Menu

Letih Urus Rumah & Anak? Ini Cara Tambah Tenaga

“Mak ni penat sangat… biar kejap mak baring ya.”

Pernah tak terucap ayat ni lepas tengah hari? Baru jam 2 petang, badan rasa berat, kepala berdenyut, mata nak terpejam. Anak pula tengah aktif minta perhatian, tapi kita pula macam tak ada ‘bateri’.

Itulah realiti ramai mak-mak moden hari ini. Bangun awal pagi siapkan anak sekolah, kemas rumah, sambung kerja dari rumah, selit lagi urusan bisnes kecil-kecilan. Belum masuk emosi naik turun, tidur malam yang terganggu, dan kadang-kadang rasa diri ‘hilang’ dalam rutin harian.

promosi bulan ogos shaklee
Peluang untuk kekal bertenaga dan jadi VVIP Shaklee

Yang peliknya, tidur dah cukup, makan pun okay entah di mana silapnya badan tetap lesu dan tak bermaya.

Punca Wanita Cepat Letih Lesu

Keletihan wanita bukan sekadar sebab banyak kerja fizikal. Sebenarnya, banyak yang berlaku dalam badan dan emosi kita yang memberi kesan kepada tenaga harian.

Ini antara punca wanita cepat letih

  1. Hormon tak stabil – terutama bagi wanita yang sedang menyusu, hampir menopaus, atau haid tidak teratur.

  2. Kekurangan nutrisi penting – walaupun makan 3 kali sehari, tapi nutrien seperti zat besi, vitamin B, antioksidan mungkin tak cukup.

  3. Sel badan rosak atau ‘malas’ hasilkan tenaga – ini berlaku bila terlalu banyak radikal bebas dalam badan.

  4. Mental overload & keletihan emosi – ramai ibu tak sedar penat emosi juga buat badan cepat ‘shutdown’.

Proses Jana Tenaga Bermula Dari Sel

Setiap tenaga dalam badan kita sebenarnya dihasilkan oleh sel. Lebih tepat, dari organ kecil dalam sel yang dipanggil mitokondria yang berfungsi seperti ‘kilang tenaga’.

sumber polifenol harian
Apa yang polifenol buat untuk kesihatan badan

Tapi bila sel dah rosak, atau teroksida akibat tekanan, pemakanan dan pencemaran – mitokondria tak dapat berfungsi dengan baik. Maka bermulalah keletihan luar dan dalam.

Kalau nak kekal bertenaga, kita bukan saja perlukan makanan sihat, tapi juga sesuatu yang boleh baiki dan lindungi sel dari dalam.

Kenapa Mitokondria Sangat Penting Untuk Tenaga?

Bayangkan mitokondria sebagai “power bank” dalam setiap sel. Kalau power bank ni rosak, walaupun dah makan banyak, tidur cukup badan tetap tak dapat hasilkan tenaga secukupnya.

Tekanan harian, toksin dalam makanan, dan penuaan semula jadi boleh rosakkan mitokondria. Bila ini berlaku, kita akan mula alami:

  • Letih walaupun baru bangun tidur

  • Tak fokus & cepat lupa

  • Sakit otot walaupun tak buat kerja berat

  • Rasa ‘kosong’ dan hilang semangat

Vivix dan ResV bukan sekadar beri tenaga sementara seperti kafein atau gula. Ia bantu pulihkan dan lindungi mitokondria, supaya badan kita mampu hasilkan tenaga secara semula jadi dan berterusan.

Vivix & ResV: Suplemen Tenaga Untuk Wanita Letih Lesu

Ramai yang dah cuba pelbagai cara dari kopi hingga vitamin biasa, tapi kesannya sementara.

polifenol shaklee
Gabungan polifenol utama dari anggur muscadine

Dengan Vivix dan ResV, Shaklee bawakan solusi yang berasaskan sains, menggunakan polifenol & resveratrol utama dari anggur muscadine yang sangat berkuasa dalam membantu:

  • Baiki sel yang rosak
  • Lindungi DNA sel dari tekanan oksidatif
  • Tingkatkan penghasilan tenaga oleh mitokondria
  • Melambatkan penuaan sel

Golongan yang Perlukan Vivix/ResV

  • Wanita 30-an ke atas yang selalu letih lesu

  • Ibu lepas bersalin yang masih rasa lesu dan ‘kosong’

  • Wanita bekerja dari rumah atau luar, multitasking tanpa henti

  • Mereka yang ada masalah hormon, haid tidak stabil atau susah tidur

  • Wanita yang nak kekalkan kesihatan jangka panjang dengan cara semula jadi

Beza Vivix/ResV Dengan Vitamin Biasa untuk Elak Wanita Letih Lesu

Ramai anggap cukup ambil multivitamin atau minum kopi untuk tambah tenaga. Tapi itu cuma selesaikan simptom, bukan punca atau dari akar.

Vivix dan ResV bertindak lebih dalam:

Kriteria Vitamin Biasa       Vivix / ResV
Bertindak pada tahap sel
Baiki & lindungi DNA sel
Mengandungi polifenol resveratrol
Tenaga tahan lama tanpa sugar crash

Kisah Sebenar Pengguna

“Saya rasa macam robot. Setiap hari ulang benda sama, tapi badan makin lemah. Lepas amal Vivix 2 minggu, saya terkejut badan rasa ringan. Dulu lepas zohor wajib baring, sekarang boleh buat kerja sampai malam!” – Ain, 34 tahun

“ResV bantu saya kekal fokus walaupun kerja dari rumah sambil urus anak. Rasa lebih stabil dari segi tenaga dan emosi.” – Lina, 38 tahun

Promosi Vivix & ResV Ogos 2025

Sempena bulan Ogos, mak-mak boleh dapatkan Vivix atau ResV dengan harga promosi eksklusif:

  • Rebat tunai akan dikreditkan dalam akaun
  • Percuma keahlian (jimat RM35)
  • Free gift eksklusif
  • Penghantaran percuma

Ini masa terbaik untuk cuba dan rasai sendiri perubahan tenaga kita baik mak-mak yang kerja dari rumah atau pun yang berkerja di pejabat.

Sebagai wanita, kita bukan hanya nak nampak sihat malah yang lebih utama kita nak rasa hidup, rasa ringan, dan boleh beri yang terbaik untuk keluarga dan diri sendiri.

Wanita letih lesu bukan sepatutnya jadi normal harian. Bila sel kita sihat, tenaga akan datang secara semula jadi.

Dan itulah yang Vivix dan Res-V bantu iaitu perbaiki tenaga dari akar, bukan sekadar ‘top up’ sementara.

nak kekal bertenaga wanita
Sehari sesudu Vivix untuk kesihatan berterusan

Kalau dah penat rasa penat, mungkin inilah masanya untuk beri ruang pada Vivix dan ResV dalam rutin harian kita.

Untuk mulakan kehidupan baru yang lebih bertenaga, hubungi Nina Salleh di sini.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia
E-Book Ubah Diet

E-Book Ubah Diet

E-book ubah diet yang sesuai bagi kalian yang nak betulkan kesihatan, dengan pemakanan sebagai gaya hidup.

Dengan pembelian e-book, kalian akan dapat guide personal serta group coaching secara PERCUMA.

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: