Menu

Pengalaman Daftarkan Kumon Untuk Anak

Sebenarnya dah lama saya tengok dan tahu pasal Kumon, memang terdetik dan teringin untuk hantar anak ke sana. Cuma tak tahu detail dia. Jadi usaha jugak sempatkan diri untuk pergi ke pejabat Kumon di branch Desa Pandan untuk tanya detail. Kumon ni sangat sesuai untuk anak seawal usia tadika.

Tujuannya untuk latih tubi dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Dua subjek ni nampak simple, tapi memerlukan latih tubi untuk “master” kan diri.

Perkongsian saya tentang Kumon, cara pembelajaran di Kumon dan soalan yang sebelum ni bermain di fikiran saya sendiri. Mungkin ini juga soalan yang sama bermain di fikiran pembaca semua.

Sampul untuk bawa balik

Asal Usul Kumon

Kumon ialah nama pengasasnya sendiri yang berasal dari Jepun iaitu Toru Kumon. Beliau ialah pengajar subjek Matematik di salah sebuah sekolah menengah di Osaka. Sekitar tahun 1954, sewaktu darjah 2, anak beliau menunjukkan prestasi yang agak merudum dalam subjek Matematik.

pengasas kumon

Hasil semakan silibus Matematik tersebut, beliau dapati terdapat kekurangan ruang dan soalan latih tubi untuk anaknya menguasai Matematik. Dari situlah beliau menyediakan latihan dan soalan latih tubi untuk dibuat oleh anaknya. Hasilnya, sewaktu darjah 6, anak beliau sudah menguasai kalkulus integral dan differential.

Kaedah Pembelajaran di Kumon

Apa yang buatkan anak-anak Kumon ni sangat fasih dalam matapelajaran yang diambil ialah kuasa pengulangan. Ya, itu yang dipraktikkan di Kumon. Nampak dan kedengaran memang mudah. Namun untuk saya nak buat sendiri, latihan dengan anak 4 orang ni agak mencabar. Ada hari yang terlupa, tak sempat dan macam-macam hal tak berkesudahan.

Hampir setiap hari anak akan diberi homework pack ni untuk buat di rumah bersama ibu bapa. Walaupun dah hantar ke Kumon, di rumah ibu bapa perlu ambil bahagian untuk jayakan program ni. It takes two to tango.

 

Pertama kali di Kumon

Setiap kali nak pergi Kumon, memang sangat teruja raut wajah Amanda.

Had Umur Untuk Daftar Anak Belajar di Kumon 

Had umur untuk hantar anak ke Kumon ialah 4 tahun. Jadi bermula 4 tahun dah boleh daftarkan anak ke Kumon. Tahun ni Amanda sorang, insyaALLAH tahun depan, Maryam pun akan masuk Kumon. Doakan ya.

Jangan risau untuk kemasukan permulaan akan ada saringan bagi melihat tahap anak-anak. Supaya anak-anak diberi latihan yang sepatutnya mengikut keboleh fahaman mereka.

Kekerapan kelas Kumon

Kelas akan diadakan 2 kali dalam seminggu. Bergantung kepada cawangan Kumon di kawasan masing-masing. Lain cawangan, lain lah hari operasi.

Untuk Kumon cawangan Desa Pandan, kalau bulan biasa, kelas akan diadakan pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Tapi waktu bulan puasa, hari Selasa dan Sabtu sahaja.

Jadi, selain bulan puasa, kita boleh pilih mana-mana 2 hari untuk hantar anak ke Kumon.

Tempoh Waktu Untuk Kelas Kumon

Setiap subjek akan diperuntukkan 30-45 minit untuk setiap seisi. Kumon adalah sistem untuk bagi anak berfikir dengan cepat, dan melalui pengulangan, as repetition is the mother of knowledge.

Anak ke Kumon untuk buat worksheet, dan ia perlu disiapkan within that time frame. Tutor Kumon akan bantu untuk semak worksheet yang anak-anak buat di rumah bersama ibu bapa.

Yuran Pendaftaran Kumon

Yuran pendaftaran untuk memulakan kelas di Kumon ialah RM30. Hanya perlu bayar sekali sahaja seumur hidup. Di Malaysia, Kumon sediakan dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik. Yuran untuk setiap subjek ialah RM160 untuk sebulan.

Kalau pilih untuk ambil dua subjek, maka yuran bulanan akan jadi RM320. Untuk Amanda, saya pilih Matematik sahaja. Subjek Bahasa Inggeris saya buat latihan membaca guna buku Peter and Jane.

Masa Pembelajaran di Kumon

Belajar di Kumon memang tak ada masa yang tetap. Tetapi kena hantar anak dalam waktu operasi yang cawangan tersebut tetapkan. Kalau untuk Kumon di cawangan Desa Pandan, waktu operasi antara jam 5 petang hingga 9 malam. Boleh pilih antara waktu tersebut untuk hantar anak. Setiap subjek 30-45 minit seisi.

Dalam tempoh tersebut, anak akan masuk kelas, buat worksheet yang disediakan, hantar, dan akan balik dengan worksheet jugak untuk buat di rumah bersama ibu bapa. Yang penting ialah pengulangan. Memang awal-awal ni hampir nak loya sebab nampak macam benda sama untuk orang dewasa. Untuk anak-anak, banyak perkara baru yang mereka akan serap dan belajar.

Proses pengulangan ni sangat berkesan untuk pembelajaran anak-anak terutama di peringkat awal seawal umur 4 tahun. Percayalah, bacaan Iqra’ dan matapelajaran lain juga berkesan jika guna kaedah pengulangan begini.

Ibu bapa kena aktifkan diri untuk ajar anak-anak jugak. Kalau boleh, tetapkan masa untuk buat Kumon sama-sama di rumah setiap hari. Adakan satu slot ‘Kumon time at home‘😊

Latihan di rumah

Dalam gambar ni contoh Amanda buat worksheet. Yang ini peringkat awal untuk latih fungsi motor Amanda untuk pegang pensil. Sejujurnya riak wajah Amanda memang nampak seronok pergi ke Kumon. Setiap hari dia akan teruja untuk belajar benda baru dan bawak balik worksheet untuk buat sama-samma di rumah.

Risau juga kot-kot satu hari nanti dah bosan. Doakan Amanda dan adik-adik sentiasa teruja dan seronok untuk pergi Kumon.

Pengalaman untuk anak pertama

Hidup di zaman teknologi dan hubungan tanpa sempadan ni memang semuanya kena laju. Nak ikut arus pun tak boleh juga, nak perlahan dan lenggang kangkung pun akan tertinggal jauh nanti. Pokok pangkalnya, kena tahu kemampuan diri dan anak-anak. Perjalanan ni masih jauh untuk anak-anak.

Anak-anak kena fight dari segi ilmu dan pengalaman untuk hidup di zaman yang memang sangat-sangat sengit cabarannya. Dalam masa yang sama, kita sebagai ibu bapa kena usaha untuk jadi pendokong dan orang yang sentiasa beri semangat kepada mereka.

Selain hantar anak di Kumon, saya juga cuba sedaya upaya bantu anak untuk berikan pemakanan dan vitamin setiap hari bagi membantu kecerdasan minda dan kesihatan tubuh badan.

Kalau ada soalan tentang Kumon, boleh tanya di ruang komen nanti saya cuba jawab ya.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

4 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: