Cuti sekolah kali ni saya bagi anak-anak pengalaman baru, merasa bermalam dan bercuti di rumah ala-ala kampung di tepi sungai. Dah lama saya berniat nak bagi anak-anak rasa macam ni.

Walaupun tak sama macam kampung asal saya, tapi ada lah āvibesā tu. Bukan dalam selesa yang ada aircond macam duduk hotel, itulah pengalaman mahal yang anak perlu rasa sekurang-kurangnya sekali.

Tapi sebenarnya lepas habis bercuti di sini, saya rancang untuk cari banyak lagi tempat bercuti ala kampung begini.
Pakej Rumah Penginapan
Istimewa rumah ni untuk setiap hari bermalam, akan disediakan sarapan pagi dan makan tengahari.

Untuk makan tengahari, semuanya lauk kampung boleh pilih antara ikan keli, kembung atau talapia. Gabungan pula sayur lemak pucuk paku, sayur lemak labu dan sayur lemak bayam. Itulah gabungan sempurna menu orang-orang kampung.

MasyaAllah sedap tak terkata!
Tempahan Rumah untuk Bercuti di Tepi Sungai
Saya booking bilik ni seminggu sebelum kami datang sini. Bilik kat sini tak banyak unit, tapi kawasan memang kawasan kampung.

Jadi bila datang sini, jangan lah expect semuanya disambut dengan aircond dan ada yang mengangkat beg.

Kena harung naik turun tangga dengan bawa bag sendiri. Ada susahnya tapi berbaloi sangat, anak-anak pun boleh merasa.

Cara booking pula sangat mudah, hanya pergi laman sesawang rasmi rumah sungai, pilih tarikh, pilih rumah yang berkenaan kemudian terus buat bayaran.

Harga semuanya termasuk dengan sarapan 3 bungkus nasi lemak (boleh tambah dengan bayaran tambahan) dan makan tengahari mengikut set yang disediakan.
Aktiviti di Rumah Tepi Sungai
Sejujurnya saya sangat berpuas hati dengan pengalaman kami bercuti di tepi sungai ni.
Untuk hari kedua, saya pilih duduk dalam khemah. Untuk khemah ni, memang sah-sahla tandas di luar. Bagi anak-anak pengalaman, sebelum masuk ke campsite yang sebenar, itu pun dah lama masuk mimpi cuma belum tahu bila akan jadi realiti.

Dengan anak 4 orang ni saya memang suka, tapi sebab part renyah tu saya serahkan pada suami untuk uruskan, jadi bagi dia masaš¤£

Ada banyak kemudahan kat sini. Bebas nak memasak kalau bawa alatan semua. Itu yang saya kesal tu. Dah booking awal pun belum cukup bersediaš

Jadi yang mana sedang merancang untuk datang sini, bawa je periuk nasi dan dapur kecik yang macam ni boleh beli di sini, makanan simple serta ikan, ayam perap siap boleh berkelah ala-ala BBQ dengan keluarga. Jadi sangat seronok dan penuh dengan aktiviti.

Antara peralatan penting yang perlu ada ialah ubat nyamuk, mosquito repellent dan juga krim Herbal Blend . Kalau kena gigit nyamuk, sapu tu je insyaAllah cepat surut bengkak atau gatal.

Kat sini, ubat nyamuk yang gulung asap tu disediakan di khemah. Dalam bilik pula ada yang jenis spray.

Percutian dengan Pengalaman Baru
Waktu tengahari kalau nak duduk dalam bilik memang masak ye, sebab panas dengan atap zink. Meruap dan rasa macam sedang dikukus haha.

Tapi mujurnya kat sini bila terasa bahang panas boleh je terus berendam dalam sungai tu, memang menggeletor pulak sejuknya terasa sampai ke tulang sumsum.
Melawat Mini Amazon
Alang-alang dah kat Lenggong, kami ambik peluang naik bot pusing tasik. Ini Tasik Chenderoh asalnya limpahan dari Sungai Perak.

Tapi sekarang terkenal dengan nama Tasik Raban, atau Mini Amazon di Malaysia.

MasyaAllah cantik sangat ciptaan Allah swt ni, memang indah, tak terkata, lukisan alam ni menang mendekatkan kita dengan Dia.

Bot ni ada pakej untuk 1 bot penuh, boleh pilih 1 jam, 2 jam atau 3 jam. Banyak pakej yang ada. Kami pergi dengan pakcik ni, atas rekomendasi pemilik Rumah Sungai. Boleh terus berhubung dengan beliau.

Tasik Chenderoh adalah penting bagi kegiatan pelancongan, pengairan, perikanan air tawar dan penjanaan kuasa hidroelektrik.

Ia terbentuk dengan pembinaan Empangan Chenderoh, empangan pertama dibina di Malaysia sekitar tahun 1930, menjadi empangan terbesar Asia Tenggara pada ketika itu.

Empangan ni menampung 50 juta gelen air lalu membentuk sebuah tasik buatan manusia seluas 10 batu persegi.
Betolak Balik Ke Kuala Lumpur
Balik dari bersiar di tasik, kami jamu hidangan makan tengahari sebelum bertolak balik. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi dengan peralatan memasak, baru lah ada tambah lagi feel camping tuu.
Pengalaman dan perasaan mandi air sungai pagi hari memang takkan kami lupakan. Harap jadi memori indah untuk anak-anak.
Nina Salleh | Empowering moms