“Anak saya selesema. Malam-malam selalu terjaga. Umur belum lagi 2 tahun. Macam mana nak buat ye?”
Mungkin sebab saya anak ramai jadi kawan-kawan suka merujuk hal selesema begini. Ahaa. Pengalaman anak kecil terpaksa masuk wad disebabkan oleh ‘hanya selesema’ buat saya trauma. Kalau boleh taknak ibu-ibu lain hadap perkara yang sama.
Apa Yang Menyebabkan Selesema
Selesema ialah keadaan di mana ada rembesan cecair (mukus atau hingus) dari hidung. Ia terjadi apabila ada sesuatu yang menyebabkan gangguan atau keradangan pada bahagian dalam hidung. Contohnya alahan kepada bau-bauan, suhu yang terlampau sejuk atau jangkitan kuman.
Sebenarnya ia boleh hilang dengan sendirinya. Namun ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan masalah kepada paru-paru.
Perhatikan pada bayi yang selesema
Jika bayi mengalami selesema dan juga demam, mungkin sedang berlaku jangkitan kuman yang serius. Perhatikan perkara ini pada bayi:
- Kira kadar pernafasan bayi dalam masa 60 saat. Kira berdasarkan naik turun perut bayi bersamaan dengan 1 kali pernafasan.
- Kadar pernafasan bayi adalah berbeza mengikut umur. Sekiranya pernafasan bayi melebihi normal, segera bawa ke hospital berdekatan!
- Bayi mengalami perubahan perangai dan kurang aktif, kelihatan lesu, tidak bermaya untuk dan tidak berselera untuk makan dan minum susu.
- Bayi tidak memberi respon terhadap sekeliling
Sekiranya ada tanda-tanda di atas, bawa bayi ke jabatan kecemasan hospital dengan segera. Bayi mungkin dalam keadaan yang kritikal.
Cara Hilangkan Selesema Bayi Tanpa Ubat
Pemberian ubat selesema untuk bayi tidak digalakkan. Ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti pernafasan yang perlahan malah boleh menyebabkan tidur yang berpanjangan.
Jadi, cara terbaik untuk hilangkan selesema bayi ialah dengan alternatif begini.
1. Guna Penyedut Hingus
Hingus dalam hidung bayi perlu dikeluarkan untuk mengelakkan hidung tersumbat. Sumbatan dalam hidung akan menyukarkan bayi untuk bernafas. Cara yang mudah iaitu buat sedutan terus dari hidung atau menggunakan alat penyedut hingus.
Boleh beli dari kedai bayi atau secara atas talian beli di sini.
2. Gunakan Kunyit
Saya masih ingat waktu anak sulung selesema, nenek dia paling sibuk untuk pastikan cucu segera sembuh. Terus pergi dapur dan tumbuk kunyit hidup dan calit atas batang hidung cucu. Katanya itu petua orang lama. Jadi kunyit hidup atau serbuk wajib kena ada di rumah untuk kegunaan waktu kecemasan begini.
Rupanya terdapat sebatian yang dikenali sebagai curcumin dalam kunyit. Inilah yang memberikan kesan warna kuning dan rasa rempah ratus pada kunyit. Dalam banyak kajian, sebatian ini terbukti berkesan untuk berfungsi sebagai antibakteria dan antivirus.
Jadi tak mustahil lah kalau lepas letak kunyit di batang hidung bayi, selesema boleh hilang disebabkan fungsi curcumin dalam kunyit untuk membunuh kuman.
3. Bawang
Untuk hilangkan selesema pada bayi, caranya ialah dengan memotong bawang supaya dapat dihidu armoanya. Kemudian letakkan dalam bilik. Cara ini juga sangat berkesan.
Bawang mempunyai kandungan polifenol yang sangat tinggi. Polifenol pula adalah sebatian yang berupaya untuk mengurangkan keradangan. Ini membantu untuk mengurangkan keradangan pada bahagian dalam hidung yang berlaku apabila selesema.
Polifenol bukan sahaja untuk kurangkan keradangan, ia juga beri banyak manfaat lain untuk kesihatan wanita.
5. Minyak Bawang Putih
Cara untuk sediakan minyak bawang putih:
- Bakar bawang putih atas api sederhana. Kalau api besar nanti bawang putih jadi abu. Biarkan sehingga ada bahagian bawang yang kehitaman.
- Masukkan bawang ke dalam bekas.
- Gunakan minyak bayi atau apa-apa minyak untuk dimasukkan ke dalam bekas bawang tadi.
- Calit sedikit di bahagian hidung, dada dan belakang anak.
Namun berhati-hati sekiranya ini adalah kali pertama. Perlun perhatikan jika bayi menunjukkan gejala gatal dan bahagian yang disapu minyak kemerehan. Itu mungkin petanda bayi alah pada bawang putih.
Untuk bayi yang berusia kurang dari 6 bulan, elakkan dari sapu terus pada bahagian badan. Seeloknya, lapik kain dan sapu pada permukaan kain. Kemudian letakkan kain tersebut pada dada atau tapak kaki.
Bawang putih mampu menghilangkan selesema pada bayi kerana kandungan organosulfur di dalamnya yang mempunyai kesan antivirus. Ia mampu mengurangkan penularan virus dalam badan.
6. Berikan Bone Broth
Sekiranya bayi sudah berumur lebih dari 6 bulan, sediakan makanan dan campurkan dengan bone broth. Jika belum, masukkan dalam makanan ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan.
Bone broth sangat membantu untuk menyedapkan makanan bayi. Bukan itu saja, ia memberi banyak manfaat untuk kesihatan.
Bone broth sangat terkenal dengan zat galian dan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Ia dapat meningkatkan daya tahan badan melawan jangkitan kuman termasuklah apabila selesema.
Cara mudah untuk sediakan bone broth boleh rujuk di sini.
7. Amalkan Makanan Yang Tinggi dengan Omega-3
Omega-3 ialah nutrisi yang diperolehi dari makanan atau supplement untuk memastikan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan baik. Ia adalah kunci kepada binaan dinding pada setiap sel dalam badan.
Banyak manfaat omega-3 untuk kesihatan antaranya untuk kurangkan keradangan. Sekiranya bayi kerap selesema, ibu menyusu perlu ambil makanan yang tinggi dengan sumber omega-3.
Saya mulakan pengambilan omega-3 sejak dari kehamilan sehinggalah berpantang dan menyusu. Bukan saja untuk bayi, malah saya sendiri dapat rasakan kesannya. Hasil konsisten mengamalkan supplement omega-3, masalah sakit-sakit badan berkurang berbanding sewaktu hamil anak pertama.
Ada banyak sumber makanan yang tinggi dengan omega-3 dan perlu dimasukkan dalam diet harian bagi memastikan badan memperoleh omega-3 yang cukup. Selain itu, pengambilan supplement yang mengandungi omega-3 seperti Omega Guard sangat membantu untuk melengkapkan nutrisi harian.
Untuk manfaat kesihatan dan kuatkan ketahanan bayi, amalkan 3 biji setiap hari seawal usia kandungan.
Banyak cara dan kaedah yang boleh diamalkan untuk menghilangkan selesema pada bayi. Sentiasa pilih untuk kaedah yang selamat dan berkesan untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini.
Nina Salleh | Empowering moms