Menu
kumpulan shaklee aktif

Insentif Istimewa dari Shaklee Malaysia

Syukur sebab masih diberi ruang dan peluang untuk merasai pengalaman Ramadan dan Syawwal untuk tahun ini. Sebenarnya kalau difikirkan, terlampau banyak kesyukuran yang tak terungkap. Antaranya,

  • Masih ada suami di sisi
  • Ada anak-anak yang sihat tubuh badan
  • Ada ahli keluarga yang sentiasa menyokong
  • Ada makanan untuk isi perut
  • Ada kelapangan masa untuk bersama ahli keluarga

Kesyukuran saya yang terbesar tahun ini ialah bilamana dapat sarung kembali baju akad nikah dan baju tahun 2016. Baju-baju ni semuanya dah lama tersadai dalam almari sebab sebelum ni tak boleh nak sarung apatah lagi nak zip penuh.

kurus dengan berkesan
Kami suami isteri dapat sarung kembali baju 7 tahun lepas

Bukan sebab dapat pakai baju ketat tapi sebab berjaya buang lemak-lemak lama yang dah bersarang dalam badan.

Kesyukuran besar yang lain pula sebab tahun ni buat julung kalinya sejak saya berbisnes, ada insentif Shaklee yang istimewa sediakan untuk ahli yang lama atau baru join. Kalau korang masih fikir nak join atau tidak, inilah masanya untuk bersama-sama dengan kami.

Insentif Tunai Istimewa dari Shaklee

Bulan April antara yang istimewa sebab bermula cycle baru untuk pengedar yang aktif berniaga Shaklee. Inilah bulan bermulanya pengiraan mata ganjaran untuk percutian percuma tajaan Shaklee dan bulan ini juga ada insentif Shaklee istimewa untuk para pengedar yang berdaftar.

Ini adalah peluang yang Shaklee Malaysia tawarkan terbuka untuk semua pengedar baru dan lama. Setiap pengedar yang naik pangkat pertama dalam Shaklee iaitu Supervisor dan berjaya kekalkan untuk dua bulan berturut-turut akan mendapat insentif tunai RM600.

what shaklee offer
Lebih kurang jumlah insentif yang Shaklee tawarkan

Lebih dari setengah ribu, memang banyak ya. Zaman sekarang ni siapa lagi yang nak beri duit secara mudah macam ni melainkan kita yang usaha dan berdoa dengan penuh harap pada Dia. Dengan insentif Shaklee ni istimewa sebab boleh buat simpan atau beli apa-apa yang terniat di hati.

Kalau Saya dapat Insentif Shaklee

Mula-mula saya berniaga Shaklee tahun 2016, bonus pertama ialah RM200 masa tu pun dah gembira tak terkata. Terus berazam nak berhenti kerja walaupun dapat jawatan tetap yang selesa di sektor kerajaan. Sebab saya teringin nak ada pendapatan dengan masa sendiri. Bermula dari situ, saya fokus dan bina hingga merasa pendapatan lima angka dengan Shaklee. Syukur Alhamdulillah.

Kalau korang nak mula bisnes Shaklee, memang inilah masa yang terbaik untuk bolot insentif tunai dari Shaklee RM600. Andai kata saya yang dapat RM600 nanti, saya nak beli periuk idaman Le creuset. Periuk ni dah lama saya impi tapi sebab belum jadi keperluan, jadi masih boleh tunggu hihi. Dengan insentif berserta komisen hasil naik pangkat hampir Rm2000, boleh lah cukupkan untuk beli set idaman ni.

kelebihan periuk le creuset
Periuk idaman sejak lama dulu

Bila dapat dengan hasil usaha sendiri memang rasa berbaloi-baloi dan lagi semangat nak sediakan juadah sedap-sedap untuk keluarga nanti wah gitu.

Cara untuk Dapatkan Insentif Shaklee

Syarat utama untuk dapatkan insentif istimewa julung kali dari Shaklee berjumlah RM600 tunai ini mestilah perlu berdaftar sebagai ahli Shaklee. Jadi ahli Shaklee yang berdaftar dengan lengkapkan borang di link ini.

berapa komisen shaklee
Cara untuk dapat insentif Shaklee

Kemudian, rasai sendiri pengalaman mengamalkan vitamin Rahmah Shaklee pada harga yang lebih jimat. Promosi untuk ahli baru dengan harga istimewa akan berakhir pada 31 Mei 2023. Jadi, jangan lepaskan peluang yang tak akan datang berkali-kali ini.

insentif bisnes mlm
Bina kumpulan dan naik pangkat

Seterusnya, mulakan perkongsian untuk membentuk komuniti bagi membantu mereka yang sama-sama memerlukan dari segi kesihatan dan ekonomi. Bonus bila berbisnes Shaklee ialah tak perlu pegang stok, modal yang rendah malah pengeposan pun hanya klik-klik di website sahaja.

bonus naik pangkat shaklee
Purata komisen setelah naik pangkat pertama Shaklee

Selain dapat insentif Shaklee, korang pun dapat komisen 4 angka dari Shaklee. Seolah-olah ada gaji walaupun kerja dari rumah begini. Komisen ini akan dikira berdasarkan jumlah jualan dalam kumpulan.

Kalau ada apa-apa yang nak dibeli atau wishlist dan taknak susahkan suami, atau tak nak usik gaji kerja hakiki, boleh mulakan bisnes hari ini. Untuk pertanyaan dan bantuan, hubungi Pengedar Shaklee Ampang di sini.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: