Menu

5 Petua Hadapi Bayi Kuning Untuk Ibu Bapa Amalkan

Tepat jam 4.29 pagi hari Khamis 2 Disember 2021 saya selamat melahirkan bayi perempuan ke-4 dengan berat lahir 3.62KG.

Dari dewan bersalin

Lebih kurang jam 6 pagi saya ditolak ke dalam wad yang menempatkan para ibu yang sudah melahirkan dan ada juga yang menunggu untuk masuk ke dewan bersalin untuk pemerhatian.

Prosedur biasa selepas bersalin di hospital kerajaan sebelum ibu dan bayi dibenarkan untuk discaj, ada beberapa orang doktor yang akan membuat pemeriksaan,

  1. Doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan bayi
  2. Doktor pakar perbidanan untuk pemeriksaan ibu

Anak saya tak pernah kuning

“Bayi sebelum ni ada kuning?”, doktor kanak-kanak bertanya kepada saya untuk kepastian. Dengan yakinnya saya beri jawapan, “Anak saya tak pernah kuning, doktor. Yang ini pun insyaAllah tak kuning. Jadi bagi lah saya balik hari ni.”

Pemeriksaan oleh doktor sebelum dibenarkan keluar hospital

Perasaan saya membuak-buak nak balik ke rumah. Kalau boleh memang tak mahu lagi bermalam di hospital. Inikan pula nak bayangkan kalau kena tahan lagi di wad sebab bayi kuning.

Pengalaman sebelum ni menjaga Maryam demam denggi selama hampir 2 minggu di wad, dalam masa kurang sebulan sebelum melahirkan benar-benar buatkan saya rasa muak dengan segalanya tentang hospital. Huhu.

“Kalau saya bagi balik, ibu janji pergi klinik untuk cek kuning esok ya?”, doktor yang sama beri peringatan kepada saya.

“Ya, saya janji. Mestilah saya pergi doktor”, saya jawab. Dalam hati memang yakin benar anak tak ada kuning sebab jenis darah saya ialah AB+ , sangat kurang risiko untuk bayi kuning.

Kenapa Bayi Kuning

Sebenarnya bayi kuning selepas kelahiran disebabkan oleh bilirubin, sejenis pigmen kuning hasil daripada pemecahan sel darah merah. Ia adalah proses biasa selepas kelahiran di mana organ hati akan mengeluarkan bilirubin melalui usus dan akan keluar sebagai najis.

  • Bacaan normal bilirubin <5mg/dL atau 85mmol/L

Keadaan kuning pada bayi yang baru lahir dipanggil sebagai Neonatal Jaundice.

Namun, tahap kuning perlu diperiksa agar tidak lebih dari paras bahaya yang akan meningkatkan risiko gangguan pendengaran dan kecacatan pada otak.

Pemeriksaan Tahap Kuning Bayi di Klinik Kesihatan

Saya dibenarkan balik pada hari yang sama selepas melahirkan. Seronok sebab tercapai hajat saya untuk tidak bermalam di hospital. Yang kurang seronok sebab dapat surat rujukan untuk pemeriksaan kuning bayi di klinik kesihatan pada hari seterusnya.

Surat rujukan untuk pemeriksaan kuning bayi di klinik kesihatan

Sampai di rumah, saya menanti hari esok dengan penuh debaran. Risau kalau-kalau yang anak ke-4 ini kuning.

Hari pertama (3/12/2021)

Saya ke klinik kesihatan berdekatan bersama suami. Suami bawa bayi kami untuk ditimbang dan diambil darah, sedikit sahaja di tapak kaki untuk dapatkan bacaan bilirubin.

“Kuning bayi 6mg/dL dan berat 3.41 KG”, suami beritahu.

Pemantauan tahap kuning bayi di klinik kesihatan

Dalam hati saya Allah saja yang tahu, jantung bagai nak tercabut. Tetapi luaran masih berlagak biasa. Selepas jumpa doktor, kami dikehendaki ke klinik lagi esok hari.

Hari kedua (4/12/2021)

“Kuning bayi 9.2mg/dL dan berat 3.27 KG”, suami beritahu. Berat bayi kami bertambah turun, dari 3.62KG semasa lahir, hari ke-3 tinggal 3.27 KG.

Seram sejuk saya memikirkan apa kemungkinan yang menyebabkan keadaan berat bayi berkurang.

Tak pernah-pernah saya hadapi situasi begini. Allah nak uji supaya saya belajar sesuatu, bahawa dalam hidup ini tak ada yang pasti. Walaupun 3 anak sebelum ni tanpa kuning itu tak bermakna yang ke-4 juga sama.

Masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan, kemudian beliau beritahu,

“Bayi kurang berat 9.6% ni bahaya sebab dia kuning. Kalau 10% kita kena rujuk kepada hospital”.

Saya angguk saja. Dalam kepala berputar-putar memikirkan berat bayi yang kurang, kuning yang tak turun-turun tambah lagi masalah pam susu yang belum siap diservis, saya seakan-akan jatuh ditimpa tangga lagi.

Sokongan dari suami dan ahli keluarga adalah penting

Keluar dari bilik doktor, saya tak dapat fikir cara lain melainkan minta suami belikan susu formula. Ini bukan lagi masa untuk pertahankan susu badan. Walaupun susu ibu adalah yang terbaik, saya harus fikir keadaan berat bayi yang semakin merudum. Dalam apa jua keadaan, pilihlan yang mana manfaat lebih besar dari mudarat. Dan untuk beri susu formula waktu ini adalah yang terbaik untuk bayi saya.

Suami bawa balik susu formula dan saya terus bancuh untuk beri kepada bayi. Mujurlah bayi tak menolak dan minum 3oz pada hari tersebut. Dengan harapan ada kenaikan pada berat bayi untuk follow up yang seterusnya.

Hari ketiga (6/12/2021)

“Kuning bayi 11mg/dL dan berat 3.42KG ”

Syukur Alhamdulillah, saya lega sebab bayi ada kenaikan berat badan walaupun tahap kuning juga naik bersama.

Seterusnya kami perlu ke klinik selang sehari. Berat badan bayi semakin meningkat namun tahap kuning juga meningkat sehingga hari ke-14 selepas kelahiran.

Prolong Jaundice

Daripada terlebih yakin yang anak saya tak kuning seperti yang lain, rupa-rupanya Allah hadiahkan anak yang prolong jaundice kali ini. Ia keadaan di mana paras bilirubin dalam darah masih belum normal selepas 14 hari untuk bayi yang lahir cukup bulan (usia kandungan 37 miggu ke atas), dan 21 hari untuk bayi pramatang.

Selepas tempoh 14 hari sekiranya masih belum di paras normal, ujian darah akan dibuat dari salur darah vena, bukan lagi kapilari seperti tempoh hari.

Akhirnya bayi kami didiscaj dari pemeriksaan kuning pada hari ke 22 kelahiran dengan tahap 6.4mg/dL dan berat 3.86 KG.

Cara Turunkan Kuning Bayi Yang Boleh Diamalkan

Ini adalah pengalaman pertama kami berhadapan dengan bayi kuning selepas 8 tahun menjadi ibu dan bapa. Disebabkan ini perkara baru buat kami, banyaklah bacaan dan eksperimen sendiri.

Kalau ikutkan banyak juga petua dan pendapat orang dulu-dulu untuk turunkan kuning bayi antaranya,

  • Mandikan bayi dengan daun teh
  • Berikan anggur hitam

Namun, sebolehnya elakkan dari berikan apa-apa makanan atau minuman kepada bayi secara terus kerana usus mereka belum matang. Untuk berikan khasiat kepada bayi, ibu boleh makan makanan tersebut supaya bayi tetap dapat khasiat melalui susu badan.

Bertenang

Sekiranya bayi didapati kuning, ibu bapa tak perlu panik. Bertenang kerana ia adalah keadaan yang biasa bagi bayi yang baru lahir. Elakkan dari memendam rasa agar tidak tertekan dalam pantang dan proses penyembuhan.

Memang penat sedikit untuk ulang alik ke klinik. Jika tak mampu buat sendiri, biasakan diri untuk minta tolong kerana ia akan mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Letak bayi di tempat yang terang

Petua orang dulu-dulu untuk jemur bayi yang kening setiap pagi. Saya sendiri masih ingat waktu ibu melahirkan adik bongsu dengan masalah kuning, setiap pagi akan dijemur. Tapi sekarang ni bila jumpa doktor, ibu bapa akan dinasihatkan supaya jangan jemur.

Jemur bayi kuning

Rupanya ada dalam kajian tentang pendedahan bayi pada matahari dapat mengurangkan tahap kuning. Namun memadai di ruang terang, bukannya di bawah panas terik matahari.

Susukan bayi dengan kerap

Bayi kuning perlu disusukan dengan kerap untuk memudahkan kuning (bilirubin) dirembeskan melalui najis. Semakin kerap bayi buang air besar, semakin berkuranglah kuning bayi.

Sekiranya menyusukan dengan susu badan, kejut bayi untuk minum dengan kerap serta pam susu selepas menyusukan untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu badan.

Pam susu secara berkala

Saya pam susu setiap 3 jam dan selepas bayi minum secara terus untuk memastikan payudara kosong dan akan beri signal kepada otak supaya tambahkan pengeluaran.

Vitamin untuk menggalakkan pengeluaran susu badan
Sukat susu yang diberikan

Selain masalah bayi kuning, cabaran buat saya sebab beratnya juga berkurang.

Solusinya, saya perlu beri susu dalam botol sebanyak 3oz setiap kali penyusuan untuk memastikan bayi dapat cukup susu. Syukur Alhamdulillah sebab bayi saya tak alami nipple confusion. Sejak dari situlah bermula berat bayi naik dengan baik.

Tidak memakan herba

Ibu yang baru bersalin kebiasaannya akan mengamalkan makanan seperti lada hitam dan pelbagai jamu. Bagi yang menyusukan bayi, jamu dan herba tidak boleh diamalkan selagi  bayi masih kuning. Ini bagi menjaga fungsi hati bayi untuk membuang bilirubin.

Amalkan vitamin untuk kualiti susu ibu

Apa yang ibu makan akan mempengaruhi kualiti susu badan. Saya amalkan vitamin harian untuk beri khasiat pada kesihatan bayi. Vitamin akan meningkatkan ketahanan badan bayi untuk melawan jangkitan kuman.

Ibu juga perlu dapatkan khasiat vitamin untuk tenaga dan mempecepatkan pemulihan badan.

Yang saya amalkan sejak bersalin anak kedua, vitamin kesihatan ibu berpantang

Dalam proses untuk pastikan kuning bayi turun di tahap yang normal, ibu perlukan sokongan yang moral dari suami dan ahli keluarga. Selain itu bagi yang menyusu dengan susu badan pastikan untuk dapat nutrisi dari pemakanan dan amalkan vitamin harian untuk membantu pemulihan badan.

Nina Salleh| Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: