Teh Kurus Rasa Peach: Solusi Baru Untuk Mak-Mak Yang Dah Give Up Nak Turun Berat
“Saya bukan nak kurus sangat pun. Saya cuma nak sihat, tak nak cepat letih, dan nak badan ringan supaya boleh layan anak-anak dengan ceria.”
Kalau ini suara hati awak, ketahuilah awak tak bersendirian.

Ramai mak-mak pernah cuba turunkan berat. Sudah ikut diet, tahan makan, minum air detoks viral, macam-macam. Tapi akhirnya give up. Bila berat makin naik, kita bukan sekadar hilang keyakinan diri, malah kita mula risau.
Risau badan jadi tempat penyakit, kolesterol tinggi, darah tinggi, kencing manis… semuanya datang perlahan-lahan dan paling risau kalau kita sedar bila penyakit ini semua sudah teruk.
Tapi sekarang ada berita baik yang mana Shaklee bakal lancarkan satu teh istimewa yang sangat sesuai untuk mak-mak yang nak turunkan berat secara selamat, tanpa seksa iaitu satu cabang dari teh kurus Shaklee,
Cinch® Tea Mix Peach Summer – Minuman Botani Rasa Peach Yang Menyegarkan!

Apa Yang Buat Teh Ini Lain Dari Teh Viral Lain?
Berbeza dengan teh kurus biasa yang mungkin beri kesan terlalu kuat, atau mengandungi laksatif tersembunyi, Cinch Tea Peach Summer dari Shaklee dihasilkan dengan formulasi botani semulajadi dan standard keselamatan tinggi.
Yang paling best rasa peach dia sangat sedap dan menyegarkan! Minum waktu pagi, atau waktu petang penat layan anak, terus rasa lega dan bertenaga.

Dan bonus besar untuk mak-mak yang sedang kira kalori, teh kurus Shaklee ni hanya 15 kcal saja! Memang sesuai sangat untuk diet kalori defisit.
Bandingkan dengan air “handcrafted” di kafe popular yang mana satu cawan boleh cecah 100 kcal ke atas, tanpa kita sedar dan kita boleh hirup berkali kali tanpa rasa bersalah.
Dengan Cinch Tea Peach Summer ia akan membantu:
- Kurangkan pembentukan sel lemak yang baru
- Mengawal selera makan
- Bantu membakar lebih banyak kalori
- Meningkatkan penghasilan haba
Sangat sesuai untuk mak-mak yang sedang kira kalori atau amal diet suku-suku separuh.
Kebaikan Cinch Tea Peach Summer Untuk Ibu-Ibu:
1. Rasa sedap, tak pahit
Minuman teh biasanya pahit dan payau, tapi teh ini rasa peach yang sangat menyenangkan. Boleh bancuh dengan air sejuk, ais atau air suam.
2. Bantu tingkatkan metabolisma
Gabungan teh hijau matcha, rooibos teh merah dan teh putih, serta taurine dan bahan botani membantu tubuh membakar kalori dengan lebih efisien terutama bagi mereka yang jarang bersenam.
3. Kawal selera makan
Bila minum sebelum makan, ia bantu kita rasa lebih kenyang dan elak terlebih makan terutamanya makanan tinggi gula dan karbohidrat.
4. Tingkatkan tenaga tanpa kafein berlebihan
Bukan seperti kopi atau minuman tenaga, Cinch Tea memberi tenaga secara semulajadi tanpa buat jantung berdebar atau rasa panas.
5. Tiada laksatif, tiada kesan sampingan pelik
Banyak dan biasanya teh viral akan buat perut meragam. Tapi teh ini selamatb, tiada bahan yang paksa buang air besar dan tidak merosakkan sistem badan.
Siapa Yang Sesuai Minum Teh Ini?
- Ibu lepas bersalin yang nak mula turunkan berat dengan cara lembut dan konsisten
- Wanita yang nak kawal makan berlebihan tanpa stres
- Mak-mak yang cepat letih dan nak kekal bertenaga sepanjang hari
- Individu yang dah mula jaga pemakanan dan perlukan bantuan semulajadi untuk kawal selera
Kisah Benar: Dari Give Up Jadi Konsisten
“Dulu saya selalu minum air manis setiap petang sebab letih urus rumah. Tapi bila start ganti dengan Cinch Tea Peach Summer, craving tu hilang. Dan sedap sangat minum dengan ais! Rasa macam treat diri tapi tak rasa bersalah.” – Puan Izyan, ibu 2 anak

“Saya tengah amal kira kalori. Teh ni membantu sangat bila craving, cuma 15kcal je. Lepas dua minggu, baju pun rasa longgar sikit.” – Puan Mira, 34 tahun
Jadikan Pilihan Kecil Hari Ini Sebagai Titik Mula
Kadang-kadang mak-mak tak sempat buat semua. Tapi perubahan kecil yang konsisten boleh beri kesan besar untuk kesihatan dan tubuh badan. Cara paling mudah dan membantu untuk jaga kesihatan,
- Tukar air manis kepada teh botani sihat
- Pilih minuman 15 kcal berbanding minuman manis 100 kcal
- Kurangkan craving, kawal makan tanpa stres
Lama-lama, badan mula ringan, tenaga makin stabil, dan keyakinan diri pun datang semula.
Nak Jadi Yang Terawal Cuba Cinch Tea Peach Summer?
Cinch Tea Peach Summer bakal dilancarkan Ogos 2025. Tapi awak boleh pre-order lebih awal, dan jadi antara yang pertama rasa sendiri kehebatan teh botani ini.
Saya juga akan bantu awak dengan:
- Cara bancuh dan masa minum terbaik
- Tips kawal selera dan kurus secara sihat
- Kelas eksklusif percuma tentang pemakanan sihat
Klik sini untuk jadi yang terawal cuba dan rasai kesedapan Cinch Tea Peach Summer ni.
Buat mak-mak macam saya, kita semua pernah penat dan give up.

Tapi tak salah untuk mula semula. Dan kadang, yang kita perlukan bukan ‘kurus’ semata, tapi tenaga, kesihatan dan keyakinan diri untuk terus kuat.
Cinch Tea Peach Summer bukan air magik, tapi formula yang disokong oleh kajian sains ini boleh jadi kawan baik yang temankan perjalanan sihat awak. Satu cawan, satu hari, satu perubahan kecil pada satu-satu masa.
Nina Salleh | Mak Sihat Mak Ceria