Menu

8 Manfaat Polifenol dalam Vivix dan Res-V Shaklee

Kan seronok kalau ada satu bahan yang boleh diamalkan dan boleh mencegah dari penyakit. Terutama penyakit yang ramai orang akan seram seperti kanser atau penyakit autoimun. Itulah kita sebagai manusia memang mampu usaha saja.

Selebihnya ketentuan dari Dia.

Bahan Penawar Untuk Penyakit

Sebenarnya memang ada pun bahan ni nama dia polifenol. Maha Kaya Allah swt yang cipta semua di sekeliling kita saling memerlukan. Sebelum ni saya pun tak faham apa yang bagus sangat dengan polifenol ni. Saya tahu antara bahan lain yang kaya dengan kandungan polifenol ialah buah anggur dan red wine. Tapi sebagai orang Islam, red wine (arak) ni haram untuk diminum.

vivix res-v penawar kanser
banyak manfaat resveratrol

Alternatif kepada red wine, Vivix dan Res-V Shaklee adalah pilihan yang halal lagi baik sebagai makanan tambahan yang mengandungi berganda-ganda lebih banyak polifenol berbanding red wine. Kategori polifenol terbaik ialah resveratrol dan ia terkandung dalam bahan yang ada dalam Vivix Res-V Shaklee dan terbukti dapat mencegah penyakit.

penawar kanser Vivix resv Shaklee
Banyak jimat kalau minum Vivix Shaklee heee

Rupanya ada kajian yang mendapati kalau amalkan polifenol setiap hari dapat mencegah atau mengurangkan dari risiko penyakit. Tak sangka sebab polifenol yang terbukti dalam banyak kajian boleh jadi penawar kanser ni juga tinggi kandungannya dalam Vivix dan Res-V Shaklee.

Polifenol ialah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia memberikan buah-buahan, buah beri dan sayuran warna terang yang pelbagai. Polifenol telah dikaji secara meluas dan mendapati ia memberikan kesan yang baik untuk kesihatan.

Kalau Vitamin C di mana-mana pun boleh dapat walaupun tak sama kualiti dengan Vita-C Plus Shaklee.

Tetapi untuk dapatkan kualiti polifenol yang seumpama Vivix dan Res-V Shaklee adalah mustahil. Kualiti polifenol seperti yang ada dalam Vivix dan Res-V Shaklee sebagai penawar kanser hanya ada di sini sebab  ia sudah dipatenkan, formula dan bahan ini hanya untuk Shaklee sahaja.

resvvix shaklee
Gabungan polifenol resveratrol hanya di Shaklee

Polifenol sudah terbukti dengan kajian klinikal banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Seeloknya amalkan sewaktu badan masih sihat.

Bahan dalam Setiap Sofgel Res-V

Formula saintifik untuk menyokong kesihatan umum dan mengekalkan keremajaan serta hidup yang lebih bersemangat. Ia adalah:

  • Semula Jadi
  • Dicipta seiring dengan kemajuan saintifik
  • Penghasilan berdasarkan kajian klinikal kebaikan polifenol untuk tubuh badan
  • Disokong Oleh 6 Paten
  • Mengandungi Spektrum Polifenol Yang Luas
  • Buatan Amerika Syarikat
  • Diperakui halal oleh badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Campuran Tumbuhan Istimewa hanya untuk Res-V Shaklee

Ramuan yang digunakan untuk menghasilkan Res-V, suplemen kesihatan yang tinggi dengan polifenol dari jenis resveratrol ini, telah dikaji dan dibuktikan dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

1) Anggur muscadine

Dalam banyak kajian anggur muscadine dikenali sebagai super fruit atas sebab manfaatnya yang banyak untuk kesihatan. Ia mengandungi antioksidan dan kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi.

resveratrol malaysia
Buah anggur istimewa lebih tahan dan banyak manfaat tapi harga pun tak murah. Lebih senang makan Res-V

Dengan kepekatan polifenol yang tinggi ini, ia bertindak mengurangkan keradangan serta melindungi badan dari penyakit.

2)Japanese Knotweed

Mengandungi polifenol utama iaitu resveratrol. Banyak manfaat resveratrol untuk kesihatan antaranya:

  • Mengurangkan keradangan
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Melindungi saraf dari kerosakan
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Mengawal dari penyakit jantung
  • Mengawal dari penyakit obesiti, alzheimer’s dan kencing manis

Resveratrol didapati mempunyai sifat anti kanser dalam peringkat permulaan tumor, sewaktu pembahagian sel tumor serta progres setiap tahap kanser.

3)Lobak Ungu

Kaya dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C.

bahan resv shaklee
Tumbuhan yang kaya dengan polifenol

4)Chebulic Myrobalan (Buah kaduka)

Dikenali sebagai Raja Ayurveda atau Haritaki, ia memberikan manfaat terapeutik yang luar biasa.

Buah ini juga tinggi dengan polifenol iaitu asid gallik dan asid elagik.

Selain untuk kulit, chebulic myrobalan ini sangat besar manfaatnya untuk kesihatan sistem pencernaan.

5) Buah Delima

Kaya dengan nutrien penting iaitu elagitanin, asid elagik dan flavonoid.

6) Anggur Hitam

Kaya dengan polifenol dan vitamin c yang tinggi dengan antioksidan untuk melindungi sel badan

7) Hampas anggur dan anggur merah

Polifenol seperti proantocyanidin yang tinggi dalam buah ini untuk sifat antiokasidan yang hebat.

Fungsi Polifenol Dalam Kesihatan Tubuh Badan

1.Kulit Sihat

Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

2.Peredaran Darah yang Sihat

Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).

3.Tahap Gula Yang Sihat

Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.

vivix shaklee
Manfaat Polifenol yang ada dalam Vivix ResV

4.Menyokong Detoks Yang Berkesan

Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.

5.Fungsi Otak Yang Sihat

Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.

6.Meningkatkan Tenaga Dan Kekuatan

Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.

7.Perkembangan Sel Yang Sihat

Polifenol adalah salah satu daripada sebatian mengaktifkan pertumbuhan sel yang sihat kerana ia dipercayai boleh menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel malignan.

8.Memeliharan dan Menyokong Kesihatan Sendi

Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.

vivix shaklee installment
Pembayaran ansuran selama 6 bulan diterima

Untuk kesihatan lebih baik dan menyeluruh, mulakan setiap hari dengan Res-V dan Vivix Shaklee. Nikmati promosi hingga 10% bulan Jun 2023. Dapatkan dari Pengedar Shaklee Ampang.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: