Menu

Luka Bersalin Lambat Sembuh, Cara untuk Pulih?

Selepas kelahiran, luka bersalin adalah antara hal yang paling mencabar buat seorang ibu. Rasa pedih, sakit ketika bergerak, sukar duduk atau berjalan, ini semua ini boleh berlaku sepanjang melalui proses pemulihan. Namun jika berlarutan terlalu lama, ia mungkin petanda bahawa luka bersalin lambat sembuh dan perlukan perhatian lebih serius.

cepatkan luka bersalin
Bersalin memang akan beri luka emosi dan luaran

Rupanya bukan saya seorang, malah ramai ibu sangka luka akan sembuh sendiri dalam seminggu atau dua. Tapi realitinya, ramai juga yang masih mengadu sakit walaupun selepas sebulan bersalin, lebih-lebih lagi bagi yang bersalin secara pembedahan.

Ramai ibu selepas bersalin mengadu:

  • Luka lambat sembuh walaupun dah berpantang 40 hari
  • Rasa pedih atau mencucuk-cucuk di kawasan luka
  • Sakit mencengkam yang datang sekali-sekala
  • Lemah badan, kulit kusam, dan cepat penat

Jenis Luka Bersalin: Normal vs Pembedahan

Bersalin secara pembedahan atau normal, ia bukan hanya tentang kelahiran bayi ia adalah satu prosedur besar yang melibatkan luka dalaman dan luaran, emosi yang bercampur-baur, serta proses pemulihan yang panjang. Tidak kiralah bersalin pembedahan atau normal, kedua-duanya tetap berikan luka kepada badan ibu.

cara sembuhkan luka bersalin
Luka bersalin normal dan pembedahan

 

Luka bersalin terbahagi kepada dua kategori:

1.Luka Bersalin Normal (Perineum)

  • Berlaku disebabkan oleh koyakan semasa proses melahirkan atau prosedur episiotomi.
  • Biasanya akan pulih dalam masa 1–3 minggu jika dijaga dengan baik.
  • Namun, jika berlaku jangkitan atau jahitan terbuka, proses ini boleh mengambil masa lebih lama

2. Luka Pembedahan Caesarean

  • Luka pada bahagian perut dan otot rahim.
  • Proses pemulihan secara dalaman boleh mengambil masa sehingga 6 minggu atau lebih.
  • Luka jenis ini lebih berisiko untuk lambat sembuh jika imun badan lemah atau ibu mengalami tekanan selepas bersalin.

Tanda-Tanda Luka Lambat Sembuh

Berikut beberapa tanda bahawa luka bersalin mungkin tidak sembuh seperti sepatutnya sekiranya ada tanda begini:

cara jaga luka bersalin
Cara penjagaan luka
  • Luka masih merah, bengkak atau panas selepas 1–2 minggu
  • Keluar cecair, bernanah atau berbau dari kawasan luka
  • Rasa berdenyut-denyut atau sakit bila disentuh
  • Demam atau badan rasa lemah dan menggigil
  • Luka terbuka semula atau nampak benang tertarik

Apa Punca Luka Susah Sembuh?

Ada banyak sebab kenapa luka bersalin boleh jadi lambat sembuh. Antaranya:

1.Kurang Nutrisi

  • Ibu yang kekurangan protein, vitamin dan mineral penting seperti zink, vitamin C dan antioksidan lebih berisiko untuk alami masalah ini.

2.Kurang Rehat

  • Badan yang keletihan tidak mampu fokus pada proses pemulihan. Ini sangat biasa bagi ibu yang menjaga bayi seorang diri.

3.Masalah Peredaran Darah

  • Aliran darah yang kurang lancar ke kawasan luka boleh menyukarkan sel-sel tisu untuk diperbaiki.

4.Jangkitan Kuman

  • Jika kebersihan luka tidak dijaga atau sistem imun badan lemah, bakteria mudah masuk dan lambat sembuh.

5.Masalah Penghadaman

  • Ramai tak tahu bahawa masalah angin, sembelit atau usus tak sihat boleh menjejaskan penyerapan nutrien sekali gus melambatkan proses pemulihan luka.

Luka Lambat Sembuh Ganggu Emosi Ibu

Jangan pandang ringan kesan luka lambat sembuh kepada emosi seorang ibu. Bila pergerakan terbatas, sakit tak reda dan badan masih lemah, ibu boleh jadi cepat murung, mudah menangis dan rasa diri gagal. Ini boleh menyumbang kepada risiko meroyan, atau postpartum depression.

Sebab itu sangat penting untuk ibu dapatkan sokongan fizikal, emosi dan pemakanan yang cukup untuk pulih sepenuhnya.

Ikhtiar Nutrisi Dalaman: Vivix & Res-V Shaklee

Dalam proses penyembuhan luka, tubuh ibu perlukan lebih daripada makanan harian. Di sinilah pentingnya suplemen antioksidan yang menyokong pemulihan pada tahap sel.

testimoni berpantang dengan resv
Pelaburan berharga untuk kesihatan

Dua produk Shaklee yang sangat sesuai untuk ibu lepas bersalin ialah Vivix dan Res-V.

Vivix: Gabungan Polifenol Berkuasa Tinggi

Vivix mengandungi gabungan resveratrol dan polifenol dari anggur muscadine, iaitu antioksidan hebat yang:

luka bersalin pembedahan sembuh
Bersalin badan cergas dan bertenaga
  • Membantu baik pulih sel rosak
  • Mengurangkan keradangan dan bengkak
  • Menyokong penghasilan sel baru untuk pembentukan tisu
  • Meningkatkan tenaga sel untuk proses penyembuhan luka

Ia juga menyokong kesihatan usus dan hati, penting untuk penyerapan nutrien dan penyahtoksikan.

Res-V: Alternatif Mudah & Lebih Tinggi Polifenol

Jika perlukan alternatif kepada Vivix, Res-V adalah pilihan yang bagus. Ia hadir dalam bentuk softgel. Namun pengambilan kedua-dua Vivix dan Res-V akan beri kesan lebih optimum untuk kesihatan.

suplemen resveratrol
Ramai pilih Res-V untuk ikhtiar sembuhkan luka cepat
  • Mengandungi resveratrol, elderberry, dan ekstrak anggur
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan

Cadangan Cara Ambil

  • Vivix: 1 sudu kecil setiap hari (selepas makan)
  • Res-V: 2 kapsul sehari selepas makan

Boleh diambil secara konsisten selama tempoh berpantang dan diteruskan untuk tenaga, imun dan penyembuhan jangka panjang.

Tips Tambahan Supaya Luka Cepat Baik

  • Pastikan minum air mencukupi setiap hari
  • Elakkan makanan tinggi gula & bergoreng
  • Rehat secukupnya dan jangan terlalu lasak terlalu awal
  • Jangan abaikan tanda jangkitan. Terus jumpa doktor jika perlu
  • Amalkan makanan kaya protein, vitamin dan zink setiap hari

Jangan Paksa Diri Pulih Cepat

Tubuh ibu lepas bersalin perlukan masa. Luka fizikal mungkin nampak sembuh, tapi dalaman perlukan masa dan sokongan. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Rawat diri dengan penuh kasih sayang, dari luar dan dalam.

Klik sini untuk dapatkan Vivix Res-V dan jadi VIP Shaklee.

Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

vitamin malaysia
E-Book Ubah Diet

E-Book Ubah Diet

E-book ubah diet yang sesuai bagi kalian yang nak betulkan kesihatan, dengan pemakanan sebagai gaya hidup.

Dengan pembelian e-book, kalian akan dapat guide personal serta group coaching secara PERCUMA.

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: