Hari tu masa puasa memang teringin sangat nasi arab. Kali ni rasa macam nak makan air tangan sendiri. Jadi inilah hasilnya, tanpa guna perencah segera atau pes. Resepi versi asal di sini. Saya ubah kuantiti hidangan dan ada bahan yang tak ada, jadi saya gantikan dengan apa yang ada di rumah sahaja.
Ini cara memasak Nasi Arab Hadramawt
Resepi untuk 5 cawan beras, dan 1 ekor ayam. Kalau nak lebih, cuma gandakan sahaja. Kena rancang awal-awal berapa cawan beras sebab air untuk mula memasak bergantung dengan berapa cawan beras. Setiap 1 cawan beras perlukan 2 cawan air.
Bahan-bahan Nasi Arab Hadramawt:
- 10 cawan air
- 5 cawan beras Basmathi
- 1 ekor ayam, potong 4
- 1 biji bawang besar Holland
Rempah buat dua set, untuk air rebusan ayam dan nasi
- 1/2 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan putih, 1/2 sudu kecil lada hitam, 5 biji buah pelaga, 3 helai bay leaves, 3 batang kulit kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih.
- Garam
- 1 sudu besar serbuk zhaffaran (boleh guna pewarna kuning)
- 1/2 penutup pewarana merah
- Minyak masak
Bahan-bahan untuk sos (salatoh)
- 10 biji Tomato
- 5 biji lada hijau
- 1 labu bawang putih
- 1 sudu kecil garam
- 50ml air
Cara-cara untuk memasak Nasi Arab Hadhramawt
Selamat mencuba.
Nina Salleh | Empowering moms