Menu
set hamil shaklee

Pengalaman Mengandung dengan Set Hamil Shaklee

Saya sudah amalkan set hamil Shaklee sejak kandungan ke-2 pada tahun 2015. Teringat betapa sombongnya saya waktu anak pertama sekitar tahun 2013, bila kawan dari sekolah ajak beli salah satu item dalam set hamil Shaklee iaitu minuman protein soya organis ESP, saya tolak mentah-mentah.

Saya katakan pada kawan tersebut, saya hanya cukupkan vitamin dari buah dan sayuran, tak perlukan vitamin pun. Waktu itu saya buta dan kurang ilmu, saya hanya fikir vitamin sekadar menguntungkan syarikat. Tanpa vitamin juag boleh sihat. Cliche kan.

Paling kiri, anak pertama yang saya sombong nak makan vitamin. Lahir normal dan sihat namun ada gejala eczema dan kerap masuk wad pada 2 tahun pertama.

Kemudian bila difikirkan balik apa yang saya makan sehari-harian waktu tu memang lah tak mencukupi untuk tampung keperluan badan. Menu saya kebanyakan harinya adalah Maggi sebab tak lalu nak jamah nasi, kemudian minum air Nescafe. Sayur dan buah pun jarang sangat makan. Sejujurnya, jawapan cliche yang saya beri kepada kawan tersebut hanyalah jawapan dari mulut, hakikatnya tidak semudah itu nak cukupkan nutrisi dari makanan.

Bayangkan kalau begini menu hampir setiap hari, apalah nutrisi yang badan dapat

Buktinya pada tahap kesihatan saya sendiri dan anak-anak. Selepas melahirkan anak pertama, bukan sahaja anak malah saya juga menghadapi eczema yang sangat teruk. Selain dari anak saya sendiri kerap masuk wad. Berbanding anak kedua dan ketiga yang lebih sihat. Rupanya ia bermula dari nutrisi yang lengkap untuk ibu dan bayi sejak dari dalam kandungan.

Tiada lagi kejang kaki

Ini antara beza yang sangat ketara bila saya pilih untuk mengandung dengan set hamil Shaklee. Kalau masa anak pertama, kejang kaki atau simpul biawak kerap sangat menyerang lagi-lagi bila dah trimester kedua dan ketiga, boleh katakan hampir setiap malam dan pasti akan menganggu tidur. Seksa sangat. Tapi bila amalkan set hamil Shaklee, Alhamdulillah tak ada episod kejang kaki dah. Kejang kaki ni boleh buat kita trauma nak tidur malam-malam tau.

Masalah sembelit berkurang

Masalah sembelit itu perkara biasa disebabkan oleh perubahan fisiologi pada ibu mengandung. Keadaan tersebut menyebabkan otot pada bahagian usus akan lebih rilex, pergerakan makanan di sepanjang usus juga akan lebih perlahan. Proses ini untuk memberi penyerapan nutrisi kepada bayi, namun ia akan menyebabkan ibu mengandung sembelit. Kalau masa sembelit tu memang akan rasa takut nak membuang, risau terberanak. Hihi

Pergerakan usus yang perlahan menyebabkan sembelit

Bersyukur sangat dapat kenal set hamil Shaklee. Waktu mengandung anak kedua dan seterusnya saya tak alami masalah sembelit.

Tiada stretcmark yang menyakitkan mata

Sebenarnya sebelum mengandung, saya paling takut sangat dengan masalah ni. Seram! Bayangkan dari perut yang tak ada parut apa-apa, tapi bila mengandung, boleh jadi perut akan berbirat disebabkan perut yang menegang apabila rahim membesar. Dengan gatal, tak selesa, siapa je mampu tahan daripada menggaru kan. Bila amalkan set hamil Shaklee, masalah ni dapat diatasi.

Memang paling seronok bila tengok perut sendiri tanpa parut lepas bersalin, rasa macam satu kepuasan gitu. Kalau tidak, nak tengok perut sendiri pun tak lalu. Sebab tu sanggup melabur untuk set hamil Shaklee.

Berat badan tidak naik berlebihan

Bagi ibu-ibu yang menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan, jadi kewajipan untuk pemeriksaan tahap gula dalam darah untuk mengesan penyakit kencing manis sewaktu mengandung (Gestational Diabetis Mellitus atau GDM).

Sewaktu anak pertama dan kedua, saya tak perlu minum air gula. Waktu mengandung anak ketiga, saya sempat minum air gula 1 kali sebab minggu seterusnya dah bersalin, legaaaaa sangat sebab kalau tidak jenuh juga nak kena ulang minum lagi air gula lepas 2 minggu. Alhamdulillah, memang paras gula saya pada tahap normal dan bebas kencing manis waktu mengandung. Berat pun terkawal sebab dalam set hamil Shaklee ada minuman protein soya yang membantu beri kenyang yang lama dan kawal paras gula dalam darah.

Minuman protein dari soya organik yang memberi kesan kenyang lebih lama

Comitted in empowering moms,

Nina Salleh

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: