Menu

Cara Mudah untuk Wean-off Susu Badan

Selamat berhujung minggu, salam Ramadhan ke-9, sedar tak sedar dah hampir 1/3 Ramadhan kita. Dan bulan mulia ni bakal pergi tak lama lagi. Self-checked, have we done our level best? Mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita. Namun sejauh mana kita bersedia hadapi hari yang pasti tersebut?
Sebak pulak..
Sebab mati tak kenal usia, sakit juga bukan syarat untuk mati. Semoga ini yang terbaik, sebab kita tak tahu akan jumpa lagi ke tidak Ramadhan yang seterusnya😊
cara wean off susu badan
Susah nak buat tapi kita cuba lah ye

Perjalanan Untuk Wean-Off Susu Badan

Hari ni saya nak berkongsi dengan rasa seronok, lega, teruja dan puas hati sebab Allah swt mudahkan jalan untuk wean-off susu badan bagi anak kedua,  Maryam Tihani.
cara w2ean off susu badan
Maryam dah besar
Ini Maryam, umur baru je 1 tahun 7 bulan. Tapi sebab dah mengandung, jadi saya pilih untuk wean-off susu badan walapun belum cecah 2 tahun umurnya. Lepas wean-off susu badan pun saya tak rancang nak beri Maryam minum susu botol. Maksudnya dia dah tak bergantung dengan susu formula lepas ni.

Plan saya sama dengan anak sulung, untuk beri sumber kalsium dari makanan pulak. Lagipun anak-anak memang senang makan. Sayur semua makan so far, tak ada masalah picky eater pun syukur sangat kan.

solat sunat aidiladha
Kenangan dengan Amanda, mengandungkan Maryam, selepas solat sunat AidilAdha di Sabah
Ingat lagi memang selalu doa, mintak supaya Allah swt mudahkan nak bagi anak makan sayur dan makanan berkhasiat. Minuman seperti milo, vitagen dan lain-lain memang saya hadkan. Susu kotak pun jarang-jarang beri, itu pun kalau Papa diorang bagi🙄
Kami memang selalu gaduh bab ni haha.
Cara saya nak wean-off susu badan ni bila dah tekad dan perlahan-lahan niatkan dalam hati. Bab ini ibu memang kena tegas dengan diri sendiri dan anak. Nanti kang mula lah tak sampai hati, sedih, pilu terus tak jadi wean-off. Sedar-sedar anak dah umur 4-5 tahun masih nak cari susu badan. Mintak jauh lah ye.
Cerita nak wean-off susu badan Maryam ni bermula semalam, lepas nekad sebab dah penat . Mak nak rehat jap sementara tunggu bulan 12 ni keluar yang ke-3😁

Alat Untuk Wean-Off Susu Badan

Disebabkan anak sulung memang secara tak sengaja wean-off susu badan, jadi anak kedua ni saya gamble sajalah. Bila saya Google, ada yang kata letak sirap bagi anak nampak macam darah. Tapi saya taknak sebab nanti habis la melekat warna merah tu.
Jadi saya pandai-pandai sendiri je, tapi tak sangka berkesan jugak cara ni untuk Maryam.
wean off susu badan
Bahan yang saya gunakan ialah serbuk kayu manis

Inilah senjata rahsia untuk saya wean-off susu badan tempoh hari. Kebetulan kat rumah ni memang ada serbuk, saya pakai Mccormick.

wean off dengan mudah
Saya biasa guna untuk memasak sup serbuk ni

Kalau ikutkan ada je paprika, rosemary dan macam-macam herba dalam bentuk serbuk. Tapi saya pilih kulit kayu manis rasanya lebih selamat untuk mak dan anak pun. Hehe

Cara saya Wean-off Susu Badan dengan Mudah

Kebetulan masa semalam, seharian Maryam tak menyusu langsung sampai pukul 3 petang, baru dia mintak nak minum susu.

Langkah 1

Waktu Maryam mintak susu, saya terus masuk ke dapur. Ambik sedikit serbuk kulit kayu manis, basahkan bahagian nipple dan areolar kemudian sapu serbuk kulit kayu manis ke sekeliling kawasan tersebut.
Masa Maryam dah bersedia nak minum susu, terus dia terjerit tengok sebab takut. Lagipun serbuk kulit kayu manis ni ada bau yang tak menyenangkan untuk sesetengah orang kan.

Langkah 2

Lepas tu, Maryam mintak lagi nak minum susu. Saya ulang lagi buat macam tadi. Sampai la waktu tidur malam dia tertidur tanpa minum susu badan.

Langkah 3

Dalam pukul 4 pagi, iaitu waktu biasa minum susu, Maryam terjaga nak minum susu. Saya cepat-cepatlah buat ulang lagi langkah 1. Buka dan tunjuk kat Maryam, memang dia menangis sikit, tapi lepas tu tertidur sendiri😁
Alhamdulillah keesokan hari, Maryam dah tak minta untuk minum susu. Andai kata dia nak susu lagi, ulang lagi langkah 1. Ada anak yang mudah, ada yang perlukan 2-3 hari untuk betul-betul terima hakikat. Yang penting, ibu pun kena tegas dengan anak dan diri sendiri.
Sampai saat sekarang, dia tak mintak lagi susu. Maka tamatlah penyusuan susu badan untuk anak kedua saya.

Senjata Utama ialah Doa

Peringatan untuk diri Nina sendiri jugak. Kita ibu, doa kita untuk anak tak ada hijab.
Jadi, berdoa lah.
Cara mudah wean-off susu, wean-off pampers, mudah makan sayur, mintak pada Allah swt. Guna la kelebihan yang Allah swt bagi pada ibu iaitu doa sebagai senjata tanpa hijab. Allah swt akan kabulkan doa ibu, begitu sekali Allah swt muliakan doa ibu. Itu yang syok boleh doa macam-macam, jangan malu untuk mintak dengan spesifik.
cara wean opff susu badan
Lega sebab dah bebas nak dari menyusu badan
Masa anak pertama, Amanda, dulu pun umur lebih kurang Maryam waktu wean-off susu badan sebab mengandung. Tapi Amanda ada minum susu botol jugak kejap sebab masa tu saya sendiri kurang ilmu dan terikut orang. Biasalah orang kita ni bila anak tak cukup 2 tahun, katanya wajib beri susu. Sedangkan dah tak perlu lagi susu botol bila anak-anak dah boleh makan.
Masa wean-off susu badan untuk Amanda lagi senang, tak perlu sapu apa-apa pada susu badan. Kebetulan masa tu Amanda balik KL, dan saya berkerja di Sabah. Amanda balik bercuti dengan papa selama seminggu. Lepas tu automatik wean-off susu badan😁

Yakin Anak Cukup Makan Tanpa Susu

Sebenarnya, selepas dah wean-off susu badan, anak-anak dah tak perlukan susu formula lagi. Kalau bayi dah 2 tahun atau 1 tahun setengah, cukup dengan nutrisi dari pemakanan. Lagipun sudah selamat wean-off susu badan, lepas ni nak kena wean-off susu botol. Kan dah jadi dua kali kerja hehe.
Saya dah tengok ramai juga sekeliling bila anak dah kenyang dengan minum susu botol, mereka akan jadi kurang rasa nak makan nasi atau makanan lain.
Apa yang saya amalkan, waktu anak lapar setiap pagi, terus bagi nasi atau makanan yang ibu berkhasiat untuk anak. Bukan jajan atau biskut.
cara tambah selera makan anak
Susu ni je lah kalau anak-anak minum

Ini je lah susu yang saya beri untuk anak-aank selepas wean-off. Dalam Mealshakes ni ada vitamin dan mineral, yang badan anak perlukan. Saya bagi satu cawan sahaja setiap pagi.

Selain jadi minuman sihat, Mealshakes ni membantu melawaskan usus anak-anak. Jadi tak risau anak sembelit kalau kurang makan serat pada hari tersebut.
Idea paling senang ialah buat smoothies sihat untuk anak-anak. Kisar dengan ais, buah segar dan Mealshakes, dah siap jadi satu hidangan sihat.
Walaupun tanpa susu botol, untuk pastikan anak-anak sentiasa sihat dan ceria, saya lengkapkan dengan vitamin harian ni.
vitamin untuk anak sihat
Perisai untuk badan anak-anak
Untuk ibu-ibu yang sedang berusaha wean-off susu badan, yakin dan berdoa, kentalkan hati. InsyaAllah pasti Dia mudahkan. Ameen. Yang penting, enjoy dan jangan stres ya. Bagi yang baru nak mulakan penyusuan susu badan, saya ada kongsikan tips di sini.
Nina Salleh | Empowering moms
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: