Tips Hadapi Anak Yang Diserang Sawan
Ini tips yang ibu bapa perlu tahu sekiranya anak-anak hadapi sawan sama ada jenis biasa atau hanya genjatan kecil seperti Maryam.
1. Bertenang dan jangan panik.
2. Pastikan anak berada dalam persekitaraan yang lapang dan selamat.
3. Mengiringkan anak ke sebelah kiri
4. Jangan masukkan apa-apa dalam mulut anak.
5. Perhatikan apa yang berlaku pada anak dan catat masa
Sebolehnya, cuba ingat kejadian dan perlakuan anak-anak sepanjang kejadian sementara menunggu petugas kesihatan sampai atau dalam perjalanan ke hospital. Sebarang perubahan atau kejadian anak akan membantu memudahkan urusan rawatan oleh petugas kesihatan.
6. Hubungi 999 untuk dapatkan bantuan
Hubungi 999 untuk meminta bantuan kecemasan atau jika ada kemudahan, boleh bawa sendiri ke hospital terdekat dan terus ke jabatan kecemasan. Ia dapat menjimatkan masa serta mempercepatkan proses anak untuk menerima rawatan yang sewajarnya.
Dalam kes anak yang diserang sawan. ibu bapa perlu ingat agar tidak panik dan ikut langkah di atas untuk mempercepatkan rawatan yang akan diterima. Semakin cepat dirawat, Insya-Allah dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan yang serius.
Committed in empowering moms,
Nina Salleh