Pejam celik jatuh bangun turun dan naik, sudah 7 tahun saya buat keputusan besar ni. Dalam nak mencari kekuatan dan motivasi untuk melangkah lebih jauh, ada banyak suka duka dan gelak tawa.
Sekitar tahun 2014, beberapa bulan selepas saya bersalin anak pertama, saya ada masalah susu badan tak cukup untuk anak. Pernah saya campur susu badan dengan air sebab nak bagi cukup anak minum.
Betapa jahil sebab masa tu saya tak tahu ia boleh bahayakan nyawa bayi.
Skeptikal dan Jahil
Saya masih ingat juga betapa skeptikal nya saya untuk terima ajakan kawan, berkali-kali, untuk mula amalkan ESP Shaklee lepas bersalin anak pertama tu.
Saya tolak ajakan beliau sebab saya fikir tak perlu ESP, tak perlu vitamin pun sebab saya cukup makan dari buah & sayur je. Ini antara ayat biasa dan memang orang kita selalu guna bila berkait dengan suplemen dan vitamin.
Bila fikir balik, memang diri saya sendiri bila makan akan kenyang, tapi soalnya nutrisi tu betul cukup ke untuk kesihatan anak dan diri sendiri. Rupanya ini benda yang saya tak nampak tapi boleh rasa. Saya rasa sendiri kesan tak cukup nutrisi bila badan mula lenguh, muka dan kulit kusam, selalu tak sihat, tak bertenaga dan lesu. Apatah lagi bila nak uruskan anak yang sedang membesar dan berkerja dalam masa yang sama.
Hujung tahun 2015, saya bersalin lagi anak kedua. Masa ni saya dah ada kerja tetap sebagai Penolong Pegawai Perubatan gred U41, kerja yang selesa dan menjamin masa depan dengan pencen. Tapi saya pula tak suka kerja yang terikat.
Anak Sebagai Motivasi Terbesar
Kebetulan pula saya sedang menyusu anak kedua, dan tak mahu berlaku episod sama dengan anak pertama, iaitu tak cukup susu, jadi saya mula dengan amalakan vitamin milkbooster Shaklee. Ini juga sebagai motivasi diri untuk menyusukan bayi sepenuhnya.
Saya beli; dapat jadi ahli Shaklee secara automatik dan juga berkongsi manfaat dengan ibu-ibu yang lain.
3 bulan selepas komited dengan Shaklee, saya terus ke Jabatan Sumber Manusia untuk mohon surat berhenti kerja. Namun selepas dipujuk oleh kerani di pejabat berkenaan, saya setuju untuk ikut nasihat beliau supaya cuti tanpa gaji selama 1 tahun.
Selepas 1 tahun cuti tanpa gaji; saya nekad juga untuk meletakkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Betapa syukurnya sebab Allah swt makbulkan doa untuk saya ada perniagaan sendiri, dan selepas 3 bulan income bisnes online part time sudah melebihi gaji saya masa itu.
Cari Motivasi Diri untuk Terus Melangkah
Hari ini 2 Jun, tepat 7 tahun saya dalam bisnes Shaklee. Betapa besar dan hebat kuasa Allah swt, betapa baiknya Dia, dilorongkan banyak kebaikan yang saya tak pernah terfikir untuk dapat pun sebelum ni.
Selain pendapatan yang saya rasa tak terjangka, dan mungkin kalau bekerja saya perlukan 10-20 tahun untuk dapat income begitu. Tapi dengan Shaklee, Allah swt bagi saya nampak luasnya punca rezeki ni.
Semuanya dari Allah swt, bersama usaha, kesungguhan dan juga keinginan untuk capai impian.
Dalam perjalanan dengan Shaklee, satu yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit ialah saya dapat masa bersama dengan anak-anak dan dapat berkhidmat buat suami yang saya cintai. Suami pun tambah seronok dapat tengok saya ceria sebab emosi saya lebih stabil. Saya dah tak merengek macam anak kecil yang perlu dipujuk untuk pergi kerja setiap pagi.
Bahagia sebab setiap pagi dapat lihat anak-anak siap ke sekolah tanpa “rushing” untuk saya punch card. Malam pula akan sama-sama solat berjemaah, mengaji, makan bersama masakan sendiri tanpa rasa perlu “rushing” lagi untuk gosok baju dan bersiap untuk kerja keesokan hari.
Semua ini tidak akan saya kecapi kalau bukan kerana pekerjaan Shaklee yang saya buat ini memberi masa yang flexible dan bebas ini.
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang yang dikurnikan melalui Shaklee.
Penghargaan Buat Yang Sentiasa dan Pernah Ada
Buat yang sentiasa menyokong, mendoakan dan pernah ada dalam perjalanan saya sepanjangn 7 tahun ini, dan yang baca tulisan ini, saya nak ajak untuk “dengar pemintaan diri sendiri”.
Bukan untuk berhenti kerja😆 tapi dengarlah permintaan diri yang minta dibelai. Jangan lah jadi macam saya, bodoh sombong hingga boleh bahayakan nyawa anak sendiri.
Mulakanlah “bajai” badan dengan nutrisi dari Shaklee supaya dapat terus berkhidmat dan menabur bakti semasa masih ada masa. Hanya dengan badan yang sihat, kita akan ada motivasi diri untuk memberi yang terbaik.
Dan mulakan setiap hari dengan sayangi diri sendiri, jaga kesihatan dalaman dengan satu sudu Vivix dan ResV setiap hari. Sebagai mensyukuri nikmat sihat, dan usaha untuk terus sihat sehingga akhir hayat. Ameen.
One thought