Hari tu jumpa dengan kawan dari zaman sekolah, sekarang dia dah ada 3 orang anak semuanya lelaki. Saja saya berseloroh tanya, bila nak tambah lagi. Dia jawab memang dah tak nak dan tak ada perancangan untuk tambah anak sebab pengalaman mengandung beliau sangat mengerikan.
Katanya hampir 4 bulan pertama beliau akan alahan dan jadi macam mayat hidup. itulah bahagian masing-masing. Pengalaman mengandung ni un salah satu rahsia. Dia macam satu kejutan yang kita tak tahu macam mana kehamilan yang kita akan hadapi.
Syukurnya saya mengandung 4 kali dan tak ada alahan yang sangat teruk. Alhamdulillah. Itu satu rezeki, selain daripada amalkan vitamin ibu mengandung waktu mengandung anak ketiga dan keempat.
Rahsia Bertenaga sewaktu hamil
Teringat waktu pergi trip ke Eropah menaiki kapal cruise tahun 2018, saya sebilik dengan rakan yang mengandung 4 bulan waktu tu. Kapal yang kami naiki akan berlabuh di bandar tertentu. Jadi ada hari-hari yang kami perlu berjalan hampir 10 kilometer, demi pemandangan cantik dan nak tengok satu-satu budaya.
Kawan yang ini benar-benar bertenaga dan tak macam mengandung pun. Rupanya mereka sama-sama amalkan vitamin untuk ibu mengandung dari set hamil Shaklee.
Vitamin Untuk Ibu Mengandung
6 Nutrisi lengkap dalam Set Hamil Shaklee
Tak macam ibu hamil lain, kawan-kawan yang ikut trip ni tak ada masalah sakit badan dan kejang kaki pun. Kalau ikutkan memang jauh berjalan setiap hari. Boleh jadi disebabkan oleh nutrisi yang badan perlukan dicukupkan dengan set hamil Shaklee. Sebab itulah yang mengandung pun kekal cergas. Betapa penting nya nutrisi yang lengkap untuk orang biasa, inikan pula ibu mengandung.
1. Protein Soya Organik
Melalui set hamil Shaklee, protein yang sihat akan diperolehi dari soya organik, rendah lemak dan tanpa pemanis tiruan iaitu Energizing Soy Protein (ESP). Berbeza dengan protein dari sumber ayam atau daging ada kandungan lemak dan kolesterol yang tidak dapat disingkirkan.
Dengan rasa vanila, lemak berkrim, ESP ia sangat sesuai untuk dibancuh dengan air kosong sahaja. Ia mengandungi protein yang lengkap untuk kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan.
Antara kebaikan protein soya ESP untuk ibu mengandung adalah:
- Menguatkan otot rahim untuk menampung bayi yang semakin membesar.
- Bantu pembentukan bayi dengan pertumbuhan sel-sel baru, seterusnya menghasilkan tisu dan organ yang sihat.
- Membantu kurangkan kesan stretch marks akibat perut ibu yang membesar seiring dengan pertambahan saiz rahim
- Membekalkan tenaga segera dan berpanjangan untuk ibu hamil
2. Vitamin C
Vitamin C diperlukan untuk menguatkan imun sistem ibu yang rendah (supressed) ketika hamil. Ia juga membantu penyerapan zat besi ke dalam salur darah yang diperlukan untuk membekalkan oksigen secukupnya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Sustained Release Vita-C Plus mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang dipatenkan. Ini untuk mengelakkan pembaziran dan dibuang melalui air kencing.
Vitamin C juga sangat penting ketika hamil untuk:
- Menguatkan gusi dan tulang.
- Menguatkan saluran darah.
- Membantu proses pertambahan sel darah merah bagi menampung keperluan isipadu darah ibu hamil yang meningkat.
3. Vitamin B
Ibu hamil memerlukan vitamin B yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan untuk mengelakkan penyakit saraf seperti spina bifida dan anencephaly. Kesemua 8 jenis vitamin B terdapat dalam B Complex Shaklee iaitu:
- B1 (thiamin)
- B2 (riboflavin)
- B3 (niacin)
- B5 (pantothenic acid)
- B6 (pyridoxine)
- B7 (biotin)
- B9 (folate)
- B12 (cobalamine)
B complex Shaklee juga akan menukarkan makanan kepada tenaga dengan berkesan. Ini akan mengurangkan masalah cepat penat dan letih ibu hamil selain daripada memastikan badan berfungsi dengan baik.
4. Multivitamin
Membekalkan vitamin dan mineral yang badan perlukan. Ia merapatkan jurang nutrisi bagi fungsi badan yang optimum.
Vitalea Iron ialah multivitamin Shaklee dengan zat besi yang penting untuk ibu hamil. Kekurangan zat besi dalam darah akan meningkatkan risiko komplikasi sewaktu mengandung dan bersalin.
Selain itu, zat besi akan memastikan hemoglobin ibu mengandung pada paras yang disarankan iaitu melebihi 11g/dL. Ia membantu mengelakkan masalah anemia sewaktu hamil dan juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang.
5. Omega-3
Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak,saraf, mata dan organ lain yang sempurna.
Tidak seperti minyak ikan biasa di pasaran, Omega Guard melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali bagi memastikan kualiti omega-3 adalah pada tahap yang terbaik dan bebas merkuri yang sering didapati pada ikan laut dalam.
Asid lemak omega-3 akan membantu untuk:
- Mengurangkan keradangan
- Pengaliran darah yang baik
- Membekalkan EPA dan DHA bagi perkembangan otak bayi dalam kandungan.
6. Kalsium
Sewaktu mengandung, bayi dalam kandungan akan menarik kalisum daripada ibu hamil bagi pembentukan tulang. Sebab itu pengambilan kalsium yang cukup sangat diperlukan oleh ibu hamil.
Pengambilan kalsium akan memastikan:
- Pembentukan tulang dan fungsi saraf yang sihat
- Mengurangkan masalah kejang kaki ibu hamil
Kalsium dalam Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan magnesium, vitamin D dan boron untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan ke dalam darah.
Dengan set mengandung Shaklee, ibu-ibu dapat mencipta memori indah semasa mengandung. Dapatklan vitamin untuk ibu mengandung semulajadi dan selamat daripada Pengedar Shaklee Ampang untuk pengalaman mengandung yang indah.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang