Menu

Perkara Yang Ibu Mengandung Perlu Ada

Pengalaman sendiri, sebagai wanita yang dah rasa detik mengandung sebanyak 4 kali, saya nak kongsikan perkara yang betul-betul jadi keperluan untuk ibu mengandung.

Kalau mengandung kali pertama memang agak teruja dan tak tahu apa yang patut, jadi agak banyak kesilapan dan pembaziran. Dari situlah saya belajar supaya tak ulang kesilapan anak kedua hingga keempat supaya dapat elakkan dari membeli yang tidak sepatutnya.

Saya bersalin semua anak di hospital kerajaan dan Alhamdulillah sihat belaka, tanpa komplikasi. Dalam 1 jam je saya di labor room syukur sangat sebab sakit tak lama dan semuanya Allah swt mudahkan.

tips kurangkan alahan mengandung
Waktu ni anak ke-4 musim Covid-19

Pengalaman anak pertama, ketiga dan keempat semuanya pecah ketuban baru lah saya pergi hospital. Jangan tiru tau sebab risiko pada ibu dan bayi. Tapi kenapa saya buat juga benda bahaya ni, sebab saya takut kena duduk dalam di hospital lama-lama. Tak boleh bayangkan kena bermalam di wad sementara tunggu bukaan cukup. Huhu. Ye lah, kalau belum pecah ketuban dah pergi hospital, masa menunggu agak lama nak dapat bukaan jalan.

Apa yang Jadi Keperluan Ibu Mengandung 

1) Buka Buku Pink

Di Malaysia, buku pink ni ibarat pasport dan cip wanita mengandung. Dalam buku pink ni ada semua maklumat lengkap tentang kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Jadi, perkara pertama selepas tahu mengandung ialah buka buku pink.

Dokumen yang Perlu untuk buka buku Pink

Untuk kali pertama nak buka buku kena ada kad pengenalan dan surat nikah. Kalau ada buat scan bayi di mana-mana klinik, boleh bawa sekali. Ia sangat membantu untuk tentukan due date bagi yang ada masalah haid tak teratur.

Doktor akan ikut kiraan berdasarkan scan pertama dari klinik atau mana-mana hospital.

2) Pakaian yang Selesa

i) Baju

Wanita mengandung akan alami pertambahan saiz. Tak kiralah saiz seluruh atau mestinya saiz perut akan bertambah. Jadi, baju-baju yang lebih selesa akan membantu untuk tugas harian. Kalau boleh, elakkanlah pakaian yang ketat sebab ia akan membuatkan ibu rasa tak selesa.

ii)Bra

Selain tu, perubahan fisiologi pada payudara juga akan berlaku. Jadi, bersiap-sedia dengan tukar bra dan panties kepada yang mesra ibu mengandung atau mesra ibu menyusu bagi mudah di kemudian hari.

nursing bra
Bra untuk mudahkan penyusuan susu ibu

Seeloknya, bertukar kepada saiz yang selesa mengikut tubuh badan terutamanya ketika hampir melahirkan bayi. Disebabkan saiz payudara akan bertambah untuk menyiapkan diri bagi memberi susu badan kepada bayi.

Pakaian yang selesa ialah yang wanita mengandung perlukan. Kalau tak, memang mengah, rasa sesak nafas dan rasa macam barut nangka! Sudahlah perlu bawa perut, kalau bra pun tersilap saiz boleh hangin satu badan.

iii) Panties

Panties juga perlu tukar kepada saiz yang selesa, sebaiknya guna dari material cotton supaya pengudaraan lebih mudah.

panties cotton ibu mengandung
Saya lebih selesa panties begini

Material yang panas, tak menyerap peluh boleh menyebabkan kegatalan bahagian vagina. Paling teruk keadaan ini akan sebabkan jangkitan kuman pada bahagian vagina. Itu bukan saja ibu, malah kesihatan bayi pun boleh terjejas. jadi, jangan angan ambil mudah perkara ni tau.

3) Minyak Zaitun atau kelapa dara

Wanita mengandung akan alami perubahan pada fizikal dan dalaman. Perubahan fizikal seperti saiz perut, payudara dan tulang pinggul akan lebih “membuka” dan membesar bagi persediaan untuk bayi keluar nanti.

cara elakkan stretch mark
Stretch mark ni boleh jadi sangat gatal

Bila bayi membesar, rahim akan mengembang yang akan menyebabkan saiz perut juga bertambah. Proses regangan pada perut ni akan buatkan kegatalan pada sesetengah orang dan boleh juga menyebabkan tanda stretch mark pada perut.

minyak untuk elak stretch mark
Pilih Smooth tummy oil Embun Tanamera dengan minyak kelapa dara

Sebaiknya, dari awal lagi kandungan, mulakanlah sapu minyak zaitun atau kelapa dara ni pada bahagian perut. Minyak ni akan mudahkan perut meregang jadi tak lah rasa gatal sangat.

minyak tanamera
Minyak ni boleh disapu seawal kehamilan

Selain tu, dapat elak stretch mark yang teruk juga tau. Mula sapu dari awal selepas tau je mengandung tu okey. Nampak macam perkara biasa tapi sebenarnya minyak ni adalah yang wanita mengandung perlukan. Jadi pastikan minyak ni adalah antara perkara terawal dan ibu mengandung sangat perlukan.

4) Vitamin dan Suplemen Ibu Mengandung

Sebagai ibu yang dah buat kesilapan waktu mengandung terutama anak pertama, saya taknak perkara sama juga terjadi pada wanita lain. Betapa penting vitamin dan suplemen sebab wanita mengandung perlu berbagi nutrisi dengan bayi yang dikandung. Apa yang dimakan tak menentukan cukupnya nutrisi yang badan perlu. Lagi teruk kalau alami alahan yang buatkan muntah lepas makan.

vitamin ibu mengandung
Bayi dalam perut bergantung nutrisi daripada ibu untuk terus membesar

Walaupun saya tak pernah alahan teruk, tapi muntah berkali-kali tu sangat memenatkan dan menyakitkan. Sampaikan ada rasa malas nak makan sebab tak sanggup nak hadai keperitan bila muntah. Sudah lah makan yang mengarut. Adakala layan je seharian makan maggi. Mungkin  kenyang, tapi nilai nutrisi memang tak ada pun.

ibu mengandung makan banyak
Ibu perlu berbagi nutrisi dengan bayi

Jadi, vitamin dan suplemen yang ibu mengandung makan akan membantu lengkapkan nutrisi badan.  Bukanlah pada kuantiti makanan, tapi perlu lihat pada apa yang dimakan untuk membantu tumbesaran bayi tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Keperluan vitamin ibu mengandung dan manfaat kesihatan di sini.

Inilah antara keperluan yang ibu mengandung perlu ada dan perlu tahu seawal dapat tahu mengandung lagi. Ia sebagai persediaan untuk proses kehamilan yang aman, insyaAllah.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: