Menu

5 Petua Hamil dengan Cepat, Mudah Dan Praktikal

Rezeki saya dapat hamil cepat walaupun haid tak teratur dan berterabur. Tahun 2012 bulan Ogos saya berkahwin, kemudian pada tahun 2013 bulan November saya bersalin anak pertama. Syukur Alhamdulillah. Semuanya dari rezeki dan rahmat dari Allah yang beri saya mengandung awal.

Masa tu orang sekeliling kebanyakan terkejut sebab haid saya tak teratur tapi hamil dengan cepat. Masalah kitaran haid saya yang terganggu kadang-kadang 3 bulan atau 6 bulan dan memang tak boleh jangka punya kitaran haid.

Tahun 2021 dikurnikan anugerah terindah nombor 4, Alhamdulillah

Teringat lagi momen buat ujian air kencing untuk kehamilan, bila naik dua garis tanda positif pada urine pregnancy test (UPT) saya terus terlompat dan terjerit dari bilik air panggil suami.

“Sayang, cuba tengok ni!”,

satu blok rumah pun dengar jeritan saya memanggil suami.

Waktu tu saya seperti ada kat dunia yang lain. Jantung berdegup laju bagai nak luruh, kaki macam tak jejak ke lantai dan tangan terketar-ketar sambil hulur UPT kepada suami. Kami saling berpelukan dengan mulut tak henti-henti ucap “Alhamdullillah”.

Saya doakan rakan-rakan dan para isteri mahupun ibu yang sedang menunggu dan usaha untuk hamil agar dapat melalui momen ini.

Petua Hamil dengan Cepat dan Mudah

Sejujurnya saya pun tak jangka akan dapat mengandung secepat itu memandangkan kitaran haid saya yang caca merba sejak dari sebelum kahwin. Walaupun orang kata lepas kahwin kitran haid akan normal, namun ia tidak begitu dalam kes saya. Kekal caca merba dan boleh kira dengan jari berapa kali saya period dalam satu tahun. Mungkin 2 atu 3 kali sahaja. Namun, siapalah saya untuk menidakkan kerja Tuhan, kalau dikata “Jadi” maka jadilah ia.

Namun, ini 5 petua yang pasangan berkahwin boleh lakukan dalam usaha untuk hamil dengan cepat dan mudah.

1. Ketahui waktu dan tanda subur

Salah satu cara untuk hamil dengan cepat ialah ambil tahu waktu subur. Waktu subur ialah waktu di mana telur dilepaskan dari ovari dan akan berlaku persenyawaan sekiranya ada sperma dirembeskan ke dalam rahim.

Waktu subur ialah masa terbaik untuk bersama dengan suami bagi meningkatkan kadar persenyawaan antara telur dan sperma.

Melalui kitaran haid

Kitaran haid bermakna bilangan hari dari tarikh pertama haid sehingga hari haid yang seterusnya. Sekiranya jumlah antara hari pertama hingga hari seterusnya ialah 28 hari, kitaran haid ialah 28 hari. Hari subur ialah hari pertengahan kitaran haid iaitu pada hari ke14.

Contoh kitaran haid yang biasa

Dengan mengetahui kitaran haid, maka lebih mudah untuk mengira hari dan waktu subur. Untuk hamil dengan cepat, catat dan dapatkan kitaran haid diri sendiri.

Melalui perubahan pada keputihan

Waktu subur juga boleh dikenalpasti melalui perubahan pada cecair atau lendiran yang keluar dari vagina. Sewaktu subur, cecair ini akan lebih licin seakan-akan putih telur. Berbeza dengan keputihan, ia tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan. Cecair ini yang akan membawa dan melindungi sperma untuk bersenyawa dengan telur di dalam rahim.

2. Dapatkan berat badan ideal

Untuk kebarangkalian hamil yang lebih tinggi dan cepat, berat badan juga mainkan peranan.

Berat badan yang berlebihan bukan saja boleh menyebabkan obesiti, malah akan menurunkan kadar kesuburan wanita. Dari segi kesuburan, ia akan menyebabkan gangguan hormon dan masalah ovulasi (pengeluaran telur) serta berkait rapat dengan msalah polycystic ovary sydrome (PCOS).

Berat badan yang ideal boleh dikira dengan mengetahui berat badan dan tinggi atau terus masukkan butiran di kalkulator body mass index (BMI) di sini.

Rujukan untuk berat badan mengikut BMI

Usahakanlah untuk dapat berat badan ideal suami dan isteri bagi mempersiapkan diri untuk terima orang baru. Sekiranya hamil dalam keadaan berat badan berlebihan juga akan meningkatkan risiko masalah kesihatan pada ibu dan bayi nanti. Ramai juga yang hamil selepas ikhtiar turunkan berat badan dengan kaedah fat burning machine.

3. Jaga pemakanan harian

Walapun ramai yang tak perasan dan mugkin tak cakna, tapi untuk hamil dengan cepat perlu jaga pemakanan harian.

Apa yang kita makan serta nutrisi yang ada dalam makanan akan membentuk tubuh badan kita. Jadi amalkan pemakanan yang berkhasiat sebagai salah satu persediaan untuk cepat hamil.

Elakkan dan kurangkan pengambilan gula dari karbohidrat
  1. Kalau sebelum ini kerap makan fast-food, ubah pula kepada makanan yang lebih sihat iaitu hidangan yang lengkap dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

  2. Serta kurangkan makanan yang tinggi gula. Makanan tinggi gula termasuklah biskut “tawar” dan roti “putih”.

  3. Kurangkan juga minuman yang berkafein dan bergas. Lebihkan air kosong dengan setiap hari.

    Lebihkan makanan yang sihat begini

4. Amalkan vitamin untuk kesuburan wanita

Selain dari perkara di atas, bagi mereka yang ingin hamil cepat perlu lengkapkan nutrisi untuk tubuh badan. Dari makanan harian mungkin dapat kenyangkan perut, tetapi dengan vitamin nutrisi yang badan perlukan akan dilengkapkan.

Hamil selepas amalkan nutrisi kesihatan

Antara vitamin yang perlu diamalkan untuk kesuburan wanita ialah:

Kesemuanya untuk kesihatan dalaman wanita. Lebih mudah kesemua vitamin ini boleh didapati dalam set hamil Shaklee. Ia seeloknya diamalkan secara konsisten seawal 3 bulan sebelum merancang untuk hamil.

5. Kawal tekanan dan emosi

Mungkin ramai terlepas pandang hal emosi bila nak hamil dengan cepat. Keadaan yang memberi tekanan emosi kepada pasangan suami isteri akan menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Tidak dinafikan keadaan tertekan pasangan berkahwin dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, tidak terkecuali soalan-soalan merobek hari dari orang sekeliling seperti:

“Taknak anak ke?”

Yang pastinya bukan memberi jalan penyelesaian, malah hanya akan menambah beban.

Di zaman serba canggih pula kadang-kadang hati boleh terusik bila tengok rakan-rakan dengan pasangan serta anak masing-masing sosial media. Maka pilihlah untuk mengasingkan diri dari media sosial untuk beberapa hari dan lakukan aktiviti untuk bahagiakan diri sendiri dan pasangan sahaja.

Sentiasalah cari jalan untuk kawal tekanan dan emosi bersama pasangan.

Serah segala kepada Dia Yang Maha Tahu

Selain dari 5 perkara di atas, untuk hamil dengan cepat letaklah sebulat-bulat urusan kita kepada Yang Maha Memberi Rezeki kerana Dia juga Yang Maha Mengetahui bila waktu yang terbaik dan apa pun jua rancangan kita, sesungguhnya Dia Maha Merancang. Amalkan doa ini setiap hari dan ketika.

Doa saya agar kalian yang sedang berusaha untuk dapat zuriat dan hamil dengan cepat, dimudahkan serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dimudahkan urusan kelahiran serta seterusnya.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: