Baru-baru ni ada yang tanya saya, kenapa dia dah makan Shaklee selama 2 bulan tapi tak berkesan. Ada juga yang beritahu, beliau dah makan vitamin Shaklee sebelum saya lahir (tahun 1988) dan tak boleh tinggal. Vitamin Shaklee banyak ubah hidup beliau.
Ada dua orang berbeza yang mengamalkan vitamin yang sama, iaitu vitamin Shaklee tetapi ada kesan berbeza. Sebelum mengamalkan vitamin Shaklee serta nak pastikan ia berkesan, perlu fahamkan terlebih dahulu bahawa vitamin bukan ubat.
Secara ringkas, ubat ialah ‘benda asing’ yang masuk ke dalam badan untuk lakukan fungsi tertentu. Vitamin pula membekalkan nutrisi, yang memang diperlukan oleh badan setiap hari untuk pastikan dapat menjalankan fungsi tertentu dengan optimum.
Pengambilan vitamin diperlukan untuk memenuhi keperluan nutrisi harian tubuh badan.
10 Sebab Vitamin Shaklee Tidak Berkesan
Kalau pernah dan sedang makan vitamin Shaklee tetapi tidak berkesan, ini antara sebab-sebabnya.
1. Tidak Detox Usus Terlebih Dahulu
Usus kita ni ibarat macam laluan pengaliran air. Bayangkan kita hidup dah berpuluh tahun, kita makan macam-macam makanan. Ada yang buang air besar pun kadang-kadang je dalam seminggu.
Usus yang tidak bersih atau tersumbat dengan sisa makanan boleh mengurangkan keberkesanan dalam serapan nutrisi yang kita ambil. Jadi, untuk elakkan vitamin Shaklee tak berkesan maka perlu buang toksin dalam usus terlebih dahulu.
2. Mengambil Vitamin Dengan Minuman Berkafein
Kopi atau teh mengandungi kafein. Kafein ni mempunyai struktur yang dapat menghalang penyerapan nutrisi lain selain mempercepat kehilangan air dari badan.
Menurut kajian, kafein meningkatkan kehilangan kalsium melalui air kencing seterusnya membantu dalam meningkatkan risiko penyakit osteoporosis.
Kalau nak dapat kesan dengan pengambilan vitamin Shaklee, elakkan minum kopi atau teh bersama dengan vitamin Shaklee. Sebaiknya jarakkan pengambilan sekitar 2 jam di antara kedua-duanya.
3. Mengambil vitamin Shaklee Ketika Menjalani Kimoterapi
Sepanjang proses kimoterapi dijalankan, sel kanser dan juga hampir kebanyakkan sel dalam tubuh kita termusnah disebabkan oleh ubat kimoterapi. Pengambilan vitamin juga akan terjejas. Sebaiknya teruskan pengambilan vitamin, namun perlu ikut nasihat doktor yang merawat. Ini bagi menampung dan mengurangkan keterukan sel yang rosak akibat kimoterapi.
Selain itu, sewatu kimoterapi banyak doktor luar negara dan kajian dijalankan terhadap resveratrol. Ia boleh berkerjasama dengan agen kimoterapi untuk membanteras sel kanser. Dalam rangkaian Shaklee, ada produk Res-V yang tinggi dengan resveratrol untuk memberi perlindungan kepada sel badan dan memberi tenaga dari peringkat sel.
4. Mengambil Shaklee Serentak Dengan Ubat ataupun Suplemen Lain
Ubat-ubatan mempunyai struktur dan sifat yang agak agresif untuk berada dalam sel tubuh dan berperanan dalam tubuh kita.
Keadaan ini akan mewujudkan persaingan di dalam badan jika kita mengambil supplemen serentak dengan ubat seterusnya menyebabkan produk Shaklee yang diambil menjadi “tawar” atau tiada kesan.
Namun sekiranya perlu mengambil ubat-ubatan atas faktor-faktor yang tertentu, sila jarakkan pengambilan antara kedua-duanya sekitar 2 jam.
5. Mengambil Kalsium Serentak Dengan Zat Besi
Kalsium mempunyai struktur yang boleh mengganggu serapan zat besi di dalam tubuh badan.
Antara produk Shaklee yang mengandungi Kalsium adalah:
-
ESP
-
Ostenutrix
-
Mealshakes
-
Cinch Shake Mix
Manakala produk Shaklee yang mengandungi zat besi pula adalah Vita-Lize.
Untuk mengelakkan kurangnya keberkesanan dalam serapan zat besi (terutama untuk mereka yang mempunyai masalah anemia atau hemoglobin dalam darah yang rendah), elakkan mengambil produk Shaklee yang mengandungi kalsium atau sebarang produk tenusu serentak ketika mengambil multivitamin Vita-Lize ini.
6. Pengambilan Serat Serentak Dengan Vitamin Larut Lemak
Serat bertindak menyerap lemak di dalam tubuh kita. Supplemen yang mengandungi serat untuk fungsi ini adalah Alfalfa Complex.
Manakala produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin larut lemak adalah:
-
Vita-lize
-
Carotomax
-
Vita E Complex
-
GLA Complex
-
Omega Guard
-
Lecithin
Oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex serentak dengan vitamin Shaklee yang larut lemak seperti di atas kerana fungsi serat pada Alfalfa Complex akan mengangkut semua lemak termasuk vitamin tadi keluar dari tubuh badan.
7. Mengambil Zinc Complex Selepas Makan
Zinc Complex bertindak dengan lebih efektif ketika perut kosong kerana ketika perut kosong banyak enzim dapat membantu proses mencernakan mineral zink ini.
8. Membancuh ESP Dengan Air Panas
ESP merupakan serbuk protein soya non-GMO. Suhu yang panas akan menyebabkan termusnahnya struktur protein dalam serbuk soya ESP tadi.
Struktur protein akan musnah pada suhu 60 darjah ke atas.
Jadi, peranan utama ESP dalam membekalkan protein yang diperlukan juga akan terjejas.
Oleh itu, sebaiknya bancuh ESP dengan air suhu bilik atau suam.
9. Kurang Pengambilan Air Putih
Air putih bukan sekadar perlu minum sebab nak ambik suplemen je. Ia penting sebagai agen utama dalam pengangkutan semua zat dalam darah atau usus ke seluruh tubuh kita. Air putih juga sangat membantu dalam menyampaikan zat dari suplemen yang kita ambil ke sel tubuh yang memerlukannya.
Secara mudah, setiap 25kg berat badan akan perlukan 1 liter air putih sehari. Tanpa air putih, fungsi badan pun akan terjejas.
10. Tidak Konsisten Mengambil Suplemen
Untuk kesan yang optimum, kita disarankan untuk konsisten amalkan suplemen sekurang kurangnya untuk 3-4 bulan. Sebaiknya untuk seumur hidup sebab badan kita pun nak pakai lama. Kalau boleh biar sihat walaupun umur semakin meningkat.
Ini antara vitamin Shaklee yang seeloknya diambil setiap hari secara konsisten untuk kesihatan yang menyeluruh. Dan ia perlu diamalkan sebelum sakit ya, kalau dah sakit perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan:
-
Sustained Release Vita-C plus 500mg : 180 tablet untuk 6 bulan
-
B Complex Shaklee : 120 tablet untuk 4 bulan
-
Vitamin E Complex : 120 tablet untuk 4 bulan
-
Vita-lize : 120 tablet untuk 2 bulan
-
Omega Guard : 90 softgel untuk 1 bulan
Jika nak dapat kesan terhadap kesihatan, pengambilan vitamin Shaklee perlu konsisten setiap hari. Ia ibarat makanan yang perlu dimakan. Begitulah juga vitamin Shaklee akan beri kesihatan yang lebih baik jika diambil dengan konsisten sepanjang usia.
Paling penting untuk dapatkan cadangan dan cara pengambilan yang betul dari Pengedar Shaklee Ampang di sini.
Nina Salleh | Empowering Moms