Menu

Cara Minum Air Gula Ketika Hamil Untuk Elak Muntah

Hari ni, iaitu pada minggu ke 30, sekali lagi saya perlu minum air gula untuk kandungan ke-4.

Kata doktor yang periksa saya tempoh hari, tarikh minum air gula terdahulu diberi terlalu waktu awal, iaitu pada minggu ke 19 kandungan. Kalau ikutkan guideline untuk wanita yang tidak berisiko, umur 25 tahun ke atas sepatutnya minum air gula pada minggu ke 24 hingga ke 28 kehamilan.

Pasrah kena minum air gula

Sebagai pesakit, kita akur sajalah walaupun dengar saja ‘minum air gula’ pun boleh buat perut bergelora, minda terus terbang, kepala pening lalat dan buat tekak terus loya. Semuanya bukan untuk menyeksa ibu hamil, tetapi ia dibuat demi kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

Kenapa Minum Air Gula Ketika Hamil

Ibu hamil perlu minum air gula untuk saringan penyakit kencing manis. Sebanyak 75mg gula akan dibancuh dengan 250ml air yang disediakan di klinik kesihatan. Sebelum minum air gula, ibu hamil perlu berpuasa pada malam sebelum. Bayangkan lah minum air gula yang pekat likat dalam keadaan berpuasa, memang ramai juga yang tewas dan memuntahkan semula. 

Beginilah air gula di klinik kesihatan tanpa perasa

Untuk mengesan sensitiviti insulin, iaitu sejenis hormon yang menguraikan gula dalam darah, ujian darah akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum minum air gula dan 2 jam selepas.

Sekiranya hormon ini  kurang sensitiv terhadap gula dalam darah, maka kandungan gula dalam darah akan meningkat menyebabkan kencing manis waktu hamil. Ini akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Keputusan Ujian Darah Minum Air Gula

Sekiranya normal, keputusan ujian darah sebelum minum air gula ialah kurang daripada 5.1mmol/L, manakala selepas 2 jam kurang daripada 7.8mmol/L.

Untuk keputusan ujian darah yang melebihi 5.1mmol/L sebelum dan 7.8mmol/L selepas minum air gula, seseorang itu dikira berpenyakit kencing manis ketika hamil.

Keputusan ujian minum air gula saya yang pertama di paras normal. Harap-harap kali ini pun normal. Ameen

Kencing Manis Ketika Hamil

Siapa Yang Berisiko Mendapat Kencing Manis Waktu Hamil

Sewaktu kehamilan, pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta  yang boleh mengganggu fungsi insulin. Jadi sesiapa sahaja berisiko mendapat kencing manis ketika hamil.

Ilustrasi bagaimana kesan peningkatan gula dalam darah terhadap ibu dan bayi

Namun ada beberapa kategori ibu hamil yang berisiko tinggi iaitu:

  • Umur 25 tahun dan ke atas
  • Berat badan berlebihan atau obesiti sebelum mengandung
  • Pernah ada penyakit kencing manis sewaktu kehamilan lepas
  • Ada penyakit darah tinggi atau masalah dengan kehamilan semasa
  • Berat bayi baru lahir melebih 4 kilogram pada kehamilan yang sebelum

Sekiranya berisiko seperti di atas, ibu hamil akan diminta minum air gula pada lawatan pertama pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan. Sekiranya keputusan ujian adalah normal, ia perlu diulang semula pada minggu ke 24 hingga ke 28 kehamilan.

Gejala Kencing Manis Ketika Hamil

Kebanyakan ibu hamil yang menghadapi kencing manis tidak menunjukkan sebarang gejala. Ada juga yang bergejala seperti:

  • Kehausan yang melampau
  • Kerap kencing
  • Badan lesu dan tidak bermaya

Cara minum air gula ketika hamil supaya tidak muntah:

1) Pastikan berpuasa sekurang-kurangnya jam 10 malam hari sebelum

2) Datang ke klinik lebih awal. Kalau temujanji jam 8 pagi, seeloknya pukul 7.15 pagi dah berada di klinik untuk memastikan dapat giliran lebih awal.

Pukul 7.30 pagi pun dapat nombor 4 gais,

Prosedur di klinik kesihatan kerajaan musim PKP ni agak ketat.

Lebih awal sampai di klinik, lebih awal dapat makan dan hilangkan loya tekak dengan air gula.

3) Tarik nafas dalam-dalam dan minum air gula sekaligus dalam 1 nafas.

Kemudian, tahan nafas sambil telan air gula sehinggalah saki baki habis dalam mulut dan sudah masuk ke perut.

4) Dalam masa 2 jam selepas minum air gula, berehat dan jangan buat kerja berat. Kalau pening tengok handphone, silakan tidur.

Lebih baik dari muntah dan terpaksa buat langkah yang sama sekali lagi. Itu sangat mengerikan.

5) Bersedia mental dan fizikal untuk minum air gula. Puasa awal jam 10 malam, tidur awal dan rehat yang cukup serta set minda untuk minum air gula.

Sebab minum air gula ni sangat meloyakan dan boleh buat kesan lebih teruk untuk sesetengah orang.

Walaupun kencing manis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, ibu hamil boleh mengurangkan risiko kencing manis dengan mengawal pemakanan supaya berat badan tidak alami kenaikan secara berlebihan.

Selain itu, buat senaman ringan setiap hari dan juga amalkan diet yang sihat bagi mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Empowering Moms | Nina Salleh

 

 

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: