“Saya tahu rasa tu…”
Bangun pagi, terus capai baju anak. Suami nak ke kerja, anak nak ke sekolah. Diri sendiri? Belum sempat tengok cermin pun.
Bila mandi, baru perasan rambut gugur makin banyak. Kulit rasa kasar. Pipi tak tegang macam dulu. Bila sapu losyen, kuku pula patah.
Kadang-kadang, tengah lipat baju atau memasak lutut terasa ngilu. Sendi berbunyi. Badan rasa cepat lenguh walaupun tak buat kerja berat.
Tapi kita diam. Kita tahan. Sebab rasa benda ni normal. “Biasa la, dah jadi mak…”
Tapi dalam diam, hati kecil kita rindu, rindu diri yang dulu.
Dan jujur saya kata, saya dulu pun fikir benda ni semua fasa sementara. Tapi makin lama saya biar, makin saya rasa banyak beza. Badan saya bukan lagi ‘saya’ yang dulu.
Sampai satu hari, saya tergerak hati dan dan bertanya sendiri: Bila kali terakhir saya sayang diri saya sendiri?
Dari situ saya mula belajar tentang self-care yang sebenar. Bukan sekadar beli skincare mahal, bukan sekadar pakai baju cantik untuk nampak elok di luar.
Tapi saya mula cari punca kenapa badan saya cepat rasa tua, kenapa kulit makin kusam, kenapa sendi mula sakit-sakit.
Rupanya jawapan dia simple — COLLAGEN.
Collagen ni bukan semata-mata untuk kulit glowing. Tapi ia komponen asas yang jaga hampir seluruh badan kita.
Dan di sinilah saya nak kongsi dengan awak: kenapa wanita macam kita memang kena cukupkan collagen dalam badan, lebih-lebih lagi lepas bersalin & bila umur makin meningkat.
Apa Itu Kolagen dan Kenapa Wanita Perlukan Lebih?
Kolagen ialah sejenis protein utama dalam badan manusia. Ia membentuk hampir 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan kita.
Ia umpama ‘gam’ yang mengikat tisu kulit, otot, sendi dan tulang. Tanpa kolagen yang mencukupi, kulit akan mula kendur, rambut mula menipis, dan sendi mula rasa longgar.
Masalahnya? Selepas usia 25 tahun, badan kita mula hilang keupayaan menghasilkan kolagen secara semula jadi — sekitar 1%–2% setahun. Dan kehilangan ini akan lebih ketara lepas bersalin, semasa stres, atau menjelang menopaus.
Tanda-Tanda Badan Kekurangan Kolagen
Jika anda mengalami salah satu atau lebih tanda-tanda ini, besar kemungkinan tubuh sedang kekurangan kolagen:
- Kulit mula kendur, kusam, dan hilang seri
- Liang pori semakin besar
- Garis halus dan kedutan muncul lebih awal
- Rambut gugur, kering dan semakin menipis
- Kuku mudah patah dan rapuh
- Sendi mula terasa sakit, berbunyi dan tak fleksibel
- Luka lambat sembuh termasuk luka bersalin
- Bahagian intim mula kurang keanjalan (wanita berkahwin pasti faham)
Manfaat Collagen untuk Wanita Selepas Bersalin
Collagen sebenarnya bukan sekadar untuk kulit. Ia adalah penjagaan dalaman wanita yang sebenar. Ini antara kelebihan pengambilan collagen untuk wanita selepas bersalin.
- Kulit lebih cerah, lembap dan anjal
- Mengurangkan garis halus, kedutan dan jeragat
- Rambut lebih tebal dan kuat
- Kuku kembali sihat dan berkilat
- Sendi lebih kuat, badan rasa ringan
- Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
- Membantu ketatkan bahagian dalaman wanita
- Meningkatkan keyakinan diri & hubungan suami isteri
Fakta Kolagen; Bukan Semua Sama
Ramai wanita terburu-buru beli kolagen tanpa tahu asas sebenar. Ada yang hanya tengok harga, asal murah dan ada label kolagen terus beli. Akhirnya tak dapat kesan yang diidamkan. Rupa-rupanya, bukan semua kolagen sama. Tak semestinya ada label ‘kolagen’ bererti ada collagen peptide.

Ini antara fakta penting tentang kolagen yang wajib tahu sebelum buat belian:
1.Saiz Molekul Kecil
Pilih kolagen jenis peptida atau hydrolyzed — ia mudah diserap dan digunakan oleh badan.
2.Sumber Collagen
Kolagen dari sisik ikan merah laut dalam lebih tulen, stabil & kurang pencemaran.
3.Ditambah Antioksidan
Vitamin C, zinc dan ekstrak tumbuhan bantu tingkatkan kesan kolagen.
❌ Elakkan Kolagen Bersama Gula Tambahan
Ramai tak sedar, kolagen yang mengandungi gula, pewarna atau pengawet boleh bebankan buah pinggang dan beri kesan sampingan jangka panjang.
Kolagen Yang Saya Sendiri Guna: Selamat, Berkesan & Halal
Saya sendiri guna kolagen dari Shaklee, dan saya kongsi bukan sebab saya jual, tapi sebab saya dah rasa sendiri beza bila cukup kolagen dalam badan.

- 4000mg kolagen marin dari sisik ikan merah
- Diperkaya vitamin C, camellia japonica, elastin
- Saiz molekul kecil untuk penyerapan pantas
- Tanpa gula tambahan, tiada pewarna
- Disahkan halal, selamat & berdaftar dengan KKM
Kesan yang saya nampak paling cepat? Amalkan collagen selepas bersalin akan bantu baiki dalaman dan luaran. Kulit makin lembut, kurang jerawat, dan rambut dah tak banyak tinggal atas lantai. Paling best, suami pun perasan beza yang ketara ni.
Testimoni Ringkas Mereka yang Amalkan Collagen Selepas Bersalin
“Kulit saya makin bersih & jeragat makin pudar. Pakai mekap pun tak tebal dah. Husband tegur pipi makin glowing.” – Liyana, 34
“Dulu sendi saya sakit-sakit, naik tangga pun lenguh. Sekarang badan rasa ringan & rambut pun makin lebat.” – Farah, 37
“Suami kata macam malam pertama.” – Syamimi, 34

Nina Salleh | Pengedar Shaklee SID 1230675