Menu

Pengalaman Sebagai Bekas Pesakit Covid-19

Daripada 10 orang dalam rumah yang sama, saya adalah orang terakhir didapati positif Covid-19 iaitu selepas 6 hari Abah di masukkan ke wad dan sudah pun discaj manakala ahli keluarga yang  lain sudah hampir tamat tempoh kuarantin sendiri. Keadaan mungkin terjadi disebabkan oleh kelewatan pihak petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyampaikan maklumat tentang keputusan swab test Maryam, anak saya yang kedua.

swab test covid-19
Swab test Covid-19 kedua di klinik kesihatan

Perkara yang ditakuti jadi realiti

Pada mulanya kami diberitahu keputusan adalah negatif, namun selang beberapa hari, suami dapat panggilan lagi dari petugas KKM mengatakan Maryam didapati positif Covid-19. Bayangkan bagaimana huru hara, berdebar dan risaunya kami waktu itu memandangkan kami tidak asingkan Maryam dalam tempoh itu. Akhir sekali, saya, suami dan anak ketiga, Eisyal, perlu jalani swab test ketiga. Dan kali ini saya seorang didapati positif Covid-19. Satu perasaan yang tak dapat digambar dengan kata-kata, positif Covid-19 dalam keadaan mengandung 14 minggu.

Hanya kepada Allah saya berserah. Waktu itu memang emosi turun naik, rasa seperti titik terendah dalam hidup sehinggakan nak lelapkan mata pun takut! Perasaan takut membayangkan belum tentu hari esok masih ada. Allah beri ujian supaya kita lebih dekat pada Dia.

Menuju ke klinik kesihatan untuk swab test ketiga

Sepanjang Tempoh Kuarantin

Sepanjang tempoh sebelum saya disahkan positif Covid-19, saya lah jadi makcik kantin untuk ahli keluarga. Masak makanan tiga kali sehari, kemudian hidangkan dalam pinggan dan suami akan hantar ke bilik masing-masing. Suami juga lah yang tukang kemas selepas saya sepahkan. Memasak ni mudah saja, tapi nak mengemas tu yang buat kus semangat haha. Itu antara momen yang kami akan kenang. Allah beri rezeki dan peluang untuk berbakti pada ahli keluarga, mudah-mudahan jadi saham untuk di sana nanti.

gelang pink
Suami dengan gelang pink, sedang sediakan air milo untuk pesakit positif Covid-19

Macam yang kita semua tahu, belum lagi ada ubat yang terbukti dapat menghapuskan virus Covid-19. Maka ia bergantung sepenuhnya kepada daya tahan badan untuk melawan jangkitan kuman ini. Selain sokongan moral, pemakanan juga kena jaga. Sepanjang menjaga pesakit Covid-19 di rumah, saya cuba pastikan untuk memasak menu yang ada sayur-sayuran dan protein. Wajib sekurang-kurangnya 2 menu setiap hidangan. Bila badan dapat nutrisi yang cukup, barulah dapat lawan kuman.

Antara masakan saya sepanjang menjaga keluarga positif covid
Mencabar sebab sedang mengandung. Tapi tak rasa apa sehinggalah sakit badan. Rupanya diri sendiri dah terkena
Ini antara ikhtiar untuk kuatkan ketahanan badan

Apa Yang Diamalkan Sepanjang Tempoh Kuarantin

1.Vitamin C

Sejujurnya, setiap hari sejak Abah disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke wad, saya dan keluarga mula makan vitamin C sehingga dos maksimum iaitu 2000mg bersamaan 4 biji Vitamin C Shaklee sebagai ikhtiar untuk ketahanan badan. Saya makan Vitamin C Shaklee sebab ada ciri-ciri yang menepati kriteria vitamin C pilihan saya.

2. Penggalak interferon

Saya juga amalkan penggalak interferon dari ekstrak tumbuhan semulajadi yang ada dalam NutriFeron Shaklee sebanyak 3 sachet setiap hari.

Formula Nutriferon yang menggabungkan bahan semulajadi yang terbukti menguatkan daya tahan badan semua

NutriFeron menjadi penggalak interferon semulajadi yang selamat untuk tubuh badan manusia. Sejak kenal NutriFeron, keluarga kami tidak lagi bergantung dengan ubat-ubat tahan sakit. Saya pilih yang selamat dan dari bahan semulajadi untuk kesihatan keluarga.

Interferon adalah sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan. Dalam kajian yang diterbitkan pada tahun 2021 mendapati kesan positif pemberian interferon kepada pesakit Covid-19. Ia berkesan mengurangkan keterukan dan gejala yang dihadapi oleh pesakit Covid-19. Jadi saya dan suami, kami sama-sama ikhtiar kuatkan daya tahan badan dengan NutriFeron untuk anak-anak juga.

3. Omega-3

Pengambilan minyak ikan omega-3 beri banyak manfaat untuk tubuh badan termasuk menguatkan daya tahan badan. Setiap hari saya makan 3 biji, 2 kali sehari minyakl ikan omega-3. Banyak yang ada di pasaran tapi saya memilih Omega Guard Shaklee kerana kandungan EPA dan DHA yang tinggi. Ia bukan sahaja lulus KKM malah keberkesanannya dibuktikan secara klinikal.

Selain Omega-3, interferon booster dan vitamin C, kain batik suami tak dilupa untuk lepaskan rindu.

Selain ikut langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19, amalkan pemakanan yang sihat dan lengkapkan diri dengan vitamin yang dapat tingkatkan ketahanan badan. Virus Covid-19 belum ada ubat, sebab  itu perlu siap siagakan badan dan jangan lupa kemaskini MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19.

Untuk yang sedang berjuang melawan Covid-19, kita usaha dan ikhtiar untuk lawan. Positifkan minda, jaga pemakanan dan cari sokongan dari orang sekeliling. Jangan malu untuk minta bantuan sekiranya perlu.

Kongsikan post ini supaya dapat bantu lebih ramai pesakit yang sedang berjuang melawan Covid-19.

Nina Salleh | Empowering moms

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: