Menu

5 Tips Kekal Produktif Di Bulan Ramadan

Sedar tak sedar, dari bulan ke minggu, kini tinggal kurang 4 hari saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Mudah-mudahan masih diberi umur serta kesihatan yang baik untuk produktif di bulan Ramadan.

Bulan untuk merehatkan perut

Sekiranya diberi peluang untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan, mudah-mudahan kita tak akan sia-siakan ia. Bulan yang bawa 1001 rahmat, keampunan, kebebasan dari api neraka. Inilah satu-satunya bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup. MasyaAllah baiknya Allah swt, dimuliakan bulan Ramadan sebegitu rupa.

Rugilah kalau kita sekadar anggap ia seperti bulan biasa. Sekadar bangun sahur, kemudian sambung tidur dan bangun untuk berbuka puasa. Semoga Allah swt pilih kita untuk kekal produktif, bertenaga dan mengejar untuk meningkatkan amal di bulan Ramadan.

Perkongsian ni bukan bermaksud saya sudah sempurna, ia adalah nota untuk diri sendiri agar menghargai detik waktu yang masih ada.

5 Tips Kekal Produktif di Bulan Ramadan

Sempat juga saya alami dua-dua situasi, antara jadi orang yang prodktif dan yang lemau sepanjang hari waktu siang di bulan Ramadan. Sepanjang hari waktu siang saya akan tidur sebab penat dan lemau. Biasalah, waktu sedang tidur sepanjang hari memang rasa puas sebab dapat ikut nafsu. Tetapi bila mengenangkan yang bulan Ramadan ni kalau berlalu tanpa produktiviti serta amalan yang baik, saya benar-benar terasa dalam kerugian.

Bulan yang diturunkan al-Quran

Belum tentu kita dapat sambut lagi Ramadan yang akan datang. Ajal dan maut hanya Allah swt yang tahu. Jadi eloklah sekiranya kali ni kita berazam untuk kekal produktif di bulan Ramadan anda masih ada peluang yang Allah swt beri. Jangan kita sia-siakan nikmat umur dan kesihatan.

1.Jaga waktu tidur

Dalam banyak perkara, jaga waktu tidur ialah yang paling penting untuk kekal produktif di bulan  Ramadan. Sebenarnya, jaga waktu tidur bukan untuk produktif sahaja, malah nak turunkan berat badan pun perlu jaga waktu tidur dan dapat tidur yang cukup. Gunalah formula diet mana sekalipun, kalau tidur tak cukup maka berat badan akan susah turun.

Waktu malam lah paling semangat nak buat kerja

Bulan Ramadan nanti nak jaga waktu tidur akan lebih mencabar. Biasanya selepas solat terawih akan ada moreh di masjid. Selesai di masjid akan bersambung pula di kedai-kedai untuk makan colek campur. Kalau tak lepak di kedai, waktu malam akan rasa semangat nak buat kerja. Padahal sepatutnya waktu malam ialah untuk rehat dan kena dapatkan tidur yang cukup.

Kalau saya fikir balik, betapa banyak nya masa yang saya dah bazirkan. Kalau jaga waktu tidur, kita akan senang bangun seawal jam 4 pagi untuk memulakan hari.

2.Jangan tinggal sahur

Perkara yang penting tetapi nampak remeh untuk kekal produktif di bulan Ramadan ialah jangan tinggal sahur. Dalam sahur ada banyak sangat berkat dan rahmat dari Allah swt. Lagipun kalau bangun sahur, kita dapat ambil ruang masa untuk solat sunat 2 rakaat.

Tak semestinya perlu makan makanan berat. Memadai dengan kurma dan segelas air kosong.

Idea menu sahur mudah, kenyang lama dan menyihatkan

Untuk keluarga dan diri sendiri, kami jarang makan nasi waktu sahur. Saya sediakan menu sahur yang dapat bantu beri rasa kenyang lama dan tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan, dengan supplement yang ada dalam Set Puasa Shaklee. Anak-anak yang bersekolah pun puasa dalam keadaan seronok sebab tak rasa macam puasa. Saya dan suami pun dapat jalani siang hari di bulan Ramadan dengan produktif.

3.Buat checklist aktiviti harian untuk kekal produktif di bulan Ramadan

Salah satu cara untuk pastikan kita dapat kekal produktif di bulan Ramadan ialah dengan menyediakan checklist aktiviti harian. Ia seperti to-do list untuk aktiviti haian biasa, tetapi lebih istimewa dengan adanya amalan harian yang hanya ada di bulan Ramadan sahaja seperti sahur, solat sunat terawih dan perbanyakkan sedekah.

Kalau boleh, dalam bulan Ramadan ni di mana banyak kelebihan dan ganjaran yang Allah swt akan beri untuk apa saja kebaikan. Dengan adanya checklist aktiviti harian begini harapnya kita dapat penuhi dan jalani setiap hari dengan kebaikan sebanyak yang mungkin.

Contoh Ramadhan Checklist. Tekan gambar untuk download

Checklist ni sesuai juga untuk anak-anak yang baru nak belajar berpuasa. Saya beri anak-anak sticker reward untuk setiap aktiviti yang berjaya dilakukan pada hari tersebut. Boleh tekan gambar pada checklist ni, kemudian muat turun, print dan laminate untuk kegunaan sendiri.

4.Rancang Menu Ramadan

Sebagai ibu dan isteri, rasanya memang banyak masa yang saya habiskan di dapur. Bukan apa, ia bagi saya kepuasan bila dapat sediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Lagipun memasak ni boleh jadi ladang pahala kalau kita ikhlas hehe.

Rancang menu untuk jimatkan masa

Bulan Ramadan nanti akan kurang aktiviti memasak. Makanan untuk Eisyal dan Fatima yang tak puasa boleh simpan dari menu berbuka dan panaskan. Untuk itu, saya akan rancang menu berbuka puasa setiap minggu. Boleh buat dalam cara atas talian begini atau gunakan kertas biasa saja tampal pada peti sejuk. Boleh rujuk bila-bila masa yang perlu.

Bila ada rancangan, insyaAllah dapat jimat banyak masa, tenaga dan wang ringgit pun.

5.Berbuka puasa dengan berpada-pada

Rugilah kalau kita berusaha untuk menahan dari makan dan minum pada waktu siang, namun bila berbuka puasa seakan-akan ada pesta makanan. Kali ni sama-sama perbaharui azam untuk berpada-pada dan bersederhana dalam berbuka puasa.

Kurangkan kuih yang tinggi gula dan gandum

Untuk kekal produktif di bulan Ramadan, buatlah pilihan makanan yang betul sewaktu berbuka puasa. Kalau boleh kurangkan atau elakkan terus makanan yang:

  • Tinggi gula seperti air balang

  • Kuih muih dari gandum dan karbohidrat

  • Jus buah, lebih baik makan buah

Salah satu cara untuk elakkan berbuka dengan berlebihan, tambah nasi berkali-kali ialah mula berbuka puasa dengan segelas air kosong. Kemudian makan kurma diikuti lauk pauk terlebih dahulu. Ia akan bantu beri rasa kenyang dan elakkan badan ketagih pada makanan manis.

Bukan saja dapat bantu kekal produktif di bulan Ramadan sebab bila makan berpada, badan pun cergas nak solat terawih. Lagipun ia adalah salah satu cara untuk melatih badan supaya berhenti makan sebelum kenyang. Jadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk melatih diri untuk buat perkara yang betul.

Dalam banyak tahun berpuasa, saya sedar banyak perkara perlu dibaiki. Mulakanlah perubahan walaupun sedikit. Kita sama-sama tanam azam semoga ia akan jadi Ramadan yang terbaik dalam hidup. Dan tak lupa untuk doakan agar sampai ke Ramadan akan datang. Ameen.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

2 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: