Kesihatan jantung sangat penting dan perlu dititikberatkan, amalkan koenzim Q10 yang ada dalam CoQtrol Plus Shaklee. Jantung ibarat mesin atau generator yang akan mengepam darah ke seluruh badan. Ia akan memastikan peredaran darah yang baik.
Jantung yang lemah atau gagal berfungsi, boleh mengakibatkan kegagalan fungsi organ lain dan kematian. Salah satu nutrisi yang penting untuk kesihatan jantung ialah koenzim Q10. Koenzim Q10 boleh didapati dalam CoQtrol Plus Shaklee.
Amalkan gaya hidup sihat sekarang untuk mencegah penyakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung atau strok. Sertakan semua ini dalam diet dan pemakanan harian.
Nutrisi Untuk Jantung Yang Sihat
1. Asid Lemak Omega-3
Membantu menurukan Kadar Kolesterol Jahat
Asid lemak omega-3 disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA) untuk mengurangkan risiko penyakit jantung kerana dapat membantu:
• Mencegah pembentukan plak dalam saluran darah dan mengurangkan risiko penyempitan saluran darah.
• Mengurangkan trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah.
2. Polifenol
Mengurangkan keradangan dan meningkatkan penyerapan nutrien
Sebatian semula jadi yang kaya dengan antioksidan ini ditemui di dalam tumbuh-tumbuhan serta dapat membantu menyokong kesihatan jantung dengan:
- Mengurangkan keradangan dan mengekalkan lapisan saluran darah yang sihat.
- Menggalakkan penguncupan saluran darah yang sihat dan normal.
- Menggalakkan tekanan darah yang sihat untuk meningkatkan aliran darah ke seluruh badan.
- Mengekalkan tahap platelet yang sihat untuk mengelakkan arteri tersumbat.
3. Sterol tumbuhan dan stanol
Menyekat kolesterol
Pengambilan stanol tumbuhan setiap hari sebanyak 1.5g hingga 2.4g telah dikaji secara saintifik dapat menurunkan kolesterol LDL sebanyak 7 hingga 10% kerana ia:
- Mengurangkan penyerapan kolesterol pada usus, seterusnya menurunkan kepekatan kolesterol LDL dalam darah.
- Mengawal atur penyerapan kolesterol, terutamanya kolesterol LDL (kolesterol jahat) ke dalam aliran darah, seterusnya mengurangkan paras kolesterol.
4. Vitamin E
Melindungi saluran darah dan menambah baik pengaliran darah
Tinggi dengan antioksidan, vitamin E membantu:
- Mencegah penebalan atau pengerasan arteri dan mencegah pembentukan plak.
- Mengawal atur penguncupan otot jantung yang lebih baik, mempercepatkan penyembuhan luka dan meningkatkan pertumbuhan sel-sel baharu.
- Melawan radikal bebas untuk mencegah pengoksidaan LDL yang boleh menyebabkan keradangan.
5. Koenzim Q10
Mencergaskan jantung
Banyak kajian telah membuktikan bahawa koenzim CoQ10 dapat membantu untuk:
- Mengembalikan kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga.
- Menambah baik penguncupan otot jantung untuk mengekalkan kesihatan jantung.
- Meningkatkan jumlah darah yang dipam oleh jantung bagi setiap denyutan
- Memberikan tenaga yang mencukupi kepada jantung dan mengoptimumkan keupayaan jantung untuk mengepam darah.
Rasa bertenaga dengan koenzim Q10
Dihasilkan secara semula jadi oleh badan, CoQ10 adalah komponen asas dalam menjana tenaga untuk tubuh badan. Dapatkan manfaat yang menakjubkan dari CoQ10.
Tahap CoQ10 berkurangan seiring dengan peningkatan usia, dan penggunaan statin mempercepatkan kadar pengurangannya sebanyak 40%.
Tahap CoQ10 yang tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel-sel badan dan seterusnya mengurus tenaga dalam dengan cekap.
Tinggi di Bahagian Jantung
Jumlah koenzim Q10 adalah tinggi di bahagian jantung. Ia membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam hati, membolehkan peredaran darah yang lebih baik, dan selalunya, diambil oleh individu yang mengambil ubat statin.
Perlindungan kepada Sperma dan Ovum
CoQ10 meningkatkan tahap tenaga dan memberikan perlindungan antioksida kepada sperma dan ovum.
Tahap CoQ10 yang sihat membantu meningkatkan kuantiti sperma yang sihat serta meningkatkan pergerakan sperma, sambil meningkatkan kualiti ovum wanita.
Membekalkan tenaga dan perlindungan antioksida kepada otak, CoQ10 didapati bermanfaat dalam mengurangkan pembentukan plak, iaitu penyebab utama Penyakit Alzheimer. CoQ10 menyokong sel-sel otak yang sihat, meningkatkan fokus, ingatan dan fikiran yang lebih jelas.
CoQ10 juga dijumpai di permukaan luar kulit dan melindungi kulit dari sinar UV berbahaya, membekalkan tenaga untuk membaikpulih sel agar kulit yang lebih berseri, lebih anjal. Ucapkan selamat datang kepada kulit yang lebih muda!
Jangan lupa untuk amalkan Coqtrol Plus Shaklee setiap hari untuk kesihatan jantung. Dapatkan Coqtrol Plus hari ini, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang