Menu

Diet Fat Burning Machine (FBM) Untuk Turunkan Berat Badan

Sebelum buat diet FBM (fat burning machine), saya dah pernah cuba macam-macam cara untuk bakar lemak dalam badan terutama bahagian tersembunyi macam perut, lengan, bra bulge dan pinggul. Cuba dengan pemakanan dan senaman juga. Tetap tak beri hasil yang memuaskan.

Cara Buat Diet FBM

1.Pengenalan Diet FBM

2.Kelebihan Diet FBM

3.Testimoni Diet FBM

4.Resepi Lulus Diet FBM

5.E-Book Panduan Reverse Kesihatan

diet bakar lemak perut
Kesan Diet FBM kepada perut buncit

Dari selepas beberapa bulan melahirkan anak ke-4, berat badan saya masih lagi tak turun ke paras yang biasa, tak seperti kelahiran yang sebelumnya. Waktu tu memang saya ada cuba untuk buat macam-macam diet tetapi tak dapat nak konsisten.

makan menu sedap untuk kurus
Diet FBM ni paling kena dengan tekak saya

Bukan tak mahu bakar lemak, tapi gitulah tak selera nak hadap masakan rebus dan kukus setiap hari.

Dari dalam pantang saya dah makan ayam masak cili padi. Selera Melayu asli dalam diri ni kalau nak tukar makan salad macam omputih tu memang saya susah nak istiqomah.

Yang macam saya juga, nak kurus tapi malas nak masak 2-3 menu berbeza untuk suami dan anak, inilah diet yang sesuai untuk awak.

Buat FBM ni makan daging masak lemak cili padi hari-hari pun takpeee

Faktor utama memang sebab tekak Melayu saya yang sentiasa nakkan makanan manis, masakan berlemak dan masakan bertumis yang kebanyakannya tak memenuhi kriteria diet yang saya pernah cuba sebelum ni.

Jadi impian untuk bakar lemak terkubur begitu sahaja sehinggalah saya belajar diet Fat Burning Machine (FBM).

Culprit” di sebalik Lemak dalam Badan

Saya belajar untuk makan apa yang betul dan betulkan pemakanan supaya dapat bakar lemak dalam badan melalui kaedah FBM.

Cara diet FBM bantu badan untuk kawal gejala insulin resistance, penyebab berat susah turun dan banyak penyakit bermula dari sini. Insulin resistance juga akan menyebabkan banyak sangat penyakit kronik seperti:

  1. Kencing manis
  2. Masalah buah pinggang
  3. Masalah kesuburan
  4. Mati pucuk bagi lelaki
  5. Ovarian cyst
  6. Serangan jantung
cara buat diet fbm
Kita sebenarnya boleh ubah tahap kesihatan bila ubah pemakanan.

Ini disebabkan oleh keradangan yang meningkat dalam badan. Keradangan akan sebabkan banyak masalah kesihatan.

Dengan teknik FBM juga saya sudah hampir dapat berat badan sebelum berkahwin iaitu 51.5kilogram.

Saya tak terbeban dengan diet FBM

Bukan saya seorang, ada ramai yang dah buat cara FBM dan dapat perubahan yang diinginkan. Sejujurnya, kaedah FBM ini bukanlah seperti yang biasa diamalkan sebelum ini. Ia benar-benar berbeza.

Kalau dulu saya fikir untuk ambil gula dari makanan sebagai sumber tenaga, kini saya dapat gunakan lemak sedia ada  sebagai sumber tenaga dalam badan.

Kalau dulu, saya faham nasi adalah makaan ruji orang Melayu. Tapi rupanya nasi adalah penyumbang terbesar lemak-lemak dalam badan saya.

Kalau dulu saya ingatkan roti putih itu cukup sihat, rupanya dengan roti putih lah lengan saya semakin membesar dan perut semakin berlapis.

Dengan FBM, saya belajar teknik dan cara yang betul tanpa sekat selera dan kehendak makan yang sedap-sedap.

Bila badan diajar untuk bakar lemak sendiri, kini bahagian yang buncit dan geleber dah kempis.

Misi utama untuk bakar lemak dengan FBM

Sebenarnya, misi utama dalam FBM ialah untuk ajar badan supaya dapat bakar lemak sendiri untuk digunakan sebagai tenaga. Sekiranya dijadikan sebagai gaya hidup, teknik FBM akan akan bantu beri berat badan yang sihat.

Sesuai untuk diamalkan secara berterusan sebab kaedah FBM akan ajar badan supaya bergantung pada lemak sedia ada sebagai tenaga. Lemak-lemak tidak lagi disimpan di perut dan bahagian lain dalam badan.

Gambaran lemak yang buatkan perut buncit

Ibu-ibu yang nak kempiskan perut yang buncit lepas bersalin atau akibat makan banyak memang perlukan teknik FBM. Ia akan bakar lemak di bahagian tersebut. jangan salah faham ya kita buncit bukan sebab bersalin banyak, tapi 80% adalah dari pemakanan. Jadi, nak kempis, nak buang lemak ni perlu ubah dengan pemakanan juga.

bahaya visceral fat
Inilah yang tersembunyi di sebalik perut buncit, visceral fat!

Manfaat Fat Burning Machine (FBM) Untuk Kesihatan

Secara ringkasnya, teknik diet FBM akan bantu biasakan badan supaya guna lemak sebagai tenaga, iaitu cara yang sepatutnya tubuh badan manusia bertindak, dan bukan lagi bergantung pada gula dalam bentuk nasi, roti, pasta atau biskut tawar dan sebagainya.

Lemak yang biasa saya sorok kini tiada lagi

Beri tenaga

Tenaga yang berpanjangan yang buatkan badan tak rasa kelaparan untuk tempoh makan yang seterusnya.

Melindungi badan

Dalam badan manusia ada banyak sel yang didalamnya terkandung mitokondria, rumah untuk janakuasa tenaga. Dengan teknik FBM, mitokondira ini akan dilindungi serta dapat berfungsi dengan lebih baik dan berkesan.

Mengawalselia

Gula dalam darah dan insulin akan berfungsi dengan normal dan lebih baik.

Fungsi otak

Dengan FBM, otak akan berfungsi dengan baik. Mood akan jadi lebih stabil apabila otak mendapat lemak yang diperlukan.

Lemak adalah penting untuk fungsi otak

Selamat

Diet FBM yang membantu badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga adalah SELAMAT untuk hampir setiap orang, kecuali mereka yang ada masalah kesihatan yang mungkin memerlukan modifikasi.

Testimoni Fat Burning Machine

Sejak buat FBM, dah banyak sangat testimoni yang saya terima. Antaranya:

(1)Ukur lilit berkurang

diet fbm kempiskan perut
Macam susah nak percaya tapi inilah realiti

(2)Boleh pakai baju lama

kempis perut diet fbm
Lama simpan baju ni dari tahun 2015, ingatkan dah tak ada harapan. Diet FBM buat yang ketat jadi longgar

(3)Hamil selepas 6 tahun menanti

cara hamil dengan mudah
Alhamdulillah, beberapa bulan selepas turun berat dengan diet FBM, Puan Syuhada disahkan hamil dan kini selamat melahirkan anak ketiga selepas 6 tahun penantian

(4)Bacaan gula dalam darah lebih baik

cara buat diet fbm
Ini yang akan jadi bila sistem badan dibetulkan dengan diet FBM

Banyak lagi testimoni boleh tengok sini apa kata mereka yang dah buat diet FBM.

Plan Fat Burning Machine (FBM) Untuk Turunkan Berat

Untuk jadikan proses bakar lemak dalam badan ini tercapai, saya sudah sediakan mealplan FBM selama 21 hari berserta langkah demi langkah, kumpulan sokongan dan juga resepi istimewa untuk yang sertai program ini.

Menu FBM langsung tak bebankan saya

Ia termasuklah resepi ringkas untuk makan pagi, makan tengahari dan makan malam serta snacking dan pemanis mulut. Iya, dengan FBM, pemanis mulut adalah dibenarkan dengan resepi yang betul. Kemudian saya sediakan juga perkongsian berguna untuk peserta sepanjang mengikuti program.

mealplan diet fbm
Sebab buatkan ramai boleh konsisten diet FBM, boleh makan sedap!

Kebanyakan individu memerlukan masa antara 3 hingga 6 minggu untuk badan gunakan lemak sebagai sumber tenaga. Namun penurunan berat badan biasanya berlaku dalam masa 1 minggu. Ia tidak sama setiap individu dan bergantung pada badan masing-masing.

nak kurus cepat
Perubahan ketara bila lebihan lemak sudah terbakar

Percayalah, nak turun berat dengan FBM ni sangat mudah. Bila dah buat FBM, badan pun terbiasa dengan cara yang betul dan tak terasa macam tengah diet pun.

Siapa yang sesuai sertai diet FBM?

Saya nak bantu ibu-ibu yang hadapi kesukaran untuk turunkan berat badan selepas bersalin, untuk kembali ke saiz yang asal serta nak jaga dalaman supaya lebih sihat.

Mereka yang sesuai serta diet FBM ialah yang:

  • Tekad nak turunkan berat badan
  • Nak kurangkan risiko penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi dan lain-lain)
  • Sedang ikhtiar untuk hamil
  • Ada masalah eczema
  • Berusaha untuk kecilkan bahagian yang terlebih lemak dalam badan
  • Nak diet tapi dalam masa sama nak enjoy makan sedap-sedap
  • Nak ubah gaya hidup supaya dapat kesihatan yang lebih baik, sampai bila-bila
Aim bukan untuk turun berat semata, tapi jadikan FBM sebagai gaya hidup

Cara Untuk Buat Diet FBM

Bagi yang nak mulakan diet FBM, mereka perlu turuti dan ikut 4 langkah mudah ini:

  1. Perlu  buat Intermittent fasting
  2. Perlu ikut mealplan FBM akan diberikan secara percuma bila bersetuju untuk ikut program ini
  3. Mendapatkan mana-mana pilihan supplement FBM di bawah dari Pengedar Shaklee Ampang demi dapat kesan yang menyeluruh, dan lengkapkan nutrisi badan serta buang toksin dengan berkesan.

Premium Untuk kesan Premium

cara diet fbm
Pilihan premium untuk kesan premium

Pilihan tanpa Vivix untuk Baiki Sel

set diet fbm
Medium set tanpa Vivix yang kaya dengan polifenol untuk pelindung sel badan

Asas untuk Betulkan Pemakanan

cara mula diet fbm
Paling asas yang badan perlu

4.Senaman (optional) setiap hari 10 minit sahaja, saya sendiri banyak bersenam di rumah sahaja dengan anak-anak. hihi

Sekiranya bersetuju untuk jadi versi diri yang lebih sihat, terus daftar untuk sertai diet FBM.

Nina Salleh | Coach Diet FBM

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: