Menu

5 Tips Elak Anak Kecil Meragam Waktu Travel

Sejak jadi mak ni, antara perkara yang saya selalu teruja, berdebar-debar dan rasa sangat adventurous untuk buat ialah untuk travel dengan anak-anak. Bila travel dengan anak-anak, saya seronok dapat lihat reaksi dan keterujaan anak-anak. Selain itu, waktu travel inilah akan beri pengalaman baru buat saya dan cipta memori dengan mereka. Walau berapa kali pun ia tetap beri pengalaman dan rasa yang berbeza.

Biasalah, sebagai ibu bapa kita memang tak boleh lari dari ada perasaan nak beri anak-anak pengalaman dan pendedahan, kesian pula kalau hanya terperap dalam rumah. Nanti bila besar anak-anak jadi kekok untuk bersosial. (Erm, macam lebih kepada alasan untuk diri sendiri bercuti je)

Boleh nampak riak muka anak-anak yang hampir meragam sebab lapar tu

Kalau anak-anak cranky, apa yang kita rancang pun akan jadi terbengkalai. Silap haribulan kesan dia akan bawa kepada pergaduhan antara suami dan isteri. Maklumlah masing-masing akan tertekan dengan keadaan dan akan cuba buat macam-macam untuk tenangkan anak-anak.

Tips untuk Travel dengan Anak Kecil

Saya kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri yang suka travel dengan anak-anak kecil sejak 2013.

1.Rehat yang Cukup

Sebagai ibu bapa, memang kita sedia maklum anak kecil perlukan masa tidur yang lebih panjang berbanding orang dewasa. Kebiasaannya kalau waktu pagi kami akan bertolak untuk travel  dengan anak-anak, waktu malam sebelumnya saya akan pastikan anak-anak tidur sekurang-kurangnya 10 jam supaya mereka dapat rehat yang cukup.

Saya bersyukur sangat sebab setakat ni anak-anak tak ada masalah berjaga waktu malam. Dari lahir lagi mereka akan tidur seawal jam 7-8 malam. Jadi lebih mudah untuk saya aturkan percutian supaya tidak mengganggu rehat mereka.

Tidur awal bangun pagi pun awal

Namun ada juga hari-hari terkecuali terutama bila berkumpul dengan keluarga besar, sepupu sepapat semuanya mereka pun akan turut sama tidur lewat. Sesekali saya akan bagi pelepasan untuk tidur lambat hehe.

2. Bekal Makanan Yang Mencukupi

Antara sebab anak-anak meragam waktu travel ialah kerana mereka lapar. Kalau anak yang boleh bercakap, mereka dah boleh sebut. Tapi untuk bayi yang belum pandai bercakap, ibu bapa perlu alert dengan tanda-tanda kelaparan.

Sejujurnya, untuk travel dengan anak-anak saya lebih suka memasak dan bawa bekalan dari rumah. Cara ni bukan saja menjimatkan tetapi dapat beri kepuasan sebab dapat sediakan menu sihat dari rumah serta kena dengan selera anak-anak.

Untuk snacking pun bawa bekal siap

Bayangkan anak-anak meragam sebab kelaparan dan tempat tu tak ada orang jual makanan. Memang akan menggelupur mak ayah sekali dengan anak yang berteriak kelaparan. Jadi, siap siagakan supaya perut anak-anak terjaga sepanjang jalan-jalan dan bercuti. Selain bekal makanan ni, saya akan siapkan Mealshakes untuk anak-anak sebelum keluar rumah.

3. Pastikan tempat yang dilawati sesuai untuk anak kecil

Faham sangat ada masa ibu bapa pun rasa nak pergi tempat yang mereka suka macam window shopping di mall kan ehem. Tapi sebenarnya ia amatlah membosankan untuk anak-anak kecil. Bayangkan mereka perlu berjalan untuk keliling mall dan masuk dari kedai ke kedai yang lain tanpa ada warna warni dan jajan yang menarik perhatian.

Untuk seketika, bila nak travel dengan anak-anak, fokuslah kepada apa yang anak-anak suka dan menepati citarasa mereka.

Ini antara tempat menarik untuk anak-anak di sekitar Kuala Lumpur:

  • Aquaria KLCC
  • Farm In The City
  • Petrosains
  • Zoo Negara
  • Pusat Sains Negara

Bukan saja menarik, malah banyak perkara anak-anak dapat belajar melalui pemerhatian.

Farm In The City

Farm in the city adalah antara yang saya suka dan anak-anak pun teruja untuk lihat haiwan dengan lebih dekat. Harga tiket pun berpatutan, dan terletak di Seri Kembangan. Tapi musim cuti sekolah ia agak padat dengan pengunjung.

 
Bukan anak je, mak pun turut teruja
 
Pada saya tempat ni sesuai untuk anak umur 4 tahun ke atas, mereka boleh appreciate apa yang ada
 
Boleh pegang dan ada juga yang boleh tunggang
 
Boleh memancing ikan juga

4. Pakaian yang Sesuai

Bila travel dengan anak-anak, pakaian mereka adalah yang utama juga. Mungkin ramai yang terlepas pandang atau terikut dengan gaya dari luar negara yang ada 4 musim.

Pakaian anak-anak sebolehnya ikut keselesaan dan juga cuaca. Tak sesuai untuk pakaikan anak-anak dengan baju tebal, seluar tebal dalam cuaca panas negara Malaysia ni. hihi.

Pakai santai begini supaya anak mudah bergerak

Anak-anak yang selesa biasanya akan mudah diuruskan.

5. Sediakan Payung Sebelum Hujan

Sebelum mula travel dengan anak-anak, saya akan ambil langkah lebih berjaga-jaga dan selamat terutama bab kesihatan.

Maklumlah, anak kecil akan mudah dapat jangkitan virus dan sebagainya. Jadi saya akan sediakan ubat-ubatan sekiranya anak-anak demam, cirit birit dan muntah serta vitamin untuk mereka setiap hari.

Kalau pakai macam ni tak sesuai untuk outdoor, siap dengan tight lagi, kalau pergi indoor yang air-conditioned tu sesuai hehe.

Ubat yang biasanya perlu ada ialah:

Selain dari 5 tips ni, untuk memudahkan dan meringankan beban ibu bapa waktu travel dengan anak kecil, bawa baby carrier atau stroller mengikut keselesaan anak-anak. Moga dengan perkongsian ni, ibu bapa akan rasai keseronokan serta teruja setiap kali travel dengan anak kecil.

Mana nak cari anak ayam dekat Kuala Lumpur, hanya di Farm in The City
 
Kalau dekat zoo pun tak dapat view macam ni
 
Aktiviti di Farm In The City
Nina Salleh | Empowering Moms
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: