Polifenol adalah sebatian tumbuhan yang terkenal dengan sifat antioksidan dan anti-radang mereka. Dalam banyak kajian, polifenol boleh berfungsi sebagai alternatif untuk turunkan paras gula dalam darah. Ia akan memberi manfaat juga buat pesakit kencing manis dengan mengurangkan komplikasi.
Bagaimana Polifenol Turunkan Gula Dalam Darah
1. Meningkatkan Sensitiviti Insulin:
Polifenol boleh meningkatkan sensitiviti insulin, keadaan yang penting untuk pengangkutan glukosa ke dalam sel. Bila insulin lebih sensitif, keadaan ini akan turunkan paras gula dalam darah.
Ini membantu sel-sel badan menggunakan glukosa dengan lebih efektif, seterusnya mengawal keterukan untuk pesakit kencing manis.
2. Mengurangkan Rintangan Insulin:
Polifenol dapat membantu mengurangkan rintangan insulin, keadaan di mana badan tidak bertindak balas dengan baik kepada insulin. Ini mengurangkan beban pada pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.
3.Turunkan Paras Gula dalam Darah:
Apabila insulin lebih sensitif, paras glukosa dalam darah akan lebih terkawal dan dapat elakkan keadaan banjir gula.
4. Kesan Antioksidan:
Dengan mengurangkan tekanan oksidatif, polifenol boleh melindungi sel-sel pankreas daripada kerosakan dan mengekalkan fungsinya dalam menghasilkan insulin.
5. Mengurangkan Risiko Komplikasi:
Polifenol boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi berkaitan diabetes, seperti masalah kardiovaskular, dengan melindungi salur darah dan mengurangkan keradangan.
Apakah Cara Untuk Dapatkan Polifenol
Polifenol merupakan sebatian bioaktif yang ditemui dalam pelbagai makanan tumbuhan dan diketahui memberikan manfaat kesihatan melalui sifat antioksidan dan anti-radangnya.
Antara sumber makanan yang tinggi dengan polifenol:
1. Anggur Muscadine
Selain mengandung resveratrol, anggur Muscadine kaya dengan asid ellagik dan proantosianidin serta semua spektrum polifenol. Ini menjadikannya sumber polifenol yang kuat dan jarang ditemui.
2. Teh:
Terutama teh hijau dan teh hitam, kedua-duanya mengandungi katekin dan flavonoid yang menyumbang kepada manfaat kesihatan seperti meningkatkan metabolisme dan fungsi jantung.
3. Kakao:
Sumber flavonoid yang tinggi, terutama dalam coklat gelap, membantu meningkatkan mood dan kesihatan kardiovaskular.
4. Buah Beri:
Strawberi, blueberry, dan raspberry kaya dengan antosianin dan flavonol, memberikan manfaat antioksidan yang kuat.
5. Epal:
Terutama pada kulitnya, epal kaya dengan quercetin, sejenis flavonoid yang dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.
6. Kunyit:
Mengandungi kurkumin, yang mempunyai sifat anti-radang dan digunakan dalam pelbagai pengubatan tradisional.
7. Zaitun dan Minyak Zaitun:
Mengandungi hidroksitirosol dan oleuropein, yang baik untuk kesihatan jantung dan anti-inflamasi.
8. Kekacang:
Seperti walnut dan pecan, yang mengandungi flavonoid dan lignan yang penting untuk fungsi otak dan mengurangkan keradangan.
Kesemua ini ialah antara sumber yang tinggi dengan polifenol yang boleh turunkan gula dalam darah dan meningkatkan kesihatan secara umum.
Kelebihan Polifenol Dalam Anggur Muscadine
Anggur Muscadine terkenal mengandungi kandungan polifenol yang tinggi, menjadikannya salah satu sumber polifenol yang baik. Antara polifenol yang terkandung dalam anggur Muscadine termasuk:
1. Resveratrol:
Anggur Muscadine mengandungi resveratrol, sejenis polifenol yang terkenal dengan manfaat kesihatan jantung dan potensi antikanser. Resveratrol juga didapati membantu mengawal paras gula darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
2. Asid Ellagik:
Ini adalah polifenol lain yang terdapat dalam jumlah yang tinggi dalam anggur Muscadine. Asid ellagik dikenali kerana sifat antioksidan dan antiradang yang kuat, serta potensinya dalam menentang sel kanser.
3. Proantosianidin:
Sebatian ini juga ditemui dalam anggur Muscadine dan mempunyai sifat antioksidan yang boleh menyokong kesihatan keseluruhan dengan melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
4. Antosianin:
Sebatian ini memberi warna ungu atau hitam kepada anggur Muscadine dan juga mempunyai sifat antioksidan.
Anggur muscadine ialah buah yang mempunyai spektrum penuh polifenol. Ia adalah ciri yang jarang ditemui dalam tumbuhan lain.
Sumber Polifenol Dari Anggur Muscadine
Sumber polifenol yang diformulasikan dari bahan utama iaitu anggur muscadine, ada dalam Vivix Shaklee.
Vivix ialah minuman botani hasil campuran anggur muscadine dan 3 bahan lain. Ia memberikan manfaat antioksidan dan anti-penuaan yang dibuktikan dengan kajian sains.
Manfaat utama Vivix dari Shaklee yang dikaitkan dengan anggur Muscadine termasuk:
1. Sokongan Kesihatan di Peringkat Sel:
Vivix dirumus untuk menyokong kesihatan sel dengan melindungi dan membaiki sel-sel daripada kerosakan oksidatif.
2. Anti-penuaan:
Polifenol dalam anggur Muscadine, seperti resveratrol, terbukti dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan melindungi telomere dan menyokong proses pembaharuan sel.
3. Kesihatan Kardiovaskular:
Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, Vivix membantu mengekalkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan melindungi saluran darah daripada kerosakan.
4. Menstabilkan Gula dalam Darah:
Polifenol dalam Vivix juga dipercayai dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah, yang bermanfaat bagi individu yang menguruskan diabetes.
Vivix berfungsi terbaik apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup sihat dan lebih efektif bila digabungkan dengan diet untuk reverse insulin resistance.
Dapatkan Vivix untuk Kesihatan Di Sini
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang