berurusan di Klinik Kerajaan untuk Vaksin Bayi

Antara perkara yang saya takut bila berurusan di klinik atau hospital kerajaan ialah nak hadap jururawat untuk jadualkan semula temujanji.

Rasa takut, seram, seriau dan gelabah semua lah bimbang kena marah depan orang. Tapi saya faham sebab staf pun tak ramai tapi pesakit sangat ramai. Nisbah staf dan pesakit sangat tidak seimbang dan membebankan para perawat. (Moga Allah swt beri ganjaran terbesar untuk mereka yang sabar hadap karenah pesakit dan orang awam ni, Ameen).

Walaupun saya seorang yang nak jadualkan semula temujanji, ia akan melibatkan seluruh sistem. Jururawat, doktor dan bahagian pengurusan. Sebolehnya, kalau berurusan di klinik atau hospital kerajaan, cubalah tepati masa. Hormat masa orang insyaAllah urusan kita pun akan dimudahkan.

vaksin bayi klinik ibu dan anak
Vaksin bayi percuma di klinik kesihatan ibu dan anak

Untuk kes saya, ia bukan disengajakan tetapi sebab kesihatan Fatima tak mengizinkan. Kalau ke klinik pun tetap tak boleh teruskan vaksin pneumococcal dose booster sebab dia demam.

Bayi Demam Tak Boleh Vaksin

Memang praktis di Malaysia kalau bayi demam tak boleh teruskan dengan jadual vaksin. Selama ni saya tertanya juga kenapa kalau pergi klinik, jururawat akan bagi pesanan begini,

“Kalau anak demam, kena jadualkan semula sebab tak boleh cucuk (vaksin)”,

Semestinya saya diam angguk menurut perintah dan tak berani nak lontarkan soalan, “kenapa?”. Sekarang ni baru saya faham kalau nak vaksin, baby perlu berada dalam keadaan sihat.

pneumococcal pneumonia
Penyakit ni juga menjangkiti orang dewasa

Sebenarnya bila diberikan vaksin, badan akan cetuskan penghasilan antibodi untuk melawan kuman tertentu. Waktu demam pula antibodi sedang berkerja untuk melawan jangkitan sedia ada. Jadi waktu demam, dibimbangi kalau diberikan juga vaksin pada baby, badan yang sedang melawan kuman lain akan terjejas untuk lawan kuman baru. Badan akan jadi ibarat jatuh ditimpa tangga gitulah pepatahnya.

Vaksin Bayi untuk Pneumococcal Cas Paling Murah

Sebenarnya saya bersyukur juga sebab duduk di negara Malaysia yang sektor kesihatannya banyak diberi subsidi oleh kerajaan. Sebab itulah kalau bersalin pun RM15 je. Kalau pergi vaksin bayi pun RM1 setiap kali temujanji. Ya Allah cuba bagitahu negara mana lagi yang beri rakyat subsidi kesihatan begini.

vaksin pneumokokal
Vaksin pneumococcal baru saja dimasukkan dalam jadual vaksin klinik kesihatan

Kadang-kadang kita ni mudah lupa. Sesekali kena ingatkan diri supaya lebih bersyukur termasuk dengan sistem kesihatan.

Vaksin pneumoccal ialah antara vaksin yang mahal. Kalau di klinik atau hospital swasta, harga setiap dose mencecah RM300. Dan untuk dapatkan perlindungan penuh, setiap bayi perlukan 3 dose suntikan. Jadi jumlah ringgit hampir RM1,000 untuk seorang anak.

Dengan harga RM1, tidak berkemampuan bukan lagi sebab untuk tidak vaksin bayi kita.

Bahaya Pneumoccocal untuk Kesihatan

Anak sulung saya pernah di diagnose dengan pneumococcal pneumonia sewaktu ulangtahun kelahiran yang pertama.

penyakit pneumococcal bahaya
Kenangan sambut ulang tahun pertama Amanda Imani di hospital

Kuman ini menyerang paru-parunya, Alhamdulillah sebab cepat dapatkan rawatan dan diberikan antibiotik. Tetapi kesan jangkitan ni agak teruk menyerang pernafasan hingga paru-paru nampak teruk pada x-ray.

pneumococcal vaccine
Jangkitan kuman paru paru

Pneumococcal ialah jangkitan kuman yang disebabkan oleh streptococus pneumoniae. Kuman ini boleh menyebabkan jangkitan pada telinga, sinus, paru-paru, selaput otak dan boleh menjangkiti darah.

Bagi orang dewasa yang daya tahan badan tidak bermasalah, jangkitan kuman ini boleh sembuh dengan sendiri. Namun, untuk bayi dan mereka yang berusia emas, iaitu yang mempunyai daya tahan yang terkompromi, jangkitan kuman ini boleh menyebabkan kesan yang serius dan membawa maut.

vaksin pneumococcal
Pneumococcal boleh menyerang siapa sahaja

Walaupun ada rawatan, tetapi dengan pemberian suntikan vaksin pada bayi, iaitu pneumococcal, ia adalah salah satu usaha untuk mencegah dari jangkitan penyakit ini.

Cara Vaksin Bayi di Klinik Kerajaan

Kalau ada yang tertanya-tanya bayaran untuk vaksin bayi di klinik kerajaan, hanya RM1 setiap kali lawatan. Tanpa kira berapa dos vaksin disuntik pada hari tersebut. Beruntung jadi rakyat Malaysia Alhamdulillah.

Cara untuk dapatkan vaksin bayi tanpa cas mahal di klinik kerajaan ialah perlu ada buku pendaftaran kelahiran bayi, warna merah jambu untuk bayi perempuan dan biru untuk lelaki.

buku kesihatan bayi
Buku rekod kesihatan

Buku rekod kesihatan bayi diberikan sejurus selepas melahirkan bayi di hospital kerajaan. Kiranya macam kad pengenalan bayi. Kena simpan hingga umur 7 tahun untuk kemasukan ke sekolah kebangsaan nanti. Untuk kelahiran di hospital swasta, perlu dapatkan daripada klinik kesihatan berdekatan berserta dokumen kelahiran anak dan kewarganegaraan juga surat nikah.

Setiap kali temujanji, perlu bawa bersama buku rekod kesihatan ni. Kalau tertinggal, memang kena pergi balik dan ambil buku. Tak ada kompromi sebab bimbang salah maklumat diisi atau salah rekod vaksin.

Jadual Vaksin Bayi Klinik Kesihatan

Di klinik kesihatan ada jadual vaksin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada diletakkan sekali dalam buku rekod kesihatan bayi.

vaksin bayi klinik kesihatan
Jadual vaksin mengikut umur

Dalam buku ni akan ada tarikh, nombor siri serta batch vaksin dan juga tandatangan yang beri suntikan vaksin. Semua maklumat ni penting dan jangan ambil remeh. Minta dijauhkan tetapi sekiranya ada kes yang melibatkan perbicaraan perubatan, ini akan dijadikan antara bahan bukti dan rujukan.

Vaksin bayi terakhir di semenanjung Malaysia pada bulan ke-18 manakala untuk Sarawak ialah pada bulan ke-21.

Tetapi perlu diingat urusan di klinik kesihatan ibu dan anak ni memang akan ambil masa yang lama. Setiap kali temujanji, sekurang-kurangnya spare lah 3 jam. Kadang-kadang perlu jumpa dengan doktor, ada pemeriksaan dengan doktor gigi dan sebagainya.

Kelebihan Vaksin Bayi di Klinik Kesihatan

Selain dari cas RM1 untuk setiap lawatan, klinik kesihatan juga akan mengambil ukur lilit, berat bayi dan ada juga screening untuk autism. Semua ni dengan bayaran RM1 tadi.

Lagipun ia sangat memudahkan kalau lah bayi ada masalah yang menjadi kerisauan ibu seperti ruam gatal, terus boleh refer dan jumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut selepas pemeriksaan rutin (tinggi, berat dan ukur lilit kepala).

cara rawat eczema
Eczema belakang telinga

Macam Fatima beberapa hari lepas saya perasan dia selalu menggaru dekat bahagian belakang telinga hingga berair dan macam ada kesan terbelah. Jadi terus dapat jumpa dengan doktor untuk masalah telinga gatal.

Doktor kata Fatima ada masalah eczema memandangkan saya pun ada masalah eczema pada tangan. Temujanji untuk masalah telinga lagi dua minggu. Saya akan update progress telinga Fatima nanti. Doakan Fatima sembuh macam sebelum ni ya.

Jangan lupa untuk dapatkan suntikan vaksin bayi percuma saja di klinik kesihatan ibu dan anak. Rujuk klinik berdekatan untuk maklumat lanjut. Sama-sama kita mencegah dan ikhtiar untuk kuatkan daya ketahanan badan bayi bagi melawan jangkitan kuman.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: